View: 1052|Reply: 5
|
Pakej Kahwin Dalam Pesawat, Majlis Resepsi Di Bangunan Terminal
[Copy link]
|
|
Syarikat penerbangan All Nippon Airways (ANA) menawarkan majlis perkahwinan eksklusif di dalam pesawatnya sebagai alternatif kepada pasangan yang mahu berkahwin semasa musim pandemik Covid-19, lapor agensi berita Kyodo kelmarin.
Menerusi pakej perkahwinan unik itu, ANA menyediakan persembahan muzik, pengumuman selamat pengantin baharu oleh kru kabin dan pencahayaan khas yang memaparkan latar belakang galaksi pada dinding pesawat.
Kredit foto: Japan Times
ANA menawarkan pakej perkahwinan dalam pesawat mereka dengan bayaran sekitar 1.5 juta yen (RM58,759) , manakala majlis resepsi berasingan di bangunan terminal pula boleh ditempah pada harga tiga juta yen (RM113,174).
Menurut kenyataan syarikat, idea mengadakan majlis perkahwinan di dalam pesawat adalah untuk menarik minat pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga tanpa membabitkan tetamu yang ramai.
Mei dan Jun adalah dua bulan yang biasanya menjadi pilihan kegemaran pasangan di Jepun untuk berkahwin.
Pada 23 Mei lalu, perkahwinan pertama di dalam pesawat ANA diadakan di kabin kelas perniagaan untuk pasangan pengantin dari Tokyo, Toru dan Mami Murakami.
Bagi pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh ANA, hanya 30 orang boleh menghadiri majlis tersebut.
“Saya pernah berfikir mungkin tiada majlis yang indah semasa perkahwinan kami kerana keadaan Covid-19 yang belum reda tetapi kini, saya berpuas hati dengan perkahwinan saya,” ujar Mami.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik bride dalam gambar atas |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah and selamat pengantin baru Toru and Mami
Macam sheols baca |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan jepun mmg lawa..
tp jantan dia mostly muka haukk
|
|
|
|
|
|
|
|
nice.
dapat jua buat duit |
|
|
|
|
|
|
| |
|