CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 0

[Politik] Risalah komplot permainan politik kotor

[Copy link]
Post time 20-6-2021 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Risalah komplot permainan politik kotor


IR ABDUL AZIZ JULKARNAIN (kiri) dan RAZEEF RAKIMIN

Oleh SURAIDAH ROSLAN   20 Jun 2021, 1:43 pm

KOTA KINABALU: Penyebaran risalah komplot antara pemimpin PKR-UMNO dilihat sebagai satu cubaan untuk menghalang UMNO daripada terus menyuarakan masalah rakyat menjelang pembukaan semula Parlimen dalam masa terdekat ini.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, risalah sebegitu adalah taktik politik pihak tertentu yang cuba mengekalkan kepentingan mereka.

“UMNO kekal dengan pendirian seperti dinyatakan dalam Perhimpunan Agung Umno lalu bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Keputusan itu adalah muktamad dan harus diletakkan noktah. Ketetapan ini bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi.

“Untuk itu, UMNO akan terus konsisten dalam hal ini dan pada masa sama, UMNO juga menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu untuk mengadakan sidang parlimen secepat mungkin,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, titah Agong dan Raja-Raja Melayu itu senada dengan kemahuan rakyat yang mahu ada semak dan imbang untuk menilai kembali tentang pengurusan wabak Covid-19 dan ekonomi yang semakin terjejas teruk.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyatakan risalah yang diedarkan itu adalah satu lagi taktik kotor yang digunakan dalam permainan politik penguasa yang takut kehilangan kuasa.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin berkata, penyebaran risalah yang tidak betul ini dilihat satu bentuk cubaan untuk melagakan pimpinan PKR dan UMNO serta menimbulkan persepsi buruk terhadap PKR yang selama ini menolak korupsi.

“Apa yang dinyatakan dalam risalah ini adalah tidak benar. Saya yakin ia digerakkan oleh JKoM yang dibiayai Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga memandang ini sebagai cara Bersatu untuk memecahkan lagi UMNO kerana ramai pemimpin UMNO yang menarik semula sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sehingga kerajaan hari ini tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen,” katanya.

Semalam, risalah 14 muka surat bertajuk Kronologi komplot Anwar Ibrahim-Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan difahamkan mula diedarkan kepada ahli UMNO melalui pos.

Berdasarkan kandungan risalah itu, didakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkomplot untuk menjatuhkan Kerajaan PN. -UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064283 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list