CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 8

Kerajaan kaji pelaksanaan sidang Parlimen hibrid - Takiyuddin

[Copy link]
Post time 5-6-2021 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan jemaah menteri. - Gambar fail/Astro AWANI





KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisma ke arah pelaksanaan Sidang Dewan Parlimen secara hibrid yang melibatkan Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Ini bagi memastikan Parlimen dapat berperanan sebagaimana sewajarnya walaupun negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 serta program pemulihan masih berjalan di semua peringkat.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, satu perbincangan melibatkan dirinya yang juga selaku Menteri Bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Parlimen bersama kedua-dua Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Timbalan-Timbalan Yang Dipertua telah diadakan secara maya.


“Ia dijalankan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan persiapan ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid, merangkumi aspek-aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan.


‘’Mesyuarat hari ini pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid ini diadakan yang berasaskan penyertaan ahli-ahli parlimen secara kehadiran fizikal dan juga secara maya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.


Tambahnya, mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan jemaah menteri.


Dewan Rakyat sebelum ini dijadualkan kembali bersidang mulai 2 November hingga 15 Disember depan.






Sumber : Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak kaji... Bengap nak mampos..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak kementerian ni minta apply MITI ms first day total lockdown. {:smile..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jemaah haji 4000 kau boleh nak hantar seolah nak pi kena tembak.....setakat less than 300 people dalam dewan utk parlimen...bersidang boleh jadi macam satu balak?

Siyalll apa kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 5-6-2021 01:13 AM
Baru nak kaji... Bengap nak mampos..

Ibarat bila mati sedang jenazahnya diusung keperkuburan...baru ambik kitab self crash course sokla soklan kubur

Haramjadah betul...ini la jenis jenis pemimpin yg kira ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih... Apalah malang negara ini sekor2 menteri bodoh bengap umoama tak sekolah, dok jd katak bwh tempurung.. Satu dunia geakkan mesia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu dunia dah adopted online meetings yang menteri ni baru sibuk nak kaji apa nya? Ya tuhan kenapalah level2 kecerdikan macam ni yang jadi menteri negara ni?{:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 02:25 PM | Show all posts
Kjaan PN ni mmg lembab sembab mcm muka abahcow ke.negara luar dah lama buat sidang parlimen online sbb tu kes makin lama makin turun..KERAjaangagalembab Msia ni pulak baru bercadang2 nak buat online??




*video sekadar hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
brp lama tempoh nak kaji sidang hybrid ni? adakah keta terbang siap, baru abis kajian...

selama ni pekerja gomen/swasta guna Zoom or Webex or apa saja app yg bole bersemuka online ... nape gomen nak kena kaji lak... mmg menteri pun sama bod@$ cam Midin Abahcow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064347 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list