View: 2517|Reply: 10
|
Maut Terjun Tingkat 7 Dua Jam Sebelum Majlis Kahwin
[Copy link]
|
|
Seorang bakal pengantin lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Manado, Sulawesi Utara.
Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lalu, mangsa dikenali sebagai Gerald Suatan, 30, dan mayatnya ditemukan masih memakai busana pengantin berhampiran kolam renang hotel tersebut.
Sehubungan itu, polis Manado giat menyiasat punca kejadian.
Jurucakap polis, Thommy Aruan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan iaitu dua jam sebelum majlis perkahwinan Gerald bermula.
“Kami menerima laporan mengenai seorang lelaki terjun bangunan dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan sudah tidak bernyawa.
“Siasatan awal mengesahkan mangsa terjun dari hotel tersebut dan polis masih menyiasat motifnya membunuh diri,” katanya kepada Tribunnews.
Selain itu, keluarga mangsa enggan membenarkan mayat Gerald dibedah siasat dan membawa pulang mayatnya untuk dikebumikan.
Dalam pada itu, rakan mangsa, Jack memberitahu dia tidak rasa rakannya bunuh diri, malah mungkin terjatuh akibat kepenatan.
“Gerald dilihat baik-baik sahaja pada hari kejadian, dia kelihatan gembira. Kami belum dapat terima apa yang berlaku.
“Tidak mungkin Gerald mengalami tekanan dan jika ya, pasti dia sudah luahkan kepada saya,” ujarnya.
Sumber: Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya the bride |
|
|
|
|
|
|
|
Ade tgk video, salah sorg pengapit tu tgh buat live ke ape so ade recorded videos, laki tu dari arah bertentangn laju je tuju ke balkoni terus terjun member lain semua tercengang |
|
|
|
|
|
|
|
Baca2 komen kt tiktok katanya family lelaki xdtg2.majlis dah nak mula... family prempuan asik tanya je bila sampai
Katanya dia malu,stress tu yg tiba2 terjun |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat tu menteri-menteri semua, jangan bagi raykat stress, nanti depa terjun bangunan ramai-ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannnyaaa bride.
Tapi kalau jenis bride yg mendesak2, haaa kau tanggung la guilt trip. Kawin utk aman2 jah. Takyahla nak perfect2 or pressure2. Me'ols nikah, yg dtg 6 7 orang je. Family terdekat and best friend. Ni way before Covid yach.
Tak de nak pressure2 laki aku, eh knp tak ramai? Koser. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian mirip di India..kan Friska |
|
|
|
|
|
|
| |
|