"Selain menderma, inilah cara saya dapat meningkatkan jumlah derma terhadap mereka."
Pelakon dan usahawan popular Che Ta tampil mempertahankan diri daripada dakwaan yang menuduh dia mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat Palestin.
Kredit foto: IG
Memetik Gempak, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan dilemparkan tuduhan sedemikian sebaik melancarkan keluaran tudung baru bercorak bendera Palestin.
Jelasnya sebahagian hasil jualan itu akan disalurkan kepada rakyat di sana.
"Kalau orang beli tudung ini, mereka pun kira membantu juga. Saya harap rakyat Malaysia sudi membeli sambil menderma dan menyarungkan tudung tema Palestin ini demi simbolik sokongan kita terhadap mereka," ujarnya seperti dipetik dari Gempak.
Palestine Edition hasil kolaborasi dengan Ashh & Annas berharga RM89.90 itu diharapkan dapat meringankan beban rakyat Palestin.
Tiada kekuatan untuk ke sana, jadi membeli sambil beramal adalah tanda sokongan kita kepada saudara Islam di Palestin, kata Pengarah Urusan Ashh & Annas, Mohamad Anas Zahrin.
Dalam masa sama, Mohamad Anas berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia prihatin yang menyokong usaha mereka itu. - CARI
|