CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 4

“Saya Dibayar Duit Rakyat, Jawab Pertanyaan Saya" - Syed Saddiq

[Copy link]
Post time 9-6-2021 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan mengenai kebenaran operasi program hiburan yang mengumpulkan lebih 50 individu pada satu masa ketika tempoh perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP 3.0).


Kebenaran program hiburan itu katanya, menimbulkan persoalan kerana Dewan Rakyat ketika ini masih tidak dibenarkan untuk dibuka meskipun kesemua Ahli Parlimen telah divaksin.


“Salam Menteri Ismail Sabri, kenapa Parlimen di mana semua wakil rakyat dah divaksin dan wajib pakai pelitup muka serta ada cermin pemisah di setiap meja dipaksa tutup?




Kredit foto: NST/IG Syed Saddiq




“Tapi hiburan yang menghimpunkan 50 orang tanpa pelitup muka dan ada yang belum divaksin boleh dijalankan?


“Saya dibayar duit rakyat. Jawab pertanyaan saya,” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.


Beliau turut berkongsi video program hiburan oleh sebuah stesen televisyen swasta yang melibatkan ramai selebriti tempatan tanpa memakai pelitup muka.


Mengulas lanjut menerusi komen, Syed Saddiq berkata, pelaksanaan aktiviti hiburan sedemikian membuktikan bahawa Parlimen boleh diadakan dan dibuka pada bila-bila masa sahaja namun keputusan itu terletak di tangan kerajaan.


“Macam-macam prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan boleh buat. Nak ujian calitan seminggu sekali dekat semua Ahli Parlimen pun boleh.


“Tinggal nak kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedar sahaja bahawa negara ini ada Parlimen dan ada demokrasi,” katanya.


Seorang pengguna Facebook, Speedy Gonzales turut mempersoalkan perbezaan antara SOP aktiviti hiburan dan keagamaan.


“Dah kalau hiburan boleh 50 orang, kenapa masjid kena 12 org sahaja, walhal solat tiang agama,” ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 03:14 PM | Show all posts
terima kasih YB memperjuangkan isu2 kelab hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk bukak parlimen nk yek.. lama benor daruratnya pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:47 PM | Show all posts
Janagn lupa ko  rembat duit rakyat

dana RM5 juta YPC hampeh ko tu


bila mat kontol berbicara bab bughit

spesis ahli politik mmg  xkan ada cemrin dirumah,,,kalau ada cermin dirumah  maka semua ahli politik akan jadi bisu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 08:01 PM | Show all posts
Even though aku rase bgs die persoalkan memende ni, then again,
most people bising because this time, it is not them that is under scrutinize.
Ntah la, dah x boleh optimis langsung untuk para politician ni.
Byk kisah yang didiamkan, including u, SS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.043066 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list