CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 2

Apa itu Patriaki?

[Copy link]
Post time 24-5-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
SELALU DENGAR PASAL PATRIAKI, APA BENDA SEBENARNYA TU?


Kita selalu dengar perempuan ni tak setaraf dengan lelakikan? Hah, baca pun dah geram kan! Bukanlah niat kami di sini untuk bash lelaki-lelaki dalam dunia ni. Tapi, pernah tak kita terfikir kenapa mentaliti masyarakat kita macam ni? Akar umbi pemikiran ini adalah disebabkan – patriarki. Hah apa tu? Haissazc Shuqkin Hisham, salah seorang daripada exco Challenger Malaysia, pernah melontarkan pendapat beliau di Free Malaysia Today dengan mengatakan;

“Namun, dalam usaha kita menuju ke arah sebuah negara maju, bukan sahaja dari segi inovasi dan teknologi, malah dari aspek sosiobudaya pelbagai, sesetengah daripada kita dilihat semakin mundur ke arah mentaliti zaman jahiliah yang mengamalkan budaya patriarki, merendahkan martabat wanita secara terbuka!”

Dia kecewa dengan sikap ISMA – sebuah pertubuhan mewakili Islam – dengan lantang mengatakan kejadian berunsur seksisme, di mana beberapa orang lelaki melakukan “pencabulan” terhadap “cut-out board” yang menunjukkan imej wanita di salah sebuah stesen minyak di negara kita ini, disebabkan oleh tindakan syarikat minyak tersebut menggunakan model wanita berkenaan sebagai alat melariskan jualan produk.

Konsep patriaki ni dah ada sejak zaman perang dulu-dulu lagi
Max Meber mendefinisikan patriarki sebagai sebuah sistem kekuasaan atau pemerintahan – kaum lelaki mengatur dan mengendalikan masyarakat melalui posisi mereka sebagai kepala rumah tangga. Dari segi perspektif sejarah, ada yang menghuraikan bahawa awal munculnya patriarki berasal dari “tradisi perang” – kewujudan patriarki dianggap tergantung sepenuhnya pada keberlangsungan dan kesinambungan perang yang memposisikan kaum laki-laki sebagai kelas dominan kerana kekuatan fizikal.



Ada juga yang berpandangan – patriarki adalah sebuah sistem yang menganggap kaum lelaki ditakdirkan untuk mengatur perempuan. Hal ini diperkukuhkan oleh pandangan sarjana yang menyatakan patriarki adalah sebuah sistem struktur sosial dan praktik-praktik yang meletakkan lelaki dalam posisi sebagai pihak yang mendominasi, menindas dan mengeksploitasi kaum perempuan.

“Oleh sebab itu, kita dapat simpulkan yang patriarki ialah sebuah sistem struktur sosial dalam masyarakat yang sudah berlangsung cukup lama dan bertransformasi secara berterusan – kaum lelaki mempunyai posisi dominan dan dengan posisinya itu mereka melakukan eksploitasi terhadap perempuan dalam aspek sosial, ekonomi, politik, mahupun budaya.”

Patriaki turut disanjung melalui kesusasteraan yang selalu memperlihatkan wanita ni lemah
Menurut Louis Althusser – dalam pembinaan teorinya mengenai ideologi, kesusasteraan adalah salah satu platform untuk menyuarakan agenda kumpulan dominan. Dalam konteks ini, kumpulan dominan dapat ditafsirkan sebagai golongan patriarki.

Contohnya, wanita digambarkan sebagai kaum yang memerlukan perlindungan, dengan lelaki sebagai kaum yang pemberi perlindungan. Dalam sastera Melayu tradisional pulak, wanita digambarkan sebagai yang pasif, setia, tekun, pasrah, submisif dan suci. Dalam sastera lisan Melayu, watak wanita cantik digambarkan sabar menanti kedatangan jejaka yang akan membantunya pada saat yang genting.



Pergantungan wanita pada lelaki menunjukkan kelemahan wanita dan kurangnya ikhtiar mereka untuk berdikari. Dalam Hikayat Seri Rama, protagonis wanita sedia membakar diri bagi membuktikan kesetiaan dan kesuciannya.

Selanjutnya, pengorbanan ini menguatkan struktur dominasi patriarki dalam cerita tersebut. Begitu juga dalam kisah tradisional lain yang berkisarkan cinta, heroin yang cuba menyelamatkan kekasihnya akan menyamar sebagai lelaki, malahan berjaya dalam misinya menyelamatkan kekasihnya.

Tetapi, selepas itu mereka kembali ke ruang domestik sebagai isteri yang setia. Walau apa juga situasi yang dihadapi wanita, sama ada yang memerlukan pertolongan atau melibatkan diri dalam penyelesaian krisis, struktur patriarki menjadi tonggak kehidupan.

  


Dalam hal ini, pengkaji bernama Siti Hawa – beri dua sebab imej wanita tidak banyak menunjukkan perubahan: tuntutan adat Melayu dan agama Islam. Menurut beliau, adat Melayu, seperti agama Islam, rata-rata menuntut wanita untuk tunduk kepada lelaki dan berkorban. Dari segi penurunan nilai melalui sastera, ternyata wanita disimpulkan sebagai kaum yang lemah yang mempunyai ruang lingkup yang kecil sebagai isteri dan ibu.

Nak ubah mentaliti ni akan makan masa, tapi perlu usaha keras
Konklusinya, mentaliti ini memang dah lama wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi. Jadi, memang mustahil nak ubah serta merta pemikiran kebanyakan orang tentang perkara ini! Tetapi, nothing is impossible. Sebab itulah artikel ini diterbitkan – untuk didik masyarakat kita mengenai isu ini. Pejuang hak-hak wanita pulak kena gunakan strategi yang betul untu didik masyarakat, bukan main hentam melulu je…

Sumber:https://orangkata.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
wanita wanita yg yg inginkan keadilan setelah penindasan, mewujudkan womens' liberation.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2021 11:51 PM | Show all posts
Patriarchy = toxic masculinity
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.138984 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list