View: 2440|Reply: 10
|
Adik Meninggal Dunia Secara Misteri, Kini Kakak Menderita Perut Bagaikan Mendidi
[Copy link]
|
|
Sudah tiga tahun Qistina (bukan nama sebenar) menderita akibat penyakit misteri dan pelbagai usaha dilakukan untuk berubat namun keadaannya masih sama.
Qistina bukan satu-satunya yang menghidap penyakit misteri itu tetapi adik lelaki dan isterinya turut menderita perkara sama sehinggakan kedua-dua mereka menemui ajal secara mengejut.
Kredit foto: mStar
"Siapa yang tidak sedih dengan pemergian ahli keluarga tersayang dan apa lebih meragukan kematian mereka berlaku selepas menderita penyakit misteri yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan.
"Selepas kematian mereka, saya pula yang diserang penyakit sama sehinggakan saya buntu dengan keadaan yang berlaku pada diri saya," katanya.
Menceritakan keadaannya, Qistina memberitahu dia mengesyaki ada pihak yang berdendam kerana dia mendapat tanah pusaka arwah bapanya manakala adiknya tinggal di rumah pusaka keluarga mereka.
Sejak mengalami penyakit misteri itu, keadaan kesihatannya bukan sahaja terjejas tetapi sering mengalami gangguan di rumahnya yang terletak bersebelahan dengan kediaman pusaka arwah bapanya sehinggakan dia tidak tahan dan berpindah ke tempat lain.
Ceritanya, sebelum ini rumah pusaka itu didiami oleh Allahyarham adiknya memandangkan adik-beradik yang lain termasuk dirinya sudah mempunyai tempat tinggal sendiri.
Kredit foto: mStar
"Arwah bapa tidak pernah memfaraidkan hartanya tetapi memandangkan kami adik-beradik sudah mempunyai rumah sendiri, jadi adik tinggal di situ bersama isteri dan empat anaknya sejak bapa kami meninggal dunia.
"Sejak dia tinggal di rumah itu, bermulalah episod ngeri apabila adik dan isterinya tiba-tiba jatuh sakit sebelum meninggal dunia," katanya.
Qistina memberitahu pada awalnya dia tidak percaya adik kesayangannya itu sakit akibat disantau tetapi selepas dirinya sendiri mengalami perkara sama dia mula percaya ada sesuatu tidak kena.
Kisahnya, Qistina memberitahu pada suatu hari perutnya tiba-tiba terasa mendidih seperti gastrik namun kesakitannya disifatkan berkali ganda sehingga membuatkan dia kerap mengambil cuti sakit.
"Saya fikir saya silap makan, jumpa doktor lega sekejap tetapi tak lama ia serang kembali sampai rasa menyucuk di bahagian perut dan dada membuatkan saya tak larat bekerja.
"Apa membuatkan saya gelisah, perkara sama berlaku kepada arwah adik saya sampai dia tak bermaya menahan sakit meskipun pelbagai cara telah dilakukan," ceritanya.
Foto: mStar
Tidak cukup dengan itu, Qistina memberitahu perutnya menjadi keras serta kesakitan dialami merebak ke seluruh badan sehinggakan setiap kali ia menyerang, dia mengalirkan air mata.
Lebih malang, serangan biasanya berlaku pada waktu malam dan ketika menahan sakit dia turut diganggu dengan kemunculan kelibat selain badannya menjadi lebam ketika bangun tidur.
"ergi hospital pun tiada apa doktor dapat lakukan sehinggalah kakak sulung saya memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaan saya yang semakin teruk.
"Seperti dijangka benar saya terkena santau dan proses 'membuang' itu memang cukup menyeksakan... saya jadi lemah satu badan sampaikan ustaz dan tiga pembantunya turut keletihan.
"Ada beberapa jenis santau yang dihantar kepada saya yang membuatkan proses itu menjadi sukar," katanya.
Malah dia mengesyaki pihak yang melakukan perbuatan terkutuk itu berdendam dengan keluarga mereka selama ini.
"Saya sudah jangka ia perbuatan seseorang yang kami kenali tetapi saya anggap perkara itu sebagai ujian. Sehingga kini saya masih berubat dalam usaha 'membuang' saki baki santau dihantar kepada saya.
"Malangnya individu tersebut seolah-olah tidak serik dan mengetahui saya sedang berubat dan cuba menghantar pelbagai benda syirik kepada saya," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
awat la org2 ni x bomohkan je pemimpin israel tu ke askar2 zionis?dapat gak bantu rakyat palestin tau |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 27-5-2021 10:11 AM
awat la org2 ni x bomohkan je pemimpin israel tu ke askar2 zionis?dapat gak bantu rakyat palestin ta ...
Ada..bomoh yindon htr roket ari tu...katanya 2 hari...entahlah dah sampai ke belum... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg buat tu msti x takut tuhan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..xleh ke ustaz tu htr balik santau tu kt si pembuat?bukan setakat rawat dan hilangkn tp hantar semula..tujuan nak bg pengajaran kt org tuh..lg satu,bab tanah pusaka ni,mmg akan jd masalah nak2 ada y jenis busuk hati n tamak...so,sblm nak guna ke apa,baik lah dptkn persetujuan semua beradik..takut jd mcm ni laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab: Ada..bomoh yindon htr roket ari tu...katanya 2 hari...entahlah dah sampai ke belum...
Mercun rocket ke tu? Hahaha.. yindon kan terror santek santek menda tu, rajin pulak dorang nak hantar rocket bagai kan |
|
|
|
|
|
|
|
Memang bukan tugas arwah bapa untuk memfaraidkan hartanya.bila mati jer,harta simati dah jadi pusaka,wajibla yang hidup setelkan.
Kalau kata dengki sebab tanah,adik beradik dia la saspek utama,orang luar takde hak pun atas pusaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal berharta sikit,mesti ad yg berebut hantar sihir,santau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...takut bab2 sihir/santau ni...moga dijauhkan |
|
|
|
|
|
|
|
takut la orang kita ni. Benda tak puas hati sikit main bomoh |
|
|
|
|
|
|
|
syirik tu satu hal, tak fikir ke kalau kena dekat anak cucu kita ke nanti. Akal pendek ya, sefish yang amat |
|
|
|
|
|
|
| |
|