|
Pelakon, Zul Ariffin mengakui selesa bekerja bersama pengarah, Michael Ang lebih-lebih lagi menerusi drama terbaru berjudul Love, Elsa.
Jelas Zul, Michael merupakan seorang yang sangat berdedikasi dan dia juga menghormati setiap permintaan para pelakonnya.
Kredit foto: IG
“Michael Ang seorang pengarah yang bagus. Tak boleh disangkal lagi. Ramai yang tak tahu, dia seorang yang sangat menghormati polisi setiap pelakon dia, seperti apa yang mereka selesa dan apa yang tidak.
“Dia sangat memahami dan memberi ruang kepada para pelakon. Dia akan mengambil kira mengenai apa sahaja berdasarkan situasi.
“Apa yang saya paling suka mengenainya, dia selalu memudahkan setiap perkara di set pengambaran meskipun kita berdepan dengan pelbagai masalah,” katanya kepada MH.
Kredit foto: Curi Curi Klik
Tambah Zul, sepanjang berlakon di bawah arahan Michael, dia tidak berasa terlalu tertekan kerana segala urusan mereka akan dipermudahkan.
“Sebagai pelakon saya rasa seperti tiada tekanan dan lebih relak. Saya dah berkerja dengan Michael ni lama. Dia akan bagi segalanya.
“Saya percaya sesiapa sahaja pelakon yang bekerja dengan dia, pasti mereka ingin kembali berkerja bersamanya satu hari nanti,” jelasnya lagi.
Pelakon berusia 34 tahun itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media drama, berjudul Love, Elsa secara virtual pada Rabu.
Bagaimanapun, Zul berpendapat, setiap pengarah memiliki cara kerja berbeza dan kerana itu dia sebolehnya tidak mahu terbawa-bawa dengan keselesaan yang telah diberikan oleh Michael.
“Kadang kala saya perasaan, bila kita selalu berkerja di bawah arahan Michael, nanti kita akan terbawa-bawa kerana dia akan beri banyak keselesaan. Jadi bagi saya, kita kena rasa pengalaman berkerja dengan orang lain juga.
Kredit foto: Curi Curi Klik
“Bila Michael selalu memudahkan segalanya, nanti kita akan fikir produksi lain juga begitu, namun setiap set berbeza. Sebagai pelakon, kita juga kena merasai cara kerja, kreativiti dan vibes orang lain,” ujarnya lagi.
Sumber: Media Hiburan
|
|