View: 6530|Reply: 63
|
Berkurung dalam rumah lepas ditinggalkan suami warga Bangladesh
[Copy link]
|
|
Port Dickson: Seorang wanita tempatan buntu selepas ditinggalkan suaminya yang juga warga asing selepas berkahwin selama 12 tahun.
Roslina Zainal, 46, kini hanya bergantung kepada ihsan jiran akibat menghidap pelbagai jenis penyakit dan hanya berkurung dalam rumahnya di Bandar Springhill, di sini.
Katanya, dia tidak mengetahui status diri kerana ibarat digantung tidak bertali oleh suaminya, seorang warga Bangladesh.
"Kami sudah berkahwin sejak 12 tahun lalu, tidak dikurniakan anak dan suami meninggalkan saya sejak dua tahun lalu tanpa surat cerai yang sah.
"Nasib baik saya ada rumah sendiri dan perbelanjaan dapur bergantung kepada sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya hari ini.
Katanya, bekas suaminya dipercayai mengikut rakannya bekerja di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.
"Saya tak kisah kalau dia nak berpisah (bercerai) dengan saya tetapi biarlah secara sah dan bukan digantung tidak bertali kerana menyukarkan untuk saya meminta bantuan kebajikan mana-mana pihak.
"Saya tak tahu nak mengadu kepada siapa sedangkan saya nak berjalan pun tak larat akibat berat badan tidak seimbang dan juga menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis," katanya.
Roslina berkata, dia anak bongsu daripada sembilan beradik dan tiga daripadanya sudah meninggal dunia.
"Nasib baik ada jiran yang rajin menjenguk dan membantu saya memasak kerana saya tidak larat berjalan jauh serta bimbang jangkitan wabak Covid-19 yang tengah merebak ketika ini.
"Saya amat berharap agar dapat dilepaskan secara sah kerana ia menyukarkan untuk saya meminta bantuan kerana status saya masih mempunyai suami sedangkan saya merana seorang diri," katanya.
Menurutnya, dia lega kerana jiran mengambil berat dan tahu dia tinggal keseorangan tanpa pendapatan tetap.
"Terima kasih kepada jiran-jiran yang bersimpati yang banyak membantu malah ada yang bantu masak makanan untuk saya di rumah ini," katanya.
VIRA menyampaikan sumbangan kepada Roslina. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa NGO PERKASIH N9, Vira Hashim berkata, pihaknya menghantar barangan makanan harian selepas mendapat tahu wanita itu ditinggalkan suami warga asing dan memerlukan bantuan segera.
"Apa yang kami terkejut, wanita ini tinggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak terurus dan masalah utama ialah dia ditinggalkan tanpa nafkah dari suaminya sejak hampir dua tahun lalu," katanya.
Orang ramai boleh membantu wanita ini di talian 010-2334741 (Roslina Zainal) atau menghubungi AJK PERKASIH N9, Vira Hashim di talian 017-2712127 untuk maklumat lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerai taklik x boleh ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
fizamn replied at 4-6-2021 01:18 PM
Cerai taklik x boleh ke??
Lafaz taklik masa sebelum akad tu terguna pakai bila mangsa repot kat kadi.gitu la yg aku faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik ada rumah sendiri..bantuan jkm pun dpt. Tanggung diri sendiri aje..
sorry bukan tak kesian tapi nmpk mcm akak ni kurang pandai berdikari i.e manage diri sendiri. Tinggal sorang2 yg penting sekali jaga kesihatan/ pemakanan jgn smpi obes dpt kecing manis, darah tinggi etc |
|
|
|
|
|
|
|
die berkurung bkn dikurung kn? amek gambar kt tingkap tu serupa da kena kurung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan akibat ditinggalkan buat dia malas nak urus diri. Dia harus mendapatkan rawatan sebelum keadaannya jadi lebih sukar. Masih belum terlambat buatnya untuk berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak....
sebab dia masih merindui bau tiak suami dia....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku taknak pertikai kenapa dia kawen bangla sbb tu pilihan dia.
tapi kalau ada surat nikah yg sah, mengadu saja pada mahkamah. kalau laki tu tak dtg juga, kdg2 hakim jatuhkan saja cerai terutama bila dia tgk kes dah drag bertahun2 lamanya.
dulu bangla kilang sarung tangan rajin carik acik2 gundu kepam buat bini. tak payah duduk rumah kongsi, balik rumah ada orang masak katanya.
habis kontrak balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkurung Dalam Rumah Selepas Suami Bangladesh Lari
Port Dickson: Seorang wanita tempatan buntu selepas ditinggalkan suaminya yang juga warga asing selepas berkahwin selama 12 tahun.
