|
Edited by Raline at 30-6-2021 06:16 PM
Netizen Syak Pu Riz dan JAHLOP akan timang cahaya mata
Terbaru, Neelofa menjadi perhatian netizen sekali lagi selepas dia bertindak tag nama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 26, di bahagian perut menerusi satu foto bersama.
Foto Neelofa dan Haris menggayakan busana berwarna biru ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dikongsi di Instagram (IG) pada Khamis.
Di ruangan komen, ada segelintir pengikut yang perasan lalu berteka-teki dengan tindakan usahawan terkenal itu.
“@syxbunga_: Lain macam tag kat perut.
“@alyadhamirah: Tag suami kat perut huhu.
“@kn5653sj: Mengandung? Tempat dia (Neelofa) tag suaminya memberi petunjuk.
“@sofeazainsalman: Mungkin akan bertiga? Amin..
Malah, ada segelintir peminat yang langsung memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.
“Wah dah mengandung ke? Tahniah,” tulis salah seorang peminat.
Terdahulu, Neelofa dan Haris selamat menjadi pasangan suami isteri pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sumber: https://www.soyalemon.bbn.my/2021/05/18/mungkin-bertiga/
Ada Seri Seorang Bapa, Perkongsian Di Instagram PU Riz Dilihat ‘Berbeza’
Jika anda mengenali pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, pasti terbayang imej dirinya yang menjurus kepada keagamaan.
Namun ada sisi comel suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu apabila beliau memuat naik satu hantaran yang agak berbeza di Instagramnya.
Sehinggakan, ada yang mengira akaun Instagramnya telah digodam.
Perkongsiaan tersebut telah disertakan dengan lagu nyanyian Bruno Mars berjudul Leave The Door Open.
Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang salah cuma ia sekadar dilihat berbeza berbanding perkongsian beliau yang lain di media sosial sebelum ini.
Dalam pada itu, ada peminat yang merasakan bahawa PU Riz kelihatan seperti bakal bergelar bapa.
Eh, betul ke?
Jika ia benar maka berita ini adalah satu perkara yang baik.
Namun, kebenarannya biarlah disampaikan oleh pasangan Neelofa dan PU Riz, barulah sahih, kan?
Sumber: Instagram PU Riz
Read More : https://www.hotfm.com.my
|
|