View: 2997|Reply: 29
|
[Tempatan]
Patut suntik dulu, daftar kemudian' - Dr M tegur birokrasi vaksin
[Copy link]
|
|
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata proses pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat di negara ini sepatutnya tidak perlu melalui proses pendaftaran awal, sebaliknya diberikan suntikan terlebih dahulu.
Beliau berkata prosedur sedia ada pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia boleh diperbaiki bagi memastikan pemberian vaksin dilaksanakan dengan lebih efisen, sekali gus mengawal penularan pandemik itu.
“Pemberian vaksin (di Malaysia) yang memerlukan orang ramai mendaftar menggunakan telefon bimbit menyebabkan ada yang terpaksa menunggu sehingga tiga bulan untuk divaksin.
"Tempat suntikan mungkin jauh bagi sesetengah orang. Kenapa tidak (kerajaan) pergi kepada orang?
“Daftar tidak perlu. Siapa saja boleh disuntik dan ambil gambar IC (kad pengenalan orang yang disuntik) bagi tujuan data mereka direkodkan dalam sistem.
"Apa guna MySejahtera? Ini semua birokrasi,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Wawancara Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian hari ini.
Memberi contoh Amerika Syarikat mampu menyuntik vaksin kepada tiga juta orang sehari menerusi sistem pandu lalu, Dr Mahathir berpendapat suntikan vaksin juga boleh dilakukan oleh pasukan terdiri daripada doktor, dua jururawat dan seorang penolong yang boleh pergi ke kampung-kampung.
Beliau berkata Malaysia juga terlalu khuatir dan mengambil masa untuk membuat ujian kepada setiap satu vaksin sedangkan vaksin berkenaan sudah digunakan di pelbagai negara.
“Vaksin Sputnik V yang belum diluluskan Malaysia sudah digunakan di Jerman tapi Malaysia baru hendak membuat ujian. Tidak boleh tunggu Pfizer atau AstraZeneca sahaja. China punya (vaksin) pun boleh. China sudah suntik lebih 300 juta orang,” katanya.
Ditanya mengenai darurat, Dr Mahathir berpendapat Parlimen boleh bersidang walaupun darurat sedang berjalan sehingga 1 Ogos.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa ketika penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1969, Parlimen ketika itu bersidang bagi memberi ruang semua pihak termasuk pembangkang untuk memberi pendapat tentang isu yang sedang dihadapi negara ketika itu.
- Bernama
https://m.malaysiakini.com/news/579102 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hehehe....bila jadi pembangkang baru nampak cerdik. masa jadi kerajaan dia lupa apa menteri pelancongan dia cakap..."jangan halang pelancong china". dan dia sendiri menganjing rakyat nak letak pelancong china dlm kandang lembu ka...sambil di sambut gelak tawa menteri2 Pee H yg bodo tu . . |
|
|
|
|
|
|
|
Walopun atok saka ni jahat dan kejam pada lawan politik dia
yang ini aku setuju
rekod dah ada masa nak cucuk
so tak timbul isu tak dapat trace siapa dah cucuk |
|
|
|
|
|
|
|
3 Menteri Umno handle Covid, harapkan ramai je tapi semua useless as garbage:
Menteri kanan SOP PkPpbtd - UMNO
Menteri covid air suam - UMNO
Menteri vaksin harga rahsia - UMNO
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila Tun xlagi berkepentingan, Maka idea nya juga bernas. Aku setuju je klu Tun Jadi pengerusi Mageran utk covid 2021 ni. Dia pandai selesaikn krisis. By hooked or by crooked mesti settle. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah ppv mcm bus bergerak tu.. Pergi setiap kampung, Taman, daerah.. Senang sikit.. Kesian kat orang2 tua yg anak2 tak leh balik nk bawak mak bapak dorg p vaksin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik punya perli. Sama macam sami vellu 'pos esok harini sampai' |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang aku x dipanggil2 lagi untuk vaksin...dah la aku jumpa ramai orang |
|
|
|
|
|
|
|
Atuk habaq tuh betui, cuma sistem utk simpan data tuh mmg kena ada.
Awat bile deme2 nih dah tak jadi kerajaan, baru voley bg ide2 bernas? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la PH
dh jadi pembangkang
baru otak berjalan
mcm KERA..jaan Cina DAP la
kes 50,000 anjing jalanan pun tak mampu nk handle
agak2 dh jadi pembangkang
tu la yg disalak dulu minta dikawal
|
|
|
|
|
|
|
|
nz tu sampai skrg takda app kena scan semua tempat. kat sini agaknya sampai bila nak kena scan semua tempat masuk mcmla masuk mall je kena covid |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kitab suci.
So? |
|
|
|
|
|
|
|
yes exactly... iols rs kalau Tun yg PM ms covid ni, harusss la sekejapan jah segala mak nenek pkp kt Malaysia... tp dlm tempoh sekejapan tu harusss la perit dan perih yach ummah kena kurung kaw2 knowing cara Tun handle masalah dulu gi mana, dia tak pedulik sgat pasal cakap2 or komen2 orang asalkan apa yg dia nk laksana tu tercapai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tua kutuk sial babi
Ckp senang la
cuba ko buat
perlaksanaan
hancorrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
bila masa atok masih PH ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Actually problem nya satu ja.... vaksin nya mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
kat hospital pun camni
datang ke tempat pendaftaran
baru buka mysejahtera
time tu juga baru berdaftar nama utk vaksin., cucuk kemudian baru daftar seluruhnya
lebih mudah. daripada nak daftar tunggu tarikh |
|
|
|
|
|
|
|
org yang daftar dari bulan Feb sampai la ni belum turn. |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn. Tup2 yang baru daftar last week terus dapat.
Sama konsep mcm saman dulu2
Skrg lain la tapi.
Dulu2 ko bayar saman awal2 xdpt ape2 pun.
Kalau bayar lambat tunggu sampai diskaun ok plak.
Mencikkkkk.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|