CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8891|Reply: 19

[SEJARAH] Siam Bukan Thailand? Darimana asal usul orang thailand ni?

[Copy link]
Post time 23-6-2021 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Siam Bukan Thai?




BILA bercakap tentang Siam, penulis teringat seorang rakan lama penulis iaitu Sam Bhoon yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Kalai, Sik. Sewaktu penulis bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota Bukit suatu ketika dulu, penulis dan Sam Bhoon telah terpilih mewakili daerah Sik dalam Kejohanan Sukan Seluruh Kedah. Sam Bhoon merupakan sahabat penulis yang fasih berbahasa Melayu, maklumlah sejak kecil hidup di sekeliling kampung Melayu. Apabila penulis bertanya kepada beliau: 'Apakah beliau sayangkan Thailand atau Malaysia?', dengan gesit beliau menjawab: 'Tentulah Malaysia, sebab Malaysia adalah negara tumpah darah aku!'

Tetapi bagi penulis, Siam atau Thai sama saja. Sebab Siam berasal dari Thailand. Benarkah begitu? Ya, Siam atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun yang sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia?

Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza. Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.


Makanan masyarakat Siam hampir sama dengan makanan masyarakat Melayu

Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al-Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.

Namun, dalam satu versi berlainan pula, dikatakan Sultan Mudzaffar Syah (1136 - 1179) dulu pernah digelar Phra Ong Mahawangsa, satu gelaran dalam bahasa Thai yang bermaksud Tuanku Mahawangsa. Penggunaan gelaran itu dikatakan disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, sekali gus mewujudkan satu tanggapan bahawa masyarakat Siam sudah bertapak di Kedah sejak sekian lama. Ia dinafikan pula Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang menyifatkan Hikayat Merong Mahawangsa bukan fakta sejarah untuk diterima pakai. Justeru, beliau melihat fakta berkenaan sejarah institusi diraja Kedah yang berakar dari Parsi lebih sesuai diterima.


Seni mempertahankan diri - Tomoi Siam terkenal di kalangan masyarakat Siam

Apapun, tidak dapat tidak, kewujudan masyarakat Siam di Kedah sebagai antara penduduk awal di negara ini tidak boleh dinafikan. Banyak sebenarnya bukti kewujudan mereka terutama di negeri bersempadanan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Sebagai contoh, di Kedah sendiri, wujud beberapa nama tempat menggunakan bahasa Siam seperti Kodiang, Kalai, Berona, Changlun, Napoh dan Jitra. Malah, banyak juga nama kampung menggunakan bahasa Siam.

Masyarakat Siam di negara ini, kebanyakannya mendiami di lima negeri itu bukanlah ramai, malah lebih sesuai dikatakan minoriti terkecil dengan keseluruhan tidak sampai 60,000 orang. Namun, mereka mempunyai sejarah tersendiri yang menjadikan mereka unik untuk didekati terutama apabila dikaitkan sebagai antara penduduk awal di sini.


Berniaga di atas sampan terkenal di Bangkok

Sejarah persempadanan negara membabitkan Tanah Melayu dan Thailand juga membuktikan bahawa masyarakat Siam di sini bukan pendatang. Ini kerana, sebelum 1909 lagi, masyarakat Siam sudah ada di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Persempadanan akibat Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, membolehkan semua negeri itu menjadi milik Tanah Melayu. Ia menguatkan dakwaan masyarakat Siam di Kedah bahawa mereka bukan pendatang tetapi sudah sekian lama berada di negeri itu yang sebelumnya berada di bawah takluk Kerajaan Siam.

Sebenarnya, ada beberapa versi mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini tetapi versi paling relevan ialah mengaitkan mereka dengan penduduk Siam di selatan Thailand. Ini dibuktikan dengan kebanyakan penempatan masyarakat itu berada di kawasan berhampiran sempadan Malaysia - Thailand seperti di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di Kota Star, Kedah.


