CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5355|Reply: 2

Cara Mudah Banyakkan Air Mani & Tingkatkan Kualiti Sperma

[Copy link]
Post time 22-6-2021 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 22-6-2021 06:51 PM

Air Mani – Cara Mudah Banyakkan Air Mani & Tingkatkan Kualiti Sperma

Lelaki masa kini sebenarnya mulai prihatin terhadap kesihatan seksual mereka termasuklah hal berkaitan air mani lelaki.

Cabaran kesuburan biasanya agak sukar ditambah pula dengan kesannya terhadap emosi dan hubungan anda dengan pasangan anda.

Jika terdapat masalah dengan kualiti air mani anda, ia sekaligus akan mengganggu kesuburan dan memberikan kesan terhadap “kejantanan” anda.



Sebuah analisis pada tahun 2017 telah menyaksikan hampir 43,000 lelaki diseluruh dunia yang mencatatkan penurunan drastik dalam jumlah sperma.

Jumlah ini pastinya akan menimbulkan kerisauan kerana ramai lelaki yang terlepas pandang akan faktor penyebab penurunan ini.

Jadi, dalam perkongsian kali ini kami ingin kongsikan dengan anda beberapa perkara yang melibatkan kesihatan dan kualiti air mani serta sperma anda.



Kenapa Sperma Sihat Itu Penting?

Kebanyakan lelaki mengabaikan hal berkaitan sperma dan hanya fikirkan kepuasan ketika bersama semata-mata untuk pancut air mani.

Banyak tabiat yang mampu menggugat kesihatan sperma dan menjadikan ia cair terus dilakukan tanpa mereka sedari.

Kesannya bukan sahaja terhadap kesihatan seksual dimana:


  • Zakar akan menjadi lemah
  • Pasangan tidak dapat menikmati kepuasan
  • Hilang keyakinan diri

.

Malah ia turut memberi kesan terhadap kesuburan.

Apabila melibatkan soal kesuburan, ramai yang menolaknya terhadap wanita semata-mata sedangkan menurut U.S National Library of Medicine mencatatkan bahawa ⅓ daripada kes ketidaksuburan adalah daripada lelaki.

.

Jelaslah disini bahawa mempunyai sperma yang sihat adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan kesuburan.

.

Ia juga akan memberikan kesan terhadap keseluruhan proses kehamilan dan juga kesihatan kandungan.

.

Sebuah kajian telah dijalankan terhadap tikus diamana tahap stress dan obesiti telah memberikan kesan terhadap genetik yang dibawa didalam sperma.

.

Ia menyebabkan anak tikus yang dilahirkan mengalami masalah berat berlebihan dan juga tekanan.

.

Namun, masih banyak kajian terhadap manusia perlu dilakukan untuk mengkaji hubungkait perkara ini.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sperma Sihat?


Ada beberapa elemen penting yang terlibat apabila kita bercakap soal kesihatan sperma.

.

Antaranya ialah:

.

a) Kuantiti


Kuantiti atau isipadu sperma sangat berkait dengan kesihatan sperma.

.

Kandungan sperma sihat adalah  sekitar 15 juta atau lebih bagi setiap mililiter air mani.

.

Lebih banyak yang anda ada, lebih tinggi potensi untuk sperma anda berjaya ke melalui sistem pembiakan pasangan anda untuk sampai ke telur dan sebaliknya jika ia kurang.

.

.

b) Pergerakan


Bukan semua sperma akan bergerak secara efektif dan akan ada juga yang langsung tidak bergerak.

.

Jangan risau kerana ia adalah normal.

.

Hanya 40 peratus sahaja yang akan bergerak dan itu jugalah jumlah yang anda perlukan untuk dikategorikan sebagai lelaki yang subur.

.

.

c) Bentuk


Sperma yang sihat akan mempunyai bentuk kepala yang bulat dan panjang serta ekor yang kuat.

.

Sperma yang sihat juga akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk sampai telur pasangan anda.

Cara Mudah Banyakkan Air Mani

https://suamisihat.com.my/wp-con ... 7/Air-Mani-Cara.jpg

Anda sendiri mempunyai kuasa dan kawalan terhadap kesihatan sperma anda.

.

Dibawah ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut cara untuk anda banyakkan air ini dan tingkatkan kualiti sperma.

.

.

1. Makan Secara Sihat


Mat saleh suka cakap macam ni, “You are what you eat.”

.

Jika diperincikan lagi maksud ayat diatas adalah apa yang anda makan akan menentukan kesihatan anda.

.

Dalam kes ini pula, ia akan menentukan kesihatan sperma anda.

.

Sebenarnya ada nutrien yang baik dan juga nutrien yang jahat dalam membantu mengekalkan kesihatan sperma anda.



Berdasarkan kajian, mereka yang mengamalkan “western diet” yang mengandungi daging proses, bijirin, produk tenusu, gula-gula, snek dan juga piza akan lebih terkesan dari segi sperm mortility.

.

Kesan yang baik pula lebih kelihatan bagi mereka yang mengamalkan diet yang tinggi dan melebihkan:

  • Ayam
  • Ikan
  • Sayur
  • Buah
  • Bijirin penuh

.

Kurangkan makanan proses dan cuba lebihkan makanan dibawah sebagai cara menambah air mani anda:

  • Vitamin B-12 yang mudah didapatkan didalam daging, ikan dan produk tenusu.
  • Vitamin C yang boleh didapati hasil pengambilan oren, beri, ubi kentang, tomato dan juga bayam.
  • Kekacang seperti badan, walnut dan hazelnut.
  • Lycopene yang boleh dijumpai didalam makanan merah seperti tomato dan juga tembikai.



Sumber:https://suamisihat.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info...  cuma nak tanya, perempuan Best ke kalau air mani lelaki banyak pancut dalam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 10:43 AM | Show all posts
Nizam_76 replied at 25-6-2021 07:38 AM
Good info...  cuma nak tanya, perempuan Best ke kalau air mani lelaki banyak pancut dalam tu?

biasanya bila air mani dah masuk kat dalam tu, perempuan akan rasa feeling lain mcm, tu yg best kalo pancut dalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050676 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list