Menjadi igauan ngeri setiap anak apabila mendengar ibu atau bapa yang sudah tua terjatuh di bilik air.
Perkara itu dialami sendiri penyanyi dan usahawan Nubhan Ahmad.
Kredit foto: IG
Berkongsi detik cemas itu di Instagramnya, Nubhan memaklumkan ibunya terjatuh di tandas sekitar jam 2.30 pagi.
Kecewa dengan diri sendiri kerana gagal menjaga ibunya, Nubhan khuatir ibunya mengalami kecederaan serius hingga menyebabkannya tidak boleh berjalan.
Kredit foto: IG
"Hanya Allah yang tahu betapa risau dan takutnya saya kalau apa-apa terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun. Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan...syukur hanya tangan.
"Tangan mak sedikit retak. Tapi Alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa sebulan, InsyaAllah," tulisnya.
Semoga Mak Jenny cepat sembuh. - CARI
|