CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4567|Reply: 21

[Tempatan] Ada PKP tetapi kes Covid-19 tetap tinggi, kata Anwar

[Copy link]
Post time 20-6-2021 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Ada PKP tetapi kes Covid-19 tetap tinggi, kata Anwar


ANWAR IBRAHIM

Oleh OMAR ZIN   20 Jun 2021, 11:20 am

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal  keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Presiden PKR itu berkata, walaupun sudah lebih dua minggu dilaksanakan, kes positif Covid-19 di negara ini tetap menunjukkan angka tinggi.

“PKP atau lockdown itu ada munasabahnya tetapi ia harus bermula dengan vaksin dan kegagalan paling besar ketika ini adalah penyediaan vaksin secukupnya.

“Kita lihat kes positif terus meningkat walaupun ada PKP, yang sangat membimbangkan kes kematian bertambah. Hal-hal ini kita yakinkan rakyat perlunya vaksin dan gagalnya kerajaan untuk membawa vaksin pada kadar yang cukup,” katanya dalam ucapan dasar Kongres Nasional PKR Ke-15 di sini, hari ini.

Anwar yang juga ketua pembangkang bimbang jika PKP berterusan, akan memberi kesan besar kepada ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

“Bila kita cuai dalam vaksin, lambat bertindak, agak ke belakang berbanding di Asean sendiri, maka ia melibatkan kos terlalu tinggi dan memerlukan suntikan (dana). Bila kita ada PKP orang tak boleh kerja, kemudian bantuan itu sedikit, itu yang orang lebih melarat hidupnya.

“Pimpinan (kerajaan) ini sudah tercabut, sudah terpisah dari masalah dan derita rakyat. Kita kena faham ekonomi, tapi kalau tanya menteri, dia kata pelaburan masih baik dan meyakinkan, ekonomi terkawal dan rakyat selesa. Ini macam cerita purba kala kerana mereka hidup selesa, elaun tinggi, kerja kurang jadi mereka tidak dapat memahami dan menghayati masalah rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 03:17 PM | Show all posts
org tua mabuk ni,

tau komplain je, sabar la bagi kerajaan sekarang sedia ada ni nak mengatasi masalah ni

sembang mcm dia teror sgt,
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Total lockdown la bonggok . Kes tertinggi dari kluster tempat kerja . Ini rakyat dah berbulan duduk rumah . Apa NAKKK JADI.  ????
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kuciwa sgt bila dpt tau
my workers in kepri indon
dah dpt 1st dos
padahal bukan sng KKM sana nak sampai
ke pulau2 kecil yg dari Batam pun mkn masa
5-8 jam berganti bot2

meanwhile disini
mcm beggars berebut nak divaksinasi

rasa terhina dina jadi rakyat negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lak bunyik dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
China total lockdown 2-3 bulan.Hasilnya aman2 org wuhan bleh berkumpul ramai tanpa penjarakan sosial.
Sana rakyat takut ngn gomen sini gomen takut ngan rakyat.
Asal ada yg viral tak puas hati kena kompaun manjang uturn.
Gomen takut ngn tokey2 kilang.

Negara malaysia taktau la kedekut ke meskin sampai takut bebenor ngn tokey2 besor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2021 08:31 AM | Show all posts
So dia boleh bagi Covid19 ni hilang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:06 AM | Show all posts
selagi kilang2 masih beroperasi tak kemana lockdown ni..rakyat marhein je menderita sengsara nak cari makan payah...tu yg keja kilang majoriti warga asing..meme mcm kera dihutan disusukan la jawabnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahiadin ni x abis2 nak nipu rakyat ye..

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nuar vongoks ni..ingat akan hilang immediately kaaaaa???hang toksah serabutttttt boleh dakkk..p makn kuaci duk sana jauhhh skittt..purlisss..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:16 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 21-6-2021 11:05 AM
rainbowrainz replied at 21-6-2021 09:17 AM
Nuar vongoks ni..ingat akan hilang immediately kaaaaa???hang toksah serabutttttt boleh dakkk..p makn ...

klau dia vongoks takdelah kkm setuju cadangan dia aritu suruh utamakan dulu suntikan vaksin 1st dose mcm yg singapore,UK buat tu..nmpak nau bangnon yg bkn dokto tu lagi cerdik drpd menteri kkm air suam




Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama je pkp tapi sana sini banyak orang bersosial... berkumpul.. bekerja...amenda...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 21-6-2021 10:16 AM
klau dia vongoks takdelah kkm terima cadangan dia aritu suruh utamakan dulu suntikan vaksin 1st do ...

ahaha..u ingat kkm ikut anwar kah...haha itu suma guideline WHO sahaja...tapi kkm kena consider dulu lah ikut kesesuaian vac cukupkah..untuk beri complete vac pada frontliner dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:04 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 21-6-2021 12:21 PM
mamakcool replied at 21-6-2021 10:25 AM
ahaha..u ingat kkm ikut anwar kah...haha itu suma guideline WHO sahaja...tapi kkm kena consider du ...

sbb tu kes Msia x turun2 sbb pm dgn menteri sama2 bingai x nak ikut cara negara yg dah berjaya succesfully handle covid..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
i rasa u yg bodoh..takda paham
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:42 AM | Show all posts
Suchi replied at 20-6-2021 04:29 PM
China total lockdown 2-3 bulan.Hasilnya aman2 org wuhan bleh berkumpul ramai tanpa penjarakan sosial ...

