CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1906|Reply: 3

Miyake-Jima, Pulau Yang Perlu Memakai Topeng Gas Setiap Masa

[Copy link]
Post time 21-6-2021 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Miyake-Jima, Pulau Yang Perlu Memakai Topeng Gas Setiap Masa



Terdapat sebuah pulau kecil iaitu Miyake-Jima di sekitar 110 batu (180 kilometer) di selatan Tokyo, Jepun. Pulau yang mempunyai kisah tersendiri ini juga berada dalam kawasan Lautan Pasifik yang dikenali sebagai Laut Devil.

Miyake-Jima adalah sebahagian daripada pangkalan gunung berapi yang terletak di Pulau Izu dan di tengah-tengah pulau ini terdapat Gunung Oyama iaitu gunung berapi yang aktif.



Oleh kerana pulau ini berdekatan dengan gunung berapi, ia sentiasa ditutupi dengan gas sulfur beracun dan cuaca sejuk di kawasan itu menjadikannya lebih teruk. Maka penduduk serta pelawat dikehendaki membawa topeng gas bersama mereka pada setiap masa.

Sebelum menjadi pulau yang bahaya di dunia, Miyake-Jima hanyalah tempat yang indah untuk hidup dan dilawat. Walau bagaimanapun, pada tahun 1949, Gunung Oyama meletus tanpa amaran sehingga lava mengalir dari gunung berapi itu dan membunuh seramai 11 orang.

Letusan gunung berapi ini berlaku lagi pada tahun 1962 dan 1983. Pada satu ketika, ia sangat buruk sehingga mencemarkan udara dengan 42,000 tan sulfur dioksida sehari.

Kemudian pada tahun 2000, pemindahan secara besar-besaran dilakukan setelah berlakunya lagi satu siri letupan dari gunung berapi dan menyebabkan tahap gas toksik yang sangat tinggi di kawasan itu. Semua penerbangan ke kawasan itu dihentikan selama lebih dari lapan tahun disebabkan oleh tahap sulfur yang tinggi.



Pada tahun 2005, penduduk Miyake-Jima akhirnya dibenarkan untuk kembali walaupun mereka dikehendaki membawa topeng gas dengan mereka pada setiap masa.

Walaupun dikenali sebagai “pulau topeng gas,” penduduk Miyake-Jima tetap bangga dengan pulau mereka dan sentiasa membawa topeng gas ketika mereka meneruskan kegiatan harian mereka.



Pulau ini juga telah menjadi tarikan pelancong kerana mempunyai lokasi menyelam yang indah dan landskap berbatu yang menakjubkan. Pelancong juga boleh menikmati air panas dan melawat kawasan yang penuh sejarah dahsyat di Jepun ini.


Sumber:https://plus.wiser.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis tuh dlm rumah pun pki?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 11:55 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 21-6-2021 09:27 PM
Habis tuh dlm rumah pun pki?

tak pakai kena saman 10 ribu rupiah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 10:53 AM | Show all posts
Cantik tempat ni..
ada nampak orang post kat FB dulu..
scenery dia mengingatkan aku dengan scene-scene dalam anime Barakamon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.085105 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list