CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 4

Berbulan Tidur Duduk Akibat Sakit Misteri -Kaki Bengkak Tak Boleh Kerja

[Copy link]
Post time 23-6-2021 09:45 AM | Show all posts |Read mode
KOTA TINGGI: Seorang suami lebih setahun tidak dapat keluar mencari nafkah selepas kedua-dua kakinya yang membengkak selepas mengalami penyakit misteri akibat terjatuh tahun lepas.


Mohd. Nazri Abd. Aziz, 51, sebelum ini bekerja di sebuah syarikat besi buruk sebelum terjatuh ketika sedang bekerja sehingga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan akibat pergerakannya terbatas.


Katanya, keadaannya semakin memburuk selepas dia sekali lagi terjatuh di rumahnya sehingga menyebabkan terus tidak boleh berjalan sendiri.


Foto: Utusan Online




“Kalau sebelum ini saya boleh berjalan dengan bantuan tongkat, namun, selepas terjatuh kali kedua, kaki saya terus semakin membengkak dan membesar terutama pada kaki kanan.


“Memang ada dapatkan rawatan hospital kerana risau juga jika akibat kencing manis atau sebagainya, tapi doktor memaklumkan saya tidak ada apa-apa penyakit.


“Doktor menyarankan agar saya mencuba rawatan tradisional. Namun, keadaan sekarang hendak bergerak pun susah. Anak-anak dan isteri pula tidak pandai memandu kereta,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Sejahtera di sini, semalam.


Kata Mohd. Nazri, ekoran keadaan dirinya yang susah untuk bangun selepas berbaring, dia kini sudah lebih tiga bulan tidur dalam keadaan duduk di sofa.


Sementara itu, isterinya, Roha Ali, 51, berkata, selepas suaminya tidak boleh bekerja, dia hanya mengharapkan wang simpanan selain bantuan daripada adik beradik yang banyak memberikan sumbangan dari segi kewangan.


Katanya, dia merupakan suri rumah sepenuh masa dan tidak boleh bekerja meninggalkan suaminya kerana Mohd. Nazri memerlukan bantuan sepenuh masa.


“Suami kini makan perlu disuap kerana tangannya juga semakin membengkak sehingga hendak pegang sudu atau nasi pun tidak mampu. Dia tidak pakai lampin pakai buang, jadi, apabila buang air kecil dia akan buang di dalam botol.


“Manakala untuk buang air besar saya dan juga dua anak berusia 14 dan 16 tahun perlu memapahnya ke bilik air dan menggunakan kerusi biasa yang ditebuk untuk suami duduk di bilik air,” katanya.


Tambah Roha, dia kini hanya berharap pada anak-anaknya yang boleh menunggang motosikal sekiranya mahu membeli keperluan harian. Jelasnya, sejak suami tidak bekerja, mereka juga hanya mengalas perut dengan apa sahaja makanan yang ada sekali pun terpaksa makan berlauk telur setiap hari.


Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Bank Rakyat Roha 22-033-139645-2 bagi meringankan beban keluarga tersebut. -CARI


Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 23-6-2021 03:35 PM

Pelik juga sampai doktor pun tak dapat diagnose dan suruh guna cara traditional.
Mula2 ingatkan water retention yang teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin Tak buat check up penuh tu yg Tak tau kenapa .
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dpt socso...sbb jatuh waktu kerja
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya… doktor mana tu. Patutnya buat surat refer ke hospital buat rawatan sepenuhnya.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.214825 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list