Aku pun mula-mula fikir faktornya ialah rakyat takut dengan gomen... tapi bila tengok video ni mungkin faktor lain juga ada menyumbang yang tak kurang pentingnya.







Kesan saikologi yang berlaku bila negara china dan rakyatnya menanggung tuduhan-tuduhan antarabangsa seperti menjadi punca pandemik, sembunyikan pandemik, data yang tak telus, akibat pemakan haiwan eksotik dan segala mcm teori konspiras, serta menjadikan hubungan antara negara jd keruh etc... ialah negara dan rakyat china menjadikan ini sebagai motivasi dan solidariti untuk melawan virus..bayangkan setiap negara dan manusia selain china didunia ini memandang kearah mereka dgn pandangan luar dari kebiasaan atau ada yg secara ekstrem.. yg mana secara tersembunyi telah memotivasikan mereka.


Manakala ada negara atau rakyat selain china ..telah merasa superiority, meremehkan virus, menganggap virus mcm flu, melayan konspiras melebih-lebih, dapat melepaskan ketidakpuasan dgn menyalahkan china berterusan, masalah hak asasi vs control.. akhirnya tak ada asas motivasi dan kesatuan hati yang kukuh untuk melawan penularan virus... bila pkp tamat sahaja maka secara diam-diam virus menular dengan pantas... banyak negara lain yg pada mulanya dapat mengawal dengan baik telah struggle sekarang

barangkali dengan mendidik rakyat kita secara lebih ekstrem dengan menggunakan denda yang lebih besar lagi sehingga hampir muflis boleh memperbaiki keadaan ini.. mungkinlah... ... atau siapa yang kena covid hendaklah bayar separuh charge rawatan tapi ini tak popular untuk kerajaan.. besok-besok mahu terduduk kerajaan digulingkan..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 21-6-2021 10:16 AM
klau dia vongoks takdelah kkm setuju cadangan dia aritu suruh utamakan dulu suntikan vaksin 1st do ...

Rasanya isu " dasar satu dos suntik satu dos simpan" yg dimansuhkan tu nmpk serupa dgn cadangan si haramjadah Bangnon haramjadah ka apanama apanama ja depa kata ka tp sebenarnya x sama....

Yg si haramjadah Bangnon haramjadah ja apa ja depa kata ka haramjadah ka tu cadang adalah selesaikan dulu suntikan pertama utk semua rakyat, nnt dah setel semua baru bagi 2nd dos.....maksudnya jarak yg disaran oleh pengeluar vaksin iaitu  selangmasa 2-3 minggu tu akan dilanjutkan maybe 2-3 bulan bergantung kpd kebolehselesaian pemberian dos pertama

Penukaran dasar "satu dos suntik dan satu dos simpan" kpd pemberian dos pertama ikut bekalan sedia ada tanpa disimpan utk dos kedua oleh kerajaan plak tetap mengambilkira jarak 2-3 minggu seperti saranan pengeluar vaksin, atas keyakinan terhadap jadual pembekalan dari pengeluar vaksin.

Nmpk serupa tp x sama....

Nmpk mcm target kerajaan still kekalkan capaian 95-96% imuniti selepas dos kedua di samping imuniti kelompok

Objektif si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa ka depa kata ka haramjadah zindagi hey safar deko hana ka apa ka plak x aim utk kekalkan 95-96% imuniti tp lebih kpd nk percepatkan imuniti kelompok, maybe keberkesanan imuniti <80%  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:00 PM | Show all posts
morotorium automatik kt semua tak bagi pastu ko kurung org macam haiwan

org loss job

makan pun

kes bunuh diri naik

mmg jahanam la kerajaan ni

selagi full morotorium tak bagi

rakyat akan jatuhkan kerajaan ni

simple common sense

tag menteri bodoh tak reti buat keja

n menteri2 bangsat duk makan gaji buta

mmg spesis ni patut mampos dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:17 PM | Show all posts
axl_bach replied at 21-6-2021 11:58 AM
Rasanya isu " dasar satu dos suntik satu dos simpan" yg dimansuhkan tu nmpk serupa dgn cadangan si ...

alaa sama la tuu,basic objective is same for both..perkara pokoknya ialah bagi suntikan 1st dose kpd seramai mungkin rakyat sebelum dapat 2nd dose..zindagi hey deko2 pusing2 tang tu gak khenn
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 21-6-2021 12:17 PM
alaa sama la tuu,basic objective is same for both..perkara pokoknya ialah bagi suntikan 1st dose k ...


Mcm aku kata serupa tp x sama lah...

Serupa tang nk percepatkan dan perbanyakkan penerima dos pertama

X sama tang ikut saranan pengeluar....si haramjadah Bangnon haramjadah ka apne kahona pyar hai ka apa nama ka depa kata cadang TANGGUHKAN PEMBERIAN DOS KEDUA melebihi tempoh rekomendasi agar semua penerima dpt dos pertama dulu....

Yg kerajaan buat plak percepatkan dos pertama tp pastikan dos kedua tetap diberikan ikut tempoh 2-3 minggu selamasa.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.573673 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list