CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31853|Reply: 231

Fazura Tidak Akan Buat Pengumuman Jika Betul Berhijab, Netizen Mendoakan semoga

  [Copy link]
Post time 11-6-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
  


Sukar untuk menyangkal akan kecantikan yang dimilikinya, wajah cantik wanita tanpa kacukan ini kena benar dengan sebutan “gadis melayu” berkulit sawo matang.

Bukan itu sahaja, dia berwajah cantik manis ditambah pula dengan sifat penyayang serta gaya lemah-lembutnya, rata-rata peminat melabelkan selebriti jelita, Nur Fazura sebagai seorang wanita yang cukup sempurna.

Apa jua penampilan yang digayakan sentiasa meraih pujian kerana jarang sekali melihat dirinya mengenakan pakaian yang mencolok mata.

Mengetahui bahawa gaya selebriti popular, Fazura setiap kali mengenakan selendang ketika sepanjang bulan Ramadan itu dilihat sebagai inisiatif mahu menghormati bulan mulia selain cuba mendekatkan diri dengan pematuhan syariah.

Namun, penampilan Fazura yang kerap kali mengenakan hijab dalam setiap kali hantaran terbaharu di Instagram miliknya kini menjadi buah mulut netizen dan meriah tanda tanya mengenai penghijrahannya.

Memuat naik hantaran video di laman Insta Story, Fazura kelihatan manis dan kemas menyarungkan tudung, terpancar keikhlasan di wajahnya mungkin dengan niat mahu menutup aurat.



Rata-rata warganet menyambut baik penampilan yang digayakan oleh Fazura dan sentiasa mendoakan semoga isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berhijab sepenuhnya.






Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan berita, Fazura pernah menjelaskan bahawa soal bila dia akan bertudung itu adalah terlalu peribadi, namun sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai penghijrahannya.

Hal yang demikian, Fazura menyifatkan bahawa  penghijrahannya adalah terlalu privasi dan personal, dirinya bakal tampil berbuat apa sahaja tanpa sebarang pengumuman publisiti yang mampu meraih kontroversi dan mengganggu matlamat asal  niat berhijab.




Wah! Bagusnya Fazura ni, nampak betul-betul ikhlas tak mahu raih publisiti ya.

Semoga niat yang baik sentiasa dirahmati dan diberi hidayah Allah sebagai Nur cahaya yang membawa ke jalan kebenaran.

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 11:21 PM | Show all posts
Yawnnnn. Next!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah tak payah announce pun. Dah few years Faz pakai tudung setiap kali bulan puasa...berlakon pun dia tak kisah watak yg pakai tudung. Memang kat situ dah nampak Ikhlas niat dia nak pakai tu ada. Dia pergi umrah pun senyap2.... ntah2 dah hajjah pun sebab pernah nampak pic dia kat mekah pada musim haji.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kakafaz. Pakai tudung nanti jangan kepam tau. Stay vogue
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yela faz pun manusia biasa. Bukan semua indah pun yang keluar kat paper, naik turun mahkamah juga. Dan baguslah dia berubah jadi lebih baik, dah matang. Jangan nak kim k sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:14 AM | Show all posts
alah windu lah nanti nak tengok kakafaz dalam busana glamour rambut kepok2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kaka faz..lg Cantik bertudung litup
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pakai tudung tu sile pakai betui2..jgn nampak rambut..x reti butang ke tudung.. Atau pakai anak tudung.. Pakai tudung tapi nampak rambut.. Baik hang free hair.. Hot pun hot.. If not ready yet better x yah la btudung... Pakai tudung ala2 yb melawat kawasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dia ni nak siapkan diri utk betul2 menutup aurat....
Takat bertudung sapa pun boleh...
Tp nak tutup aurat....bukan senang weh....

Aku sndiri pun malas berstokin, baju pun kdg ikut shape huhuhuhuhuhu.....

Tp manis jaa pic dia berbaju and seluaq biru ataih nu...longgaq jaa x ketat2
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 01:57 AM | Show all posts
semoga benar kerana allah nescaya helokk semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkn urusan kak faz
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 02:58 AM | Show all posts
pakai tudung sekerat pun at least longgaq la jugak baju dia.. moga istiqomah dan dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang baik2 saje untuk mommy fatima...pakai shawl kelepek2 pun lawo
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 12-6-2021 01:45 AM
Tapi pakai tudung tu sile pakai betui2..jgn nampak rambut..x reti butang ke tudung.. Atau pakai anak ...

Dia pun tengah memaksa diri untuk bertudung doakan ja lah baik2.ctdk dulu pun tudung selendang ja lepas tu alhmdulilah tak tanggal2 pun.artis lain yang terus dulu bertudung bnyk yang struggle sampai buka balik jadi free hair.bukan senang nak istiqamah.meols yang bertudung ni pun terkadang berperang dgn diri sendiri jadi kalau diri pun tak sempurna mana tak payah lah nak hukum orang sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Long overdue.......

Ok next
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 11-6-2021 11:43 PM
Cantik kakafaz. Pakai tudung nanti jangan kepam tau. Stay vogue

Setujuuuu.... Please la jgn kepam macam passah sandah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul_007 replied at 12-6-2021 05:47 AM
Dia pun tengah memaksa diri untuk bertudung doakan ja lah baik2.ctdk dulu pun tudung selendang ja  ...

Ustazah sudah mari
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada keperluan ke untuk dia bertudung?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 12-6-2021 01:06 AM
Ada keperluan ke untuk dia bertudung?

Bertudung tutup aurat kan perintah Allah..tp x rs dia nak bertudung pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan dan istiqamah kaka fazz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085925 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list