CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 17

[Tempatan] Untuk geng takut side efek - Peningkatan Kes Kritikal dan Kematian Covid 19 Dala

[Copy link]
Post time 3-6-2021 07:10 PM | Show all posts |Read mode
sumber DG/ KKM

https://kpkesihatan.com/2021/06/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

PENINGKATAN KES KRITIKAL DAN KEMATIAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN DI MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah menerima beberapa persoalan umum mengenai statistik kes kematian dan kes kritikal di kalangan kanak-kanak. Sebanyak tiga (3) kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020. Walau bagaimanapun, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga (3) kematian dalam lima (5) bulan pertama bagi tahun 2021.
Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun. Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.
Dengan segala maklumat yang diberikan, KKM berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti  bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19. Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2021 07:13 PM | Show all posts
Edited by atira at 3-6-2021 07:15 PM

kesimpulan
1.  3 kes kematian kanak2 bawah 5 tahun pada tahun 2020
2.  3 Kes kematian dalam tempoh 5 bulan tahun 2021
Bilangan kanak2 yang di rawat di ICU juga meningkat



sampai bila nak bahayakan nyawa org2 yg kita sayang??
jaga SOP... jangan takut untuk vaksin.
Jangan kita bersubahat dgn covid utk jadi pembunuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 07:20 PM | Show all posts
FB KKM:

KKM berharap dengan segala maklumat yang diberikan KKM mengenai isu ini dapat menyedarkan semua pihak, terutamanya ibu bapa dan penjaga mengenai situasi penularan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa adalah berperanan sebagai pelindung kepada kanak-kanak. Mereka perlu mengambil tindakan proaktif untuk melindungi kanak-kanak agar tidak terdedah kepada bahaya COVID-19.

Pesanan KKM kepada ibu bapa atau penjaga:
1. Pantaulah pergerakan anak-anak agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga;
2. Hanya wakil keluarga dibenarkan untuk membeli barang keperluan keluarga, seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dalam perkara ini, ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini dan tidak membenarkan anak-anak remaja mengunjungi tempat tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi;
3. Anak-anak perlu dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul sekiranya terpaksa keluar daripada rumah atas urusan yang tidak dapat dielakkan (misalnya ke hospital/ klinik;
4. Ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak kanak bawah 5 tahun perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah, tidak membawa anak-anak ke tempat-tempat yang berisiko seperti pasaraya, pasar awam, dan tempat sesak yang lain. Gunakan pembelian atas talian bagi membantu mendapatkan keperluan seharian.

Semua pihak terutamanya  ibu bapa diseru untuk mengambil berat isu keselamatan dan kesihatan golongan kanak-kanak ini memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh mereka yang belum matang. Oleh itu, mereka cenderung untuk dijangkiti virus SARS-CoV-2. Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia yang layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Justeru, ibu bapa dan ahli masyarakat sekitar harus melindungi mereka dengan mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin. Melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat sama-sama kita bina bagi kelestarian generasi masa hadapan





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 07:34 PM | Show all posts
menjadi kewajipan utk melindungi anak2 kita





Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg xnak vaksin tu pikir2 lah anak2 ko plus anak2 org lain bkn ko sorang je..  Pahemmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 3-6-2021 10:06 PM
Yg xnak vaksin tu pikir2 lah anak2 ko plus anak2 org lain bkn ko sorang je..  Pahemmmmmm

Yee uols, ingat kita ni amek vaksin x pikir risiko side efek kt diri sndri ke? Tp sbb lbih pikirkn org lain maka tawakal je lah side efek tu klu nk ada ke x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2021 01:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 02:35 AM | Show all posts
tolak tepi dulu laa puak2 celaka ni... focus pada vaccination programme besar-besaran dulu... KERAjaan GAGAL ni dah kelam kabut... dulu suka kes tinggi... dah out of control baru nak sadar...

nak kawal puak2 antivax ni senang jaa... gubal jaa ordinan kaa undang2 baru kaa... tak amek vaccine:

- tidak dibenarkan rentas negeri kecuali surat pulis + swab test etc..
- tidak dibenarkan masok mall kaa kedai ka apa kaa...
- tidak dibenarkan ke kawasan2 sesak..
- pasang tracker device kaa apps ka monitor mana depa p... depa langgar.. p anta ramai2 ke satu pulau...

KERAjaanGAGAL ni kena sadar.. kempen tak jalan.. kena keras laa... kita dlm perang bukan pesta joget lambak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 02:50 AM | Show all posts
kat india kes dah turun, tapi kes asymptomatic kanak2 meningkat.
tapi diorang tengah ready untuk lonjakan wave seterusnya pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2021 03:17 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 4-6-2021 02:50 AM
kat india kes dah turun, tapi kes asymptomatic kanak2 meningkat.
tapi diorang tengah ready untuk l ...

selagi belum capai imuniti kelompok.. selagi tu akan ada gelombang2 jangkitan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 3-6-2021 07:34 PM
menjadi kewajipan utk melindungi anak2 kita

Eiii teruknyaa bunyiii..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa tak sayang anak
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 4-6-2021 02:35 AM
tolak tepi dulu laa puak2 celaka ni... focus pada vaccination programme besar-besaran dulu... KERAja ...

kan..menyemak jew puak ubat cacing tu sume.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kanak kanak pulak daaaaaaa..

Very  structured and systemic cara virus ini menyerang kheunz?

Mula mula yg dewasa...dah sejak dua menjak ni..kanak kanak pula ...yg mudah terjangkit...

Biological warfare at play.....still not convince you people?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 4-6-2021 03:17 PM
selagi belum capai imuniti kelompok.. selagi tu akan ada gelombang2 jangkitan....

“Kita jangan lagi sebut soal imuniti kelompok dan saya rasa pakar seluruh dunia sudah menghentikan penggunaan imuniti kelompok dalam konteks Covid-19 ini,” ujar Kayjayvajajay pada 23 September 2021, Utusan Malaysia, Sinar Harian.

WAAAARGH KAHKAHKAHKAHKAH!!! Antuvaks masih lagi terawang-awang di alam bunian!


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pelik dulu virus nie tak serang kanak kanak ker. Memula pk2 pk2 tue.. Alih alih skrg kanak kanak plop.. So lame drama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2022 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sebagaimana mrk tidak percaya kepada AEFI...knp nak kena percaya gebang KKM dan KJ tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 02:34 AM | Show all posts
Sementara di Canada start 7 March kekanak tak perlu pakai mask ke sekolah...

So semakin hampir hidup normal sebelum tahun 2020
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.755705 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list