CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12104|Reply: 69

Lima Tahun Kahwin, Syamim Farid Tak Tertekan Tak Ada Anak

  [Copy link]
Post time 23-6-2021 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Hampir lima tahun mendirikan mahligai rumah tangga dengan Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari, pelakon dan pengacara, Che Puan Syamim Farid reda belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.


Mengakui sentiasa positif dan tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak, Syamim percaya waktu yang tepat pasti akan tiba buat dia dan suami.




Foto: IG




"Kami memang tidak meletakkan sasaran atau merancang untuk dikurniakan anak,cuma belum ada rezeki untuk kami lagi. Alhamdulillah saya juga tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak, malah pengikut di media sosial juga selalu mendoakan yang terbaik untuk saya.


"Apa yang mampu saya lakukan sekarang adalah terus berdoa dan menanti rezeki yang akan Tuhan berikan satu hari nanti, insya-Allah," katanya.


Sering memuat naik hantaran berkaitan kerjaya seni berbanding kehidupan peribadi bersama suami atau keluarga di media sosial miliknya, Syamim mengakui dia lebih selesa menyimpan hal peribadi di dalam hatinya.




  



  



Syamim berkata, dia tidak selesa menunjuk kebahagiaan yang dinikmati bersama suami dan keluarga terlalu berlebihan di media sosial.


"Sejujurnya saya lebih selesa umum mengenali saya melalui hasil kerja saya. Mungkin kedengaran sedikit tipikal tapi itulah yang saya buat kerana kebanyakan hantaran di media sosial mengenai kerjaya seni.


"Saya lebih gemar menyimpan hal privasi untuk diri sendiri. Kalau sesekali nak tunjuk kebahagiaan mungkin boleh, tapi tidaklah selalu.


"ilihan ini saya sendiri yang buat sebab saya nak hal peribadi saya bersama suami dan keluarga hanya diketahui oleh saya kerana mereka sentiasa berada di hati saya," katanya.




  



Walaupun jadual penggambaran lakonannya dalam drama Hati Yang Dikhianati tergendala susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini, Syamim bagaimanapun mengisi kekosongan waktu lapang di rumah dengan pelbagai aktiviti menarik bersama suami.


Katanya, dia dan suami akan sentiasa menjaga kesihatan diri dengan melakukan senaman.


"Selepas suami habis kerja kami selalu bersenam. Setiap minggu hampir empat hari kami habiskan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan di rumah.


"Kalau sebelum ini memang tiada masa untuk bersenam tapi tempoh PKP adalah waktu yang sesuai untuk kami memastikan diri sentiasa sihat dan kekal bertenaga," katanya.




  



Menurut Syamim, dia juga kini rancak mengikuti kelas bahasa Korea dan tidak menyangka sudah mampu memahami bahasa terbabit tanpa membaca sari kata setiap kali menonton drama Korea.


"Bermula dari PKP tahun lalu, saya memang nekad untuk mengikuti kelas bahasa Korea. Saya ambil sebab suka-suka saja sebab dah lama tak rasa suasana jadi pelajar.


"Hampir setahun mengikuti kelas bahasa Korea, saya kini boleh bertutur dan boleh memahami bahasa itu. Kalau dulu tengok drama saya kena baca sari kata yang ditulis, tapi sekarang dengar saja apa yang dilontarkan saya boleh faham," katanya.




  



Syamim yang kini membintangi drama Hati Yang Dikhianati mengakui teruja membawakan watak jahat buat kali kedua.


"Selepas drama Dua Takdir Cinta, saya sekali lagi diberi peranan membawakan watak jahat dalam drama ini.




  



  



"Kali ini saya tidak berdepan sebarang kesukaran tapi saya cuba bawa kelainan dari segi lontaran dialog sampaikan rakan-rakan yang kenal saya pun terkejut kerana tidak pernah melihat saya dalam keadaan marah atau garang.


"Saya bersyukur apabila masih diberi peluang untuk berlakon. Diharapkan drama ini akan mendapat sambutan yang baik sebaik ditayangkan semula nanti," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 10:46 AM | Show all posts
Dia ni yang main drama dengan ugasha dan ben amir dulu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca td igtkn shamin farouk pelakon xxray tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:56 AM | Show all posts
betul ke tak tertekan......



Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Honeymoon sentiasa. Happiness bukan terikat dengan ada anak saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla kalau tak stress,sebab stress ni pun buat susah juga nak conceive..amalkan positive vibes selalu...semoga ada rezeki tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 11:09 AM | Show all posts
Semoga dikurniakan rezeki hendaknya. aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:11 AM | Show all posts
lama betul, nasib laki nya pun jenis ok.
Belum rezeki nak buat mcm mna. Kurus betul syamim ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sure la ada rasa tertekan dan sedih. Takkan nak cerita. Tengok dia macam perfect life kan..suami dia hensem ohh kaya, darjat..setia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
dia dulu masa dewi remaja lawa.skrg terlampau kurus mcm kurang zat.dia mmg diet gile2 tk silap. mungkin kurang zat punca tk subur, mana tau kan.sbb ramai org elak makanan berminyak, padahal minyak kelapa tu byk vit e dan katanya elok utk kesuburan (ni my sepupu wat degree sains bagitau)
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:36 PM | Show all posts
kurusnya she oll sekarang.. tapi memang terserlah aura kayangan she oll ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:39 PM | Show all posts
janji laki dia herlok dik, apa nak heran anak tu... tunggu laki dah kepam sikit baru ada anak lagi bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tak tengok cerita tu, so mmg x kenal dia ni, tapi sama cantik sama padan dwngan sang suami, moga dpermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa ni wehh. Btw laki dia sedap. Tak ready lagi kot. Org kaya ni takda anak boleh buat IUI, IVF. Duit ada kan. Rakyat marhaen je takdak anak terus toklaki cari lain, xdak duit nak buat semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sfrnna replied at 23-6-2021 01:13 PM
Sapa ni wehh. Btw laki dia sedap. Tak ready lagi kot. Org kaya ni takda anak boleh buat IUI, IVF. Du ...

Dia ni dlu masuk dewi remaja batch adik Ungka skrng ad berlakon skit2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 23-6-2021 11:19 AM
dia dulu masa dewi remaja lawa.skrg terlampau kurus mcm kurang zat.dia mmg diet gile2 tk silap. mung ...

Ha ah dia pescatarian tak silap. Pastu nasik mmg tak mkn lgsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya. Kalau kurus sgt pun susah nak pregnant ke? Ada cousin iolss sorg ni...3,4 tahun jugak la kawin. Belum ada rezeki anak lagi. Cousin iolss tu pun kurussss jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
WHO R YUSSSS????
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada rezeki lagi... Insyallah ada lah nanti...Allah is the best planner.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ank @ tak bukan ukuran kebahagiaan. Jgn samakn benchmark u ngn the rest of us. Ada org mentaliti dia ank tu pelengkap keluarga. Ada yg mmg hepi with just the two of them. Paling2 penting igt slalu Allah is the best planner.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.076540 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list