Etnik Siam di Malaysia dakwa berasal dari Mongolia

Apapun, menurut penduduk Siam yang ditemui di Kampung Kubang Chenok, Kubang Pasu, Kedah, kemasukan masyarakat Siam ke Kedah sudah berlaku sebelum negeri itu diserahkan kepada Tanah Melayu, malah mungkin lebih lama, iaitu sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah berdasarkan penggunaan nama Phra Ong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kemasukan ke beberapa negeri di Tanah Melayu didorong oleh sifat semula jadi masyarakat itu sebagai pemugar (peneroka) yang gemar membuka penempatan baru di kawasan hutan selain mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

Malah, menurut catatan Phraboriharn Thepdhani dalam bukunya, Phongsawadarn Chart Thai yang diterbitkan di Bangkok pada 1953, bangsa Thai sebenarnya berasal dari kawasan pergunungan Altai, Mongolia sebelum berhijrah secara besar-besaran dan penghijrahan itu turut membabitkan kawasan di Tanah Melayu, iaitu di utara Semenanjung Malaysia. Justeru, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em, 43, tegas mempertahankan kenyataan bahawa orang Siam di Kedah bukan pendatang dari Thailand tetapi bersusur galur dengan keturunan asal dari Mongolia yang turut berpindah sehingga ke beberapa negeri utara Semenanjung Malaysia.

“Kami bukan pendatang. Kami juga tidak ramai saudara mara di Thailand kerana kami memang sudah sedia ada di sini (Kedah). Rumit sebenarnya untuk mengaitkan kewujudan kami di sini dengan sejarah orang Thai tetapi bukti sejarah mencatatkan kami memang anak jati Kedah. Malah, dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, ada disebut bahawa orang Siam adalah salah satu daripada komuniti Melayu, sekali gus mengiktiraf orang Siam di sini sebagai anak jati Tanah Melayu. Cuma, kami tak pasti sejauh mana kami turut diiktiraf sebagai Bumiputera meskipun sering kali dikatakan kami sebahagian mereka,” katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China.

Mengupas lanjut mengenai sejarah dan latar belakang mereka, nyata banyak sekali kupasan menjurus kepada keunikan masyarakat minoriti itu. Justeru, kunjungan penulis bersama beberapa orang penggiat budaya ke Kubang Chenok untuk mendekati dan melihat sendiri cara hidup serta latar belakang mereka menemui lebih banyak misteri dalam kehidupan mereka. Sejarah sebagai peneroka jelas mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga kini kerana dikatakan majoriti masyarakat itu masih menjadi petani, dengan sebahagian kecil menceburi bidang profesional tetapi sangat sukar menemui orang Siam yang berjaya dalam bidang perniagaan.

Sejarah sebagai peneroka itu juga jelas dapat dilihat sehingga kini kerana kebanyakan perkampungan orang Siam adalah di sekitar kawasan berhampiran hutan. Kerana itu jugalah, penempatan mereka terperosok di ceruk pedalaman. Sukar untuk mengatakan mereka adalah kumpulan penduduk awal di Kedah tetapi pengaruh masyarakat itu amat kuat di Kedah.

Selain nama kawasan yang menggunakan bahasa Siam, boleh dikatakan ramai juga orang Melayu di Kedah yang mahir berbahasa Siam. Malah, ada juga perkampungan dikategorikan sebagai kampung Melayu Siam kerana keupayaan mereka menggunakan bahasa Siam sepenuhnya dalam perbualan harian.

Merujuk kepada sejarah juga menunjukkan yang pengaruh Hindu - Buddha menguasai kebanyakan negeri di Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam. Justeru, tidak dapat tidak, ia turut mempengaruhi kehidupan orang Siam yang masih kuat mengamalkan kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang sama sekali bukan ajaran Buddha. Malah, masih banyak bomoh Siam boleh ditemui di semua kampung Siam. Misalnya, di Kubang Chenok saja, ada tiga bomoh yang masih aktif menjalankan aktiviti perubatan mistik dengan kebanyakannya hebat dalam ilmu pengasih.

Berbalik kepada isu Thai atau Siam, ia terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya disokong oleh bukti tersendiri. Ada yang mengatakan Siam adalah sebuah negara manakala Thai adalah bangsa.


