View: 8979|Reply: 46
|
Dah Transfer RM1000-Bell Ngasri Kena Kencing, Sangka Mubarak Majid Terdesak Nak
[Copy link]
|
|
Akibat berasa kasihan dan simpati dengan nasib rakan industri, Bell Ngasri akhirnya terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan nombor telefon pelakon Mubarak Majid dalam menjalankan kegiatan itu.
Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia membuat pemindahan wang sebanyak RM1,000 tanpa berfikir panjang dengan niat membantu Mubarak yang dikatakan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: IG
"Ye betul saya terkena, masa tu saya WhatsApp dengan dia panjang lebar sebab nak tahu cerita sebenar.
"Saya ingatkan yang abang Mubarak sekarang memang perlukan duit sebab terkesan dengan PKP. Katanya dia nak bayar balik esok... sekarang saya baru sedar dah kena kencing (tipu).
"Lagipun dia bukan orang lain, kami dah lama kenal dan kami sedang buat job bersama.
"ada awalnya saya transfer RM1,000... kemudian orang tu minta lagi tapi saya tak sempat transfer saya cakap saya akan ke bank. Dia nak RM2,100 semua sekali," katanya kepada mStar.
Ujar Bell, selang beberapa jam membuat transaksi berkenaan dia menerima pesanan daripada rakan artis lain yang hampir terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab itu.
Menurut Bell, pada awalnya dia berasa hairan apabila individu berkenaan meminta dia melakukan pemindahan atas nama seorang lelaki tidak dikenali, namun scammer itu memaklumkan akaun tersebut adalah milik rakannya.
"Masa saya transfer saya memang check nama pemegang akaun tu nama orang India. Abang Mubarak (scammer) kata tu akaun kawan dia sebab akaun dia kena sekat.
"Saya bagi je la, lepas tu kecoh dekat dalam group yang kawan-kawan lain pun terima pesanan WhatsApp yang sama," ujarnya.
Selain Bell Ngasri, pelakon lain seperti Liza Abdullah, Lan Zailan dan Nadia Kasuma juga hampir diperdaya scammer terbabit.
Pelakon filem 18 Puasa ini berkata, dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran agar tidak mudah percaya kepada mana-mana individu terutamanya melibatkan soal wang ringgit.
"Saya ambil ni sebagai pengajaran, sepatutnya selidik sebelum bagi dan membuat keputusan. Saya akan buat laporan polis untuk pastikan orang ni diambil tindakan.
"Macam-macam penipuan boleh berlaku sekarang ni, ini benda yang baru dengan helah menggunakan data peribadi kawan kita sendiri," ujarnya.
Terdahulu, aplikasi Whatsapps pelakon Mubarak Majid telah digodam oleh seorang lelaki dan digunakan untuk memperdaya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.
Mubarak telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Gombak kira-kira pukul 5 petang, Rabu. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kaoru44 at 17-6-2021 03:57 PM
Gaya mtk pun mcm desak2..xkn xrasa pelik..
Akaun pun nama india..stkt ltk dp whtsap muka mubarak majid je kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoo Bell hahaha. Nak cakap perkataan berlawanan dgn pandai tak sampai hati la plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Haih...
kang cakap bongok terasa pulak.
Nampak dh akaun nama orang lain, x yah caye.
Terus call |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xkan transfer duit klo nama lain selain nama org yg dikenali. Xde makna account kena sekat ke apa.. Senang2 je kelly tu dapat beribu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe la Barkobar. takde rezeki
Lepas ni kena berhati2 ye
Baik jugak la hatinye |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.
Minta pinjam rm300 sbb terkesan dgn covid. I pun hairan sbb cousin tu cikgu then tak pernah pinjam duit pun. Terus call, dia ckp takde msg. Cuma dia tertekan satu link kat whatsapp terus x dpt access whatsapp akaun dia.
Terus I maki si scammer tu ala diva aa
|
|
|
|
|
|
|
|
maylink23 replied at 17-6-2021 03:53 PM
I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.
Minta pi ...
Ok..kalau mcm ni scary jgk la..
Lpas tu cousin u tukar nombor ke mcmana?
Scammer tu mmg xbls apa2 la lpas u maki? |
|
|
|
|
|
|
|
bell ni memang nampak macam iq dia 2 digit je...
tengok la lakonan parodi dia pun...
maaf yach bukan nak kecam tapi itu yang iols nampak...
iols hanya jujur dengan kata kata.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik nya bell tapi tindakan melulu x siasat betul2 dulu. Mungkin 1k tu bagi dia macam 100 je. Takpe lah bell semoga yang hilang ni diganti dengan job lebih banyak nanti #donetazkirah |
|
|
|
|
|
|
|
maylink23 replied at 17-6-2021 03:53 PM
I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.
Minta pi ...
Puas hati dengar bila ada orang mcm u, rasa lega dengar bila scammer kene sembur.. good job! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kakigojes at 17-6-2021 04:16 PM
I pun pernah kena scam dulu, beli laptop kat Carousell. Bila dah jumpa and bank in, tengok2 org yang jumpa kata, awak bank in kat siapa. Time tu I terus tanya macam2 kat dia, in the end I dapat nombor telefon scammer tu. Lepas call, dapat carut 15 saat je dia terus hangup. Tapi burn la 2 ribu jugak. And I suruh orang yang jumpa I together buat polis report, dia taknak; tapi I kata I snap gambar u and I will viralkan cause you bersubahat. Terus ciki nak berkerjasama, hilang 2 ribu, hilang perasaan kejap time tu.
But anyway, bertabahlah Bell, time hilang duit ni, doa la banyak2. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bodoh memang harus di scam |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak rasa dia bodoh pun transfer camni. Cuma dia tak berhati-hati. Kadang-kadang bila orang minta tolong, malas nak tanya banyak-banyak sebab kesian n rasa macam takpela tolong orang tengah susah |
|
|
|
|
|
|
|
Balasan utk geng plastik hitam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa dia syg sgt dgn uncle Mubarak ni. Kot biasa2 mcm kita ni sempat lagi nk fikir scam ke tidak.
Bagus kan.. takper la hilang duit bell, janji satu Malaysia dah tau bell generous. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: bell ni memang nampak macam iq dia 2 digit je...tengok la lakonan parodi dia pun...maaf yach bukan nak kecam tapi itu yang iols nampak...iols hanya ju ...
Level perempuan yang sesuai dibuat bini ke caner??{:cryrun
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha tergelak aku part ala diva aa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pikir lain plak..rasa mcm dia dah tau scammer..tapi saja kot transfer gak..leh jadi content socmed..lagipun setakat 1000 utk org cam dia, xde hal lah..gituhhh hati hitam iols berkata |
|
|
|
|
|
|
| |
|