CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1292|Reply: 0

Sarah Jacob: Gadis Welsh Berpuasa Sehingga Mati Untuk Buktikan Diri

[Copy link]
Post time 10-6-2021 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Sarah Jacob: Gadis Welsh Berpuasa Sehingga Mati Untuk Buktikan Diri


Sarah Jacob, lahir pada 12 Mei 1857 yang juga dikenali sebagai ‘Welsh Fasting Girl’ dianggap sebagai satu keajaiban pada akhir abad ke-19.

Si kecil ini mula tidak makan selama lebih dari dua tahun sejak umurnya mencecah 10 tahun.

Sarah dikenali sebagai gadis yang sihat dan bertenaga, malah merupakan seorang anak yang cerdik dan pandai membaca.

Pada bulan Februari 1867, beberapa bulan sebelum ulang tahunnya yang kesepuluh, Sarah jatuh sakit teruk dan koma.

Sebaik sahaja dia sedar dari koma sebulan kemudian, Sarah didapati hilang selera makan. Pada awalnya dia hanya makan sedikit nasi, oatmeal atau susu.

Kemudian, dia kelihatan hanya bertahan dengan beberapa keping buah setiap hari.  Akhirnya, dia berhenti mengambil makanan sama sekali.

Ibubapa Sarah sedih dengan penyakitnya namun mereka tidak memaksanya untuk makan. Sarah kemudiannya menjadi perbualan ramai sepanjang dia berpuasa.

Bukan itu saja, namanya juga terpampang di surat khabar mengisahkan dirinya sebagai gadis yang menentang hukum alam.

Ramai orang, termasuk dari tempat yang jauh datang untuk melihatnya dan untuk menyentuh wajah serta tangannya ketika dia membaca ayat-ayat dari Kitab Suci (Scripture).

Mereka yang datang melawatinya benar-benar percaya bahawa mereka menyaksikan sebuah keajaiban akan tetapi Sarah sebenarnya makan dalam diam.

Perkara ini tidak diketahui oleh kedua ibubapanya kerana Sarah berkemungkinan menyelinap keluar pada waktu malam ketika mereka berdua sedang tidur.

Apa yang menyebabkannya menolak makanan tidak diketahui namun Sarah merupakan seorang yang kuat beragama dan tindakannya mungkin atas sebab kerohanian.

Barangkali juga kes ini merupakan sebuah kes benar Anoreksia. Apa pun penyebabnya, Sarah mula melihat nilai dalam apa yang dilakukannya.

Walau bagaimanapun, keajaibannya terkenal itu dicurigai sehingga sebuah sebuah kumpulan tercipta untuk mengawasi Sarah jika benar dia tidak diberi makan.

Pengawasan berlaku selama dua minggu. Namun begitu ianya tidak dilakukan sepanjang masa, jadi penemuannya tidak dapat disimpulkan.


Pada tahun 1869, dua tahun selepas Sarah kononnya makan buat kali terakhir, sarah berada dibawah pengawasan yang lebih ketat.

Empat jururawat terlatih akan duduk dengan Sarah siang dan malam untuk melihat apakah dia benar-benar seperti apa yang diperkatakan.

Selama dua minggu, para jururawat dikehendaki untuk hanya memerhati jika Sarah menerima apa-apa jenis makanan.

Kemungkinan Sarah merasa terperangkap atas pembohongannya namun dia terlalu bangga atas penipuannya itu untuk mengaku.

Hari demi hari, Sarah didapati semakin lemah. Risau dengan keadaannya, salah seorang jururawat meminta ibubapa Sarah untuk memberinya makan.

Tetapi perkara ini telah membuatkan mereka marah dan meminta agar para jururawat untuk terus memerhatikan Sarah.

Masuk hari ke lapan, Sarah mula meroyan dan meronta-ronta sehingga dia pengsan dan tidak bangun untuk selamanya. Maka, keajaiban itu pun berakhir.

Autopsi dilakukan di Eagle Inn di kampungnya. Bahan melekit dan tulang burung atau ikan kecil dijumpai di perut Sarah.

Jelas sekali, dia telah memakan sesuatu sepanjang dia ‘berpuasa’. Lebih tragis, lekuk pada jari kakinya menunjukkan seakan-akan dia cuba untuk mencapai air botol batu di hujung katilnya.

Bapanya dihukum penjara selama setahun manakala ibu Sarah dipenjara selama enam bulan atas kesalahan membunuh.

Tiada tindakan yang diambil keatas para jururawat dan kumpulan yang mengawasi Sarah sepanjang dia ‘berpuasa’.

Pada zaman di mana agama dan kerohanian bertentangan dengan ajaran sains, Sarah Jacob sememangnya sebuah fenomena ketika itu.

Sama ada ‘keajaiban’ tersebut adalah buatannya sendiri atau sesuatu yang dipaksa oleh kedua ibubapanya masih lagi sebuah misteri.

Anda boleh baca artikel menarik yang lain seperti:

Puteri China Jadi Perisik Jepun, Ini Kisah Yoshiko Kawashima

Pernah Jadi Pengintip Nazi, Ini Kisah Coco Chanel

Sumber:
BBC, Amusing Planet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050243 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list