CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 0

[Tempatan] Persatuan Peguam Syarie rayu mahkamah Syariah dibuka susulan peningkatan kes cer

[Copy link]
Post time 14-6-2021 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 14-6-2021 06:17 PM

https://www.freemalaysiatoday.coma

Kes cerai tinggi, benarkan Mahkamah Syariah, kami beroperasi, rayu kumpulan peguam


PETALING JAYA: Jumlah kes cerai tinggi melibatkan pasangan Islam semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh tahun lalu patut mendorong kerajaan membenarkan Mahkamah Syariah dan firma peguam syarie beroperasi kali ini, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Presidennya, Musa Awang, berkata dalam tempoh tiga bulan PKP pertama tahun lalu, 6,569 kes perceraian didaftarkan.
Ia berpunca daripada masalah kewangan, hilang pendapatan, menganggur dan tekanan dihadapi individu berkenaan ketika pelaksanaan PKP.

Musa berkata, selain penceraian, pertikaian seperti keganasan rumah tangga melibatkan pasangan Islam perlu ditangani, walaupun semasa sekatan penuh bagi memerangi Covid-19.
Justeru, katanya, penutupan operasi Mahkamah Syariah dan firma guaman syariah semasa PKP 3.0 sekarang membawa permasalahan yang memberi kesan kepada masyarakat Islam secara keseluruhan.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus memberikan kebenaran untuk beroperasi kerana kes bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah bukan hanya tertumpu kepada permohonan pernikahan, perceraian dan rujuk.

“Sebaliknya ia meliputi pertikaian lain seperti keganasan rumah tangga, permohonan perintah injunksi tegahan terhadap gangguan fizikal (tubuh badan), injunksi tegahan terhadap harta, perebutan jagaan dan lawatan anak-anak, perintah interim jagaan anak dan sebagainya,” katanya.

Musa berkata, apabila berlaku perceraian dalam tempoh PKP, mereka sepatutnya dapat merujuk permasalahan kepada Mahkamah Syariah atau peguam syarie jika kedua-dua institusi itu dibenarkan beroperasi.
“Rujukan dan tindakan kedua-dua institusi ini penting supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dalam tempoh sepatutnya dan sewajarnya supaya tidak timbul rentetan masalah lain,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.159897 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list