CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 3

Sistem Kesihatan Lumpuh, Ramai Dapatkan Rawatan Di Klinik Haram

[Copy link]
Post time 25-5-2021 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Sistem kesihatan di India yang sudah lumpuh menyebabkan ramai pesakit Covid-19 terpaksa mendapatkan rawatan perubatan secara haram.


Agensi berita melaporkan, walaupun pemimpin negara itu menyatakan wabak Covid-19 di India dilihat sudah stabil di beberapa bahagian negeri, namun kadar kematian meningkat pada 4,194 kes, Sabtu lalu.


Jangkitan dipercayai sudah meluas kepada daerah pedalaman di mana sistem kesihatan sudah terhad untuk merawat pesakit.


Fasiliti perubatan di pedalaman India sangat terhad iaitu hanya jumlah kecil doktor bekerja di lapangan.








Seorang bekas pekerja hospital di India yang tidak mempunyai latar belakang perubatan sah menjalankan sebuah klinik kecil haram di sebuah kampung di Parsaul sejauh 60 kilometer dari New Delhi.


Dia merawat pesakit yang mengalami kesukaran bernafas dan memeriksa kadar oksigen pesakit yang hanya berkatilkan anyaman buluh.


Bekas pembantu hospital berusia 52 tahun itu juga dilihat berpindah dari satu katil ke satu katil lain untuk memeriksa kesihatan pesakit.


"esakit dengan gejala demam dan mempunyai masalah pernafasan meningkat dalam tempoh dua bulan ini," katanya yang mengaku menjadi pembantu 'klinik haram' itu sejak 1993.


Dia yang enggan dikenali berkata, penduduk sekitar enam hingga tujuh kampung mendapatkan khidmat rawatannya secara peribadi kerana mempercayainya.


"Beberapa pesakit memakai pelitup muka ketika berbaring di katil anyaman klinik haramnya sementara yang lain menutup wajah dengan pakaian," katanya.


Seorang pesakit, Ashok, mengakui datang mendapatkan khidmat doktor itu selepas mempunyai simptom demam berpanjangan.


Dia mendakwa penduduk di daerahnya takut untuk keluar rumah dan 15 orang di sekitarnya maut dalam beberapa hari terakhir.


Infrastruktur kesihatan yang buruk dan kurangnya ujian saringan membuat ramai pesakit tidak tahu adakah mereka dijangkiti Covid-19 atau hanya demam.


Bubli, 30, mengunjungi klinik haram itu untuk mendapatkan ubat demam juga mengakui tidak tahu sama ada dia mempunyai virus itu atau tidak.


"Tidak, dia tidak menghidap Covid-19, itu hanya demam. Kami takut Covid-19, tapi pergi ke hospital lebih besar lagi berbahaya," kata suami Bubli.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 09:16 AM | Show all posts
Edited by TOPwind at 25-5-2021 09:17 AM

salah satu negara yg amat  benci kepada ISLAM
kawan baik kepada ISRAEL dan USA tapi kedua2 negara ini tidak membantu negara ni  TAPAI yg bantu ramai dari negara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 25-5-2021 09:16 AM
salah satu negara yg amat  benci kepada ISLAM
kawan baik kepada ISRAEL dan USA tapi kedua2 negara i ...

komunity muslim merwka disana aku pasti lebih ramai dari kita disini, betul? so persoalan aku...dah pupus atau menipis bilangan umat islam disana dek dibenci oleh komunity lain disana?

where is your tiny little  brain doh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 09:52 AM | Show all posts
TOPwind replied at 25-5-2021 09:16 AM
salah satu negara yg amat  benci kepada ISLAM
kawan baik kepada ISRAEL dan USA tapi kedua2 negara i ...

negara ini memilki hanya satu jamban  shaja di satu kg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.224428 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list