Roslina Zainal, 46, kini hanya bergantung kepada ihsan jiran akibat menghidap pelbagai jenis penyakit dan hanya berkurung dalam rumahnya di Bandar Springhill, di sini.
Katanya, dia tidak mengetahui status diri kerana ibarat digantung tidak bertali oleh suaminya, seorang warga Bangladesh.
Sumber: Harian Metro
"Kami sudah berkahwin sejak 12 tahun lalu, tidak dikurniakan anak dan suami meninggalkan saya sejak dua tahun lalu tanpa surat cerai yang sah.
"Nasib baik saya ada rumah sendiri dan perbelanjaan dapur bergantung kepada sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya hari ini.
Katanya, bekas suaminya dipercayai mengikut rakannya bekerja di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.
"Saya tak kisah kalau dia nak berpisah (bercerai) dengan saya tetapi biarlah secara sah dan bukan digantung tidak bertali kerana menyukarkan untuk saya meminta bantuan kebajikan mana-mana pihak.
"Saya tak tahu nak mengadu kepada siapa sedangkan saya nak berjalan pun tak larat akibat berat badan tidak seimbang dan juga menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis," katanya.
Roslina berkata, dia anak bongsu daripada sembilan beradik dan tiga daripadanya sudah meninggal dunia.
Foto: Harian Metro
"Nasib baik ada jiran yang rajin menjenguk dan membantu saya memasak kerana saya tidak larat berjalan jauh serta bimbang jangkitan wabak Covid-19 yang tengah merebak ketika ini.
"Saya amat berharap agar dapat dilepaskan secara sah kerana ia menyukarkan untuk saya meminta bantuan kerana status saya masih mempunyai suami sedangkan saya merana seorang diri," katanya.
Menurutnya, dia lega kerana jiran mengambil berat dan tahu dia tinggal keseorangan tanpa pendapatan tetap.
"Terima kasih kepada jiran-jiran yang bersimpati yang banyak membantu malah ada yang bantu masak makanan untuk saya di rumah ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa NGO PERKASIH N9, Vira Hashim berkata, pihaknya menghantar barangan makanan harian selepas mendapat tahu wanita itu ditinggalkan suami warga asing dan memerlukan bantuan segera.
"Apa yang kami terkejut, wanita ini tinggal dalam keadaan serba kekurangan, tidak terurus dan masalah utama ialah dia ditinggalkan tanpa nafkah dari suaminya sejak hampir dua tahun lalu," katanya.
Orang ramai boleh membantu wanita ini di talian 010-2334741 (Roslina Zainal) atau menghubungi AJK PERKASIH N9, Vira Hashim di talian 017-2712127 untuk maklumat lanjut. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pejabat agama bahagian kawin cerai ni boleh la turun padang bantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2 tahun dah kak
Nak apply fasakh mmg agak sukar
Ada someone iols kenal..baru tahun.lepas dapat cerai fasakh
Laki dia hilang entah ke mana...
Hidup sara anak2 dgn jual kek..
Dalam beberapa tahun juga dia fight |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 sepanjang engko idop dengan dia dah macam2 racun dia buboh dalam makanan ko. Sebab tu ko jadi sakit sampe camni.. Tu pasai, kalo niat nak kawen bangla tu aritu pase nak tunjok kat zantan mulayu ko masih laku, memang la ko tolol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang simpati..nak2 dia x ada anak. Kot ada anak maybe si laki fikir2 jugak dulu sblm nak angkat kaki. Tapi sblm ni pun ada jugak kes, kahwin dgn llaki bangla/pakistan kalau x silap, terkontang kanting akak tu dgn anak2. Si laki balik negara asal terus x muncul2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah syariah kena la cepatkan proses cerai dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca komen kat fb ada jiran dia bgtau akak ni jenis lembam..dia x kacau org..jenis lurus bendul..kesian pulak |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 4-6-2021 02:46 PM
tak....
sebab dia masih merindui bau tiak suami dia....
Abam Len Mengamok Nampak Awek Mulayu Tiyum Abam La ~ "U Bawak Bangladesh Mari Makan Kenape?? Ke Gatal?"
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1221679
Yang ney jadi kawen ke tak? Beria menjerit kata "Itu hak saya!" ape sume..
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat ada sorang forumer kata nak kawen bangla sebab bangla tu baik.. mesti dah selamat kawen dah dorang tu |
|
|
|
|
|
|
|
amekaw...
mmg x berkenan kalau tgk sapa2 kapel dgn pendatang
|
|
|
|
|
|
|
|
Topik ni ada dua kat bod ni. Tak tau yang mana dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|