Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
2013
View
28
Reply

"Pesanan Orang Tua Penuh Kiasan, Tak Perlu Sentap Fikir Sebelum Komen" - Nurul Zahid

[Copy link]

Author: ctcheery       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-6-2021 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Masih hangat di media sosial mengenai kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikecam warganet selepas memuat naik video berkaitan jodoh di laman media sosialnya.


Video yang  memaparkan Prof. Muhaya mengatakan wanita " biarlah macam bodoh-bodoh sikit" jika mahu cepat mendapat jodoh turut di bidas pelatih pakar bedah, selebriti, dan doktor pakar lain.



Foto: Instagram Nurul Zahid




Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid mempunyai pandangan tersendiri mengenai kenyataan pakar motivasi tersebut.


Nurul Zahid telah berkongsikan pandangan menerusi entri di Instagram dengan mengatakan bahawa pesanan orang tua penuh dengan 'kiasan'.


" Jodoh kita ni Allah yang tetapkan.


" Kalau orang tua-tua pesan dengan 'kiasan' tak perlu 'sentap'. Ambil yang positif dan fikir dahulu sebelum kita Komen dengan emosi," tulis Nurul.



Foto: Instagram Nurul Zahid



Nurul mengulas, buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.


  



"Saya bagi contoh. Lelaki mana suka perempuan bossy, pentingkan diri, dia sahaja betul, perasan cantik, perasan pandai walaupun memang cerdik anugerah dekan setiap semester. Mungkin adalah kot lelaki suka ciri-ciri perempuan yang saya sebutkan tadi.


"Kebanyakkan lelaki Islam, Melayu, Asia suka perempuan yang berperwatakan keibuan, lembut tetapi tegas, hormat pada keluarga dia dan tahu membawa status seorang isteri apabila berkahwin.


"Buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.


"Kita bincang dalam konteks 'Asia'.Lain dengan lelaki 'luar'. Cara didikan, agama dan pendedahan mereka berbeza. Nama pun pendapat, tak ada yang betul, tak ada yang Salah.


"Yang salahnya, sosial media digunakan untuk tunjuk perasaan, maki hamun. Lelaki baca pun seram. Defensive sangat. Kalau benda ini pun tak boleh nak bawak bincang, bayangkan kalau kahwin nanti?


"Jadi perempuan kena banyak sabar. Sabar adalah kunci segalanya bagi seorang wanita. Kalau kita rasa kita betul pun, bukan waktu tu jugak kita kena buktikan kita betul. Ada yang keras hati cakap, " Baik tak payah bersuami" - terpulang.


"Bagi saya bersuami adalah ibadah. Yang beragama Islam, kembali kepada apa yang Allah perintah," sambungnya.


Menurut Nurul, dia perlukan suami untuk membimbingnya. Dia tidak menafikan bahawa dalam perkahwinan sememangnya banyak dugaan. Tetapi apa yang perlu ada pada seorang isteri hanyalah kesabaran.


"Nak ikut perasaan memang boleh 'blah'. Tapi buat apa kadang-kadang hal kecik kita nak besarkan, sampai bila nak selesai? Bukan harta, bukan cantik, bukan pangkat yang menjadi kebanggaan seorang wanita tetapi kesabaran adalah kunci bagi perjalanan setiap yang bergelar wanita," tulisnya panjang lebar.


Rata-rata warganet bersetuju dengan Nurul Zahid di Instagram dan meninggalkan komen positif terhadap pendapat yang dikongsikan.