Seorang wanita di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila berikrar untuk melancarkan ‘serangan’ terhadap tentera Zionis dengan cara menghancurkan rumah tangga mereka, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Wanita yang menggelar dirinya ‘pelakor’ atau perampas suami orang itu membuat kenyataan dalam sebuah video di TikTok yang kini tular dengan pelbagai komen yang diterima daripada pengguna lain.
Kredit foto: TikTok
Video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @cintadamai.14 itu memaparkan pengakuan dirinya yang mendakwa dia dan kumpulan pelakor Indonesia yang lain bersiap sedia untuk melancarkan serangan melawan tentera Israel.
“Saya dan pelakor wanita lain bersiap sedia untuk dihantar ke Israel bagi menghancurkan rumah tangga mereka,” tulis wanita berkenaan pada video tersebut.
Hantaran video itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut.
“Jadi pelakor pun nak bangga. Tidak perlu sibuk-sibuk kerana tentera Israel pun belum tentu mahu wanita seperti anda,” tulis seorang pengguna.
“Saya menahan ketawa. Di sana (Israel), ada ramai lagi perempuan tanpa solekan tebal yang cukup cantik,” tulis seorang lagi pengguna.
Post time 28-5-2021 02:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya ampunnn
Hang ca tgk prempuan yahudi
Anatar oerempuan tercantik dunia tau x?
Dia igt jantan dorg hadap kebangsa lain??
Xtau yahudi ni dia punya racist lain macam
Dia seksa ko bolehla tak de punya dia nak tusuk cik nek dia kat ko sampai lupa bini .. takkan punya
Post time 28-5-2021 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbelum ni hantar bomoh, yang ni ppuan jalang pulak, satu syirk, satu maksiat.. Indon.. Memalukan umat islam ja, niat tak menghalalkn cara. Dosa tetap dosa..