Serang polis demi selamatkan suami warga Pakistan
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
12 Jun 2021, 4:13 pm
PETALING JAYA – Seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya, yang juga warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, di sini Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 7.26 petang ketika polis membuat pemeriksaan terhadap dokumen lelaki asing itu.
“Polis meminta suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri termasuk surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bagaimanapun surat yang dikemukakan adalah palsu.
“Secara tiba-tiba wanita tersebut meluru ke arah polis lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan merampas dokumen milik suaminya yang berada di tangan anggota polis.
“Dia turut mempersoalkan pemeriksaan yang dilakukan pihak polis terhadap suaminya itu termasuk cuba menyerang anggota itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Ekoran kejadian itu, jelas beliau, pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 tahun itu diberkas dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Terdahulu, video berdurasi 1 minit 59 saat tular di laman sosial memaparkan wanita tempatan itu melakukan provokasi termasuk menyerang anggota polis yang bertugas. – K! ONLINE
Risaulah makcik tengok perangai sesetengah perempuan zaman sekarang, tergila-gilakan jantan dari overseas.
*MAKLUM TANGKAPAN MENGHALANG PENJAWAT AWAM DENGAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT DAN MEMILIKI SURAT MITI YANG DISYAKI PALSU*
▶️ *RPT / TARIKH / MASA:*
- USJ 8 Rpt: XXXX/21
- 09/06/21 @ 1926hrs
- Sek. 186 / 509 KK / 22(d)
APPPB / 15(1)(c) Akta
Imigresen
- IO: Insp Muhamad Nazmi Bin
Zulkafli
▶️ *PENGADU:*
- Nama: Kpl Subramaniam A/L
Parthiban (L / India)
- Kerja: Anggota polis URB, IPD
Subang Jaya
▶️ *FAKTA KES:*
Pada 09/06/21 jam lebih kurang 1800hrs, semasa pengadu bersama rakan kerja membuat tugas ronda cegah jenayah, telah menahan sebuah motokar jenis Proton Waja warna perak dengan nombor pendaftaran WJD 7483 yang dinaiki oleh (2) lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan, Persiaran Kewajipan berdekatan dengan Damen Mall USJ 1, Subang Jaya, Selangor.
Hasil pemeriksaan, dapati suspek (1) lelaki Pakistan (B2) bersama dengan anak tirinya, (1) lelaki Melayu berada dalam motokar. Setelah memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa polis, pengadu telah meminta untuk membuat semakan dokumen peribadi. (B2) telah mengemukakan (1) salinan paspot, (2) keping surat Miti daripada syarikat berlainan dan surat pelepasan pekerja daripada syarikat manakala lelaki Melayu gagal mengemukakan sebarang dokumen. Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek telah menghubungi isterinya, (1) perempuan Melayu iaitu (B1). Tidak lama kemudian, (B1) telah sampai dan melakukan provokasi dengan kata-kata kesat serta menuduh polis mengambil wang tepi dan merampas dokumen yang dipegang oleh rakan kerja pengadu yang sedang melakukan pemeriksaan.
Tiba-tiba (B2) telah melarikan diri. (B1) mengatakan telah dipukul oleh polis dan suruh orang awam untuk rakam video. Pengadu bersama rakan kerja terpaksa menggunakan kekerasan yang minima untuk menahan (B1) untuk tindakan lanjut.
Pada jam lebih kurang 1950hrs, (B2) telah datang ke Balai Polis USJ 8 dan arahan lanjut Full Manning Subang Jaya supaya membuat tangkapan untuk tindakan lanjut. Laporan tangkapan sepertimana USJ 8 Rpt: XXXX/21 (09/06/21 @ 2007hrs).
▶️ *TANGKAPAN:*
- (B1) Nama: Soharti Binti Ali
(P / Melayu)
- KPT: 780901-XX-XXXX
(42 tahun)
- Alamat: No. 44, Jalan TM 3,
Taman Triang Maju, Triang,
Pahang
- Kerja: Mengurut badan
- Rekod Jenayah: Tiada
- (B2) Nama: Bukhari Abrar
Hussain Shah (L / Pakistan)
- PPT: DJ3348412
(31 tahun)
- Alamat: Blok B, 16-06, Casa
Subang.
- Kerja: Kontrak pembinaan
- Rekod Jenayah: Tiada
▶️ *TINDAKAN / SIASATAN:*
- Rakaman percakapan
pengadu dan rakan kerja
telah diambil.
- Tempat kejadian dilawati.
- Hasil siasatan awal, dapati
(B1) tidak berpuas hati
dengan tindakan pihak polis
yang menahan dan
memeriksa (B2) tanpa alasan
yang munasabah.
- (B1) juga mengeluarkan kata-
kata kesat terhadap pengadu
dan rakan kerja dengan
mengatakan *‘pukimak polis’*.
- Semakan awal, dapati surat
Miti milik (B2) disyaki *palsu*.
Akan membuat semakan
dengan Miti bagi tujuan
kesahihan.
- Akan pohon laporan JIM
Putrajaya bagi pengesahan
dokumen perjalanan (B2).
- Akan buat semakan ketulenan
pelepasan surat daripada
syarikat oleh (B2).
- Suspek akan direman untuk
siasatan lanjut.
▶️ *ULASAN:*
- Kes ditaklimatkan kepada
KBSJD, arahan siasat kes
dbs 186 / 509 KK / 22(d)
APPPB / 15(1)(c) Akta
Imigresen.
Sekian, untuk makluman.
Dengan polis, provok suara tu maybe diorang boleh abaikan lagi.
Tp kalau dah naik tgn, and ko yang start, walaupun just cubit perut die ke,
tunjal dahi die ke,
Ko ttp salah sbb melakukan kekerasan terhadap anggota beruniform.
So, boleh la ko dpt makanan free and penginapan free pasni
Post time 12-6-2021 07:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Makcik.Kiah replied at 12-6-2021 07:02 PM
Risaulah makcik tengok perangai sesetengah perempuan zaman sekarang, tergila-gilakan jantan dari ove ...
alah apa kurengnya jantan2 malaysia terutama jantan melayu tergila2kan wanita obersi yg putih gebu cam apom kata mereka. Biarlah takde dara, makan babi tunggang arak janji wanita obersi putih dan menawan. Tapi last2 cerai juga sebab dikikis harta atau ada skandal. Aritu tengok kat thread cari jantan2 malaysia tergilakan wanita rohingya kerana beliau sedikit putih dan bersih kemas gitu. Apa salahnya suka lelaki obersi, makhluk Allah juga. Hina hitam legam la buruk la, umpama menghina Allah yang mencipta beliau. Ni lah perangai makhluk yg suka menindas kaum lain, kalau dia buat tak apa, kalau org lain buat tak boleh.