Loghat Berbeza Dengan Penduduk Thai

Sebut saja Kubang Pasu, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai daerah terakhir di Kedah sebelum sampai ke sempadan Thailand iaitu di Bukit Kayu Hitam. Tidak ada laluan lain ke sempadan itu selain melalui Kubang Pasu, sekali gus menjadikannya sebagai antara daerah paling sibuk setiap kali musim cuti. Apa tidaknya, ketika itulah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan berkunjung ke Selatan Thailand, sama ada sekadar ke Danok atau terus ke Haadyai untuk membeli-belah dan tak kurang juga untuk berhibur. Siapa yang tidak tahu mengenai dua lokasi itu sebagai lokasi hiburan popular orang Malaysia.

Pergi saja ke situ, pasti akan terserempak dengan rakan senegara, sama ada di kedai makan, pusat hiburan atau di jalan raya. Namun, paling utama ialah dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, pasti tidak ramai yang perasan mereka akan melalui Napoh iaitu satu pekan kecil sebelum Changlun, lebih kurang 15 kilometer dari pintu masuk ke Thailand. Di situlah, antara lokasi paling ramai masyarakat Siam berada iaitu antara Napoh menghala ke Padang Sera.

Malah, di Napoh saja, sudah terasa bahang masyarakat Siam kerana sepanjang perjalanan ke Padang Sera, singgahlah di mana kedai makan atau runcit, jelas bahasa Siam mendominasi perbualan mereka, tak kira sesama orang Siam atau dengan orang Melayu. Nyata, pengaruh Siam masih kuat menguasai kawasan itu meskipun penyerahan Kedah kepada British dari Kerajaan Siam sudah berlaku hampir 100 tahun dulu.

Napoh ke Padang Sera berjarak 10 kilometer dan di pertengahan jalan itulah letaknya Kampung Kubang Chenok iaitu penempatan masyarakat Siam terbesar di situ. Dikatakan ia tidak seramai masyarakat Siam di Pendang tetapi ada kemungkinan mereka adalah penduduk Siam terawal yang mendirikan perkampungan sejak ratusan tahun dulu. Ketua Kampungnya, Nuam Din Tiong, 74, turut diangkat sebagai Ketua UMNO Cawangan sekali gus membuktikan masyarakat Siam diterima sebagai satu daripada komuniti Melayu di situ. Malah, difahamkan, di Kedah, mereka dianggap sebagai Bumiputera meskipun tidak menikmati hak Bumiputera seperti orang Melayu.

Sukar sekali membezakan mereka dengan orang Melayu, apatah lagi kebanyakan mereka fasih dan tidak pelat berbahasa Melayu. Pakaian mereka yang sama dengan orang Melayu sekali lagi menambah kerumitan itu. Raut wajah mereka juga tak ubah seperti orang Melayu.

“Orang Siam seperti berada di tengah-tengah antara Cina dan Melayu. Kami boleh tinggal dan makan bersama orang Melayu dan tidak pula ada masalah bercampur dengan orang Cina. Tidak pernah timbul rasa tidak selesa jika kami bercampur dengan sesiapa saja. Malah, kepercayaan kami yang ada dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha memudahkan lagi pergaulan kami dengan sesiapa saja,” cerita Nuam ketika ditemui di rumahnya di Kubang Chenok.

Namun, jika diamati, pertuturan orang Siam di Kedah ada kelainannya dengan orang Siam di Thailand. Mereka ada loghat mereka tersendiri dan kebanyakannya sama dengan orang Melayu yang berbahasa Siam. Apapun, keunikan masyarakat Siam di Kubang Chenok bukan setakat itu saja kerana banyak lagi berkaitan budaya dan cara hidup untuk diceritakan. Kemesraan dan keramahan mereka juga menunjukkan mereka begitu selesa dengan sesiapa saja.

