View: 1002|Reply: 1
|
Olimpik Tokyo diteruskan walaupun darurat
[Copy link]
|
|
PEJALAN kaki melintasi logo Olimpik di Tokyo. FOTO EPA
Tokyo: Sukan Olimpik tetap akan diteruskan meskipun jika Tokyo kekal dengan status darurat, kata Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates.
Ibu negara Tokyo itu adalah antara salah satu daripada sembilan wilayah yang sedang berada di bawah perintah darutat sekurang-kurangnya sehingga 31 Mei ini berikutan pandemik Covid-19.
Langkah itu dilakukan berikutan peningkatan kes yang kini semakin menunjukkan tanda-tanda penurunan.
"Kita sudah dapat menyaksikan lima sukan menganjurkan acara mereka sepanjang tempoh darurat," kata Coates.
"Semua perancangan kami adalah untuk melindungi keselamatan atlet dan rakyat Jepun dengan mengambilkira kemungkinan yang paling teruk.
"Jadi jawapannya (jika temasya akan tetap dilangsungkan ketika darurat) adalah ya. katanya.
"andangan yang kami terima daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kajian saintifik adalah untuk memastikan temasya yang selamat dan terjamin dari segi kesihatan.
"Kesemua langkah dilakukan mengambil kira sama ada ia bersatus darurat atau sebaliknya," katanya.
Undian terbaru di Jepun mendapati 70 peratus rakyat Jepun tidak mahu Olimpik yang membuka tirainya 23 Julai depan, dilangsungkan.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|