View: 1622|Reply: 11
|
Bekas pemimpin STAR mengaku tidak bersalah cabul peserta Unduk Ngadau
[Copy link]
|
|
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou. - Gambar fail.
KOTA KINABALU: Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk mencabul dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 52 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang meperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.
Pertuduhan pertama, Philip dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita pada 17 April lalu, kira-kira jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di Kota Kinabalu.
Manakala empat lagi pertuduhan pula membabitkan kesalahan mencabul kehormatan iaitu terhadap seorang lagi wanita yang juga peserta Unduk Ngadau di empat lokasi berasingan pada 19 Mei lalu.
Mahkamah membenarkan Philip dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh pengurusan kes pada 14, 21 dan 22 Julai depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Mohd Ali memohon kepada mahkamah supaya mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan berikutan kes terbabit mendapat liputan meluas.
Bagaimanapun, dua peguam mewakili tertuduh Marcel Jude dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah memohon mahkamah supaya mengurangkan jumlah ikat jamin dengan mengambil kira tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis sepanjang siasatan dilakukan.
Selain itu, Jude turut menyatakan sumbangan Philip kepada masyarakat sebelum ini perlu diambil kira selain pendapatannya sebagai seorang ahli perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19.
Philip ditahan polis pada 3 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Siasatan dibuat selepas salah seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri mendakwa diraba ketika menaiki kenderaan milik tertuduh.
Sumber: Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo sampai 5 pertuduhan cabul tu, agak2 macam manalah gatalnya ko kan..bikin geli |
|
|
|
|
|
|
|
so corrupted, disgusting…jgn kasi muka, masuk lokap terus |
|
|
|
|
|
|
|
Unduk Ngadau semua cantik2
Mengatal punya org tua
Tak sedar diri |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar jantan gatal, pantang nampak pompuan cantik. Dah la gatal, biadap pulak tu. Elok sgt sumbat dalam penjara! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus terus report.. jgn diam2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dizekni at 10-6-2021 11:45 PM
Sebab tu Islam haramkan perbuatan menyebabkan maruah perempuan jatuh macam unduk ngadau dan miss universe dan seumpama
@dua_chzy pasti setuju |
|
|
|
|
|
|
|
mana blh tahan asek tgk perempuan cantik.
nafsu binatang buas mula menunjukkan taring.
|
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 10-6-2021 11:43 PM
Sebab tu Islam haramkan perbuatan menyebabkan maruah perempuan jatuh macam unduk ngadau dan miss uni ...
As far as I know, pertandingan ratu cantik muslimah ada jah. Dewi Remaja semua tu pun Melayu Islam blako yang join dan organize. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-6-2021 04:12 AM
As far as I know, pertandingan ratu cantik muslimah ada jah. Dewi Remaja semua tu pun Melayu Isl ...
Tetap tak dibenarkan mengikut hukum syarak
cuma pihak berkuasa tak sampai tahap serbu dan sita premis
sedangkan paderi pun ada lakukan gangguan dan serangan seksual
apa lagi yang tengok unduk ngadau yang cantik2 dan tonggek2 tu
dah itu fitrah manusia ada nafsu
yang jadi isu bila ada pihak cuba nafikan kewujudan nafsu pada setiap manusia |
|
|
|
|
|
|
| |
|