View: 7728|Reply: 37
|
‘Mama tak kahwin sebab nak jumpa ayah di akhirat’
[Copy link]
|
|
KAKA AZRAFF mengucapkan Selamat Hari Bapa buatnya ibunya yang selama ini membesarkan dia dan adik-beradik seorang diri.
‘Mama tak kahwin sebab nak jumpa ayah di akhirat’
Oleh MOHD. HAIKAL ISA 20 Jun 2021, 2:43 pm
PETALING JAYA – Lebih 20 tahun membesar tanpa figura seorang bapa di sisi, penyanyi Kaka Azraff meluluhkan hati dan membuatkan mata pengikutnya ‘berkaca’ dengan ucapan ‘Selamat Hari ‘Bapa’ buat ibunya.
Ujar Kaka atau nama lengkapnya, Nor Atiqa Noor Azraff, selepas kematian bapa, ibunyalah yang bertanggungjawab menduduki kerusi lelaki termahal dalam hidup mereka sekeluarga.
“Lebih 20 tahun selepas ayah pergi, mama besarkan anak-anak sendiri. Seorang diri. Mama tak nak kahwin lain sebab dia nak jumpa ayah di akhirat.
“Insya-Allah mama, dengan izin-Nya. Mama kerja, mama bayar semua bil, mama handle (jaga) semua anak sendiri. Membesar dengan melihat usaha mama seorang diri buat semua ini, menjadikan Kaka kuat semangat untuk kejar impian iaitu, ‘nak buat mama hidup senang’,” katanya.
Luah pelantun lagu Gila itu, dia berjanji untuk sentiasa melunaskan impian iaitu membahagiakan ibunya, Redida Aziz yang kini berusia 66 tahun.
“Impian saya untuk membahagiakan mama dan saya takkan pernah berhenti selagi mama masih ada.
“Selepas pemergian ayah, mama tak pernah buat kami adik-beradik berasa kurang. Jadi untuk itu, ‘Selamat Hari Bapa’, mama. Nanti lepas semua ini dah berakhir, Kaka bawa mama pergi bercuti okey,” kata anak saudara Ratu Rock negara, Ella itu.
Kaka dilahirkan dan dibesarkan di Klang, Selangor. Bapanya, Noor Azraff Aminuddin meninggal dunia sekitar 20 tahun lalu. Sebelum ini, Kaka pernah berkongsi bahawa ibunya menyara hidup mereka sekeluarga dengan pendapatan sebagai pekerja kilang. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
ibu yg hebat dan kental. cinta sejati |
|
|
|
|
|
|
|
Setia betul mak dia. Iols salute sangat perempuan2 yang kuat, setia dan tabah macamni. Lagi2 setia la, sape yang tak nak setia hingga ke hujung hayat?
Lagi2 kalau dapat pasangan yang cukup sempurna dan membahagiakan sampai kita rasa nak setia selamanya, mestilah kita nak jumpa dia balik kalau dia dah takde.
Harap2 iols pun boleh jadi macam mak Kaka.
Bab nafsu dont worry, sekarang ni boleh order dekat shopee je, benda temporary je kan. Nak pelbagai jenis bangsa, warna dan makhluk pun boleh. IT, Shrek, Transformers, Hulk, guardians of the galaxy, Thomas & his friends, teletubbies, power rangers, semua ada. Nak pamerkan dalam kabinet kaca dan letak dekat ruang tamu pun boleh untuk tetamu semua tengok atau pinjam. |
|
|
|
|
|
|
|
So, arwah bapak dia lah adik beradik Ella kan.. Anyway bagus mak dia, setia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nakkomenjugak at 21-6-2021 07:44 AM
* lepas baca perenggan last*
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kuatnya mak dia..semoga Allah permudahkan segala urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 20-6-2021 06:25 PM
Setia betul mak dia. Iols salute sangat perempuan2 yang kuat, setia dan tabah macamni. Lagi2 setia l ...
Baiknya komen kaka duds (perengan awal)
Sampai perenggan last, I die |
|
|
|
|
|
|
|
Setia hingga hujung nyawa.. ramainya perempuan dulu mcm tu..kalau suami meninggal jarang nk kawen lain sebab sibuk uruskan anak anak |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 21-6-2021 02:25 AM
Setia betul mak dia. Iols salute sangat perempuan2 yang kuat, setia dan tabah macamni. Lagi2 setia l ...
Ya hamporn komen kaka. Kalau nak kasi org pinjam, jangan lupa sanitize. Erk.
Komen serious. Saya rasa, kalau bizi nak cukup kan keperluan anak, "aktiviti" tu dah bukan prioriti |
|
|
|
|
|
|
|
orang kalau betul setia tk payah gebang kan sis
tak payah nak meroyan, post puitis2 kt ig,
keluar paper gambo menangis sampai keluar air idung
cinta sejati la, tkkan jumpa sebaik arwah la
ujung2 kejap je dh dpt pengganti, laki org pun bole
tak salah nk cari pengganti, tp tak payah gebang
|
|
|
|
|
|
|
|
iols ok je memana pompuan yg kematian suami nak kawen lain..urusan nak jumpa balik @ tak di akhirat tu bukan di tangan kita..tapi iols cuma harap, balu yg ada anak, kalu kawen lain, jgn jadi bodoh menonong ikut cakap laki smpi membiarkan jenayah dera pelbagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah seorg laki yg setia adalah mustapha maarof. sampai meninggal dia tak kawen lg pon. wahal klu nak kawen blh je. dia pon hensem kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun kak Dud, pepagi i da gelak kuat giler tang kat last paragraf nih. Part 'makhluk' tu, nasib tak jatuh krosi.
|
|
|
|
|
|
|
|
setia and kental mak kaka ni ..salute! |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri bila hilang suami, mmg susah nak kahwin lain. Tapi kalau suami, hilang isteri.. selalunya akan kahwin lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ek.... kalau mak dia kawin lagi... tak boleh jumpa ke kat akhirat? |
|
|
|
|
|
|
|
itu la.. kira mmg anak sedara betul la
ingatkan anak sepupu mcm ernie dgn kakjena
xtau plak ella ada abang.. kenal jojie dgn korie jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Yer kena sanitize dan berkongsi2 sesama jiran... kan PKP kaka...
siapa jiran2 yang laki terkandas tu boleh la cuba bagi hadiah macamni dekat theyols...
mesti theyols happy sangat sampai tersunyum gumbira pipi hingga ke telinga...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|