CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1810|Reply: 1

Masuk penjara atau ambil vaksin – Duterte

[Copy link]
Post time 22-6-2021 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by whoamila at 22-6-2021 04:49 AM

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh dihukum penjara.

Ketika ini, Filipina merekodkan sebanyak 1.3 juta kes jangkitan dan lebih 23,000 kematian.

“Anda pilih, ambil vaksin atau saya akan penjarakan anda,” kata Duterte dalam siaran langsung di televisyen mengenai program vaksinasi yang perlahan di negara ini.

Sebelum ini, pegawai kesihatan Filipina menyatakan pengambilan vaksin di negara ini adalah secara sukarela.

“Jangan salah faham, ini adalah krisis negara. Saya ‘terganggu’ dengan mereka yang tidak mengendahkan seruan kerajaan,” jelas Duterte.

Sehingga 20 Jun, pihak berkuasa Filipina sudah memberi vaksin kepada 2.1 juta penduduk, namun sasaran itu masih jauh memandangkan jumlah populasi di negara ini adalah seramai 110 juta orang.

Filipina menyasarkan memberi vaksin lengkap kepada 70 juta penduduk dalam tahun ini.

Sementara itu, Duterte tetap dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan sekolah dibuka sebagai usaha berterusan mengekang penularan Covid-19. – REUTERS


  • Oleh Media Mulia
  • 22 Jun 2021



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tak nak terpaksa amik vaksin… sedih btul hidup dlm zaman serba mencabar ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.082972 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list