Sumber:http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2021 11:37 AM | Show all posts
sejak tengok cerita raja bersiong aku berminat nak tahu sejarah yg sebenar ttg adat zaman tu.... yang sembah berhala.. dan juga pakaian dorang...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 23-6-2021 11:37 AM
sejak tengok cerita raja bersiong aku berminat nak tahu sejarah yg sebenar ttg adat zaman tu.... yan ...

raja bersiong version mana? yg Tunku Abdul Rahman produce tu sayang x ditayangkan ,sbb kontroversi guna modal duit bnyk. klu lah Netflix dh ada boleh bekerjasama dgn TAR, boleh jd ala2 citer kingdom tau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama aku komen ttg benda ni broooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 23-6-2021 11:48 AM
raja bersiong version mana? yg Tunku Abdul Rahman produce tu sayang x ditayangkan ,sbb kontroversi ...

Raja Bersiong versi TAR tengok kat youtube mmg teruk sgt audio & visual. Kalau enhance edit video tu mesti best tengok. Tapi orang zmn sekarang sensitif dengan scene tok sami dan sembah menyembah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 11:48 AM
Dah lama aku komen ttg benda ni broooo

Rindu pulak nak tadah telinga dengar orang bercerita tentang sejarah ni. Face to face. Bukan tgk kat youtube atau facebook live.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 23-6-2021 11:37 AM
sejak tengok cerita raja bersiong aku berminat nak tahu sejarah yg sebenar ttg adat zaman tu.... yan ...

Raja Bersiong versi Malek Selamat & Maria Menado berbusana Melayu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 12:19 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 23-6-2021 11:48 AM
raja bersiong version mana? yg Tunku Abdul Rahman produce tu sayang x ditayangkan ,sbb kontroversi ...

ada kt youtube ni haaa




so jadi betul la raja bersiong ni wujud dan kerabat dia ialah tunku abdul rahman???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-6-2021 12:15 PM
Rindu pulak nak tadah telinga dengar orang bercerita tentang sejarah ni. Face to face. Bukan tgk k ...

Huhuhu... Skrg kan kita kena lockdown..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 12:20 PM | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 11:48 AM
Dah lama aku komen ttg benda ni broooo

keliru la sbnarnya raja bersiong ni ada ke x? dan kerabat dia btul ke tunku abdul rahman? apa kaitan dgn tunku kudin?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-6-2021 12:20 PM
Huhuhu... Skrg kan kita kena lockdown..

Dulu perpustakaan awam dan dbp kat sini ada buat majlis ilmu macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 23-6-2021 12:19 PM
ada kt youtube ni haaa



Dalam filem ni takde p ramlee & jins shamsudin. Para pelakon mfp lain semua ada.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 23-6-2021 12:20 PM
keliru la sbnarnya raja bersiong ni ada ke x? dan kerabat dia btul ke tunku abdul rahman? apa kait ...

Dah salur yg sama...depa. Semua dari keturunan yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-6-2021 12:22 PM
Dulu perpustakaan awam dan dbp kat sini ada buat majlis ilmu macam ni.

Lama betul x pi perpustakaan awam.. Iols skrg baca buku pun kat phone @ tab sajork.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:21 PM | Show all posts
Ramai tak suka membaca sejarah sebab tu ramai tak mengetahui mengenainya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2021 02:41 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-6-2021 12:24 PM
Dalam filem ni takde p ramlee & jins shamsudin. Para pelakon mfp lain semua ada.

tu version lain yg tahun 1961 x silap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 23-6-2021 02:41 PM
tu version lain yg tahun 1961 x silap...

Versi TAR, keluaran mfp dalam bentuk warna.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-6-2021 12:14 PM
Raja Bersiong versi TAR tengok kat youtube mmg teruk sgt audio & visual. Kalau enhance edit video  ...

tp at least props baju raja bersiong ni realistik sikit la; banding filem melayu cathay keris dan sestgh shaw bro. nmpak la rambut laki zmn dulu mcm perlak2. klu tgk ada filem melayu cathay konon2 zmn dulu, rambut pendek rapi tersisir, seluar yankee, slim fit je ak nengok. bg ak mcm citer semerah padi, raja bersiong versi TAR ni props dia ok la
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:50 AM | Show all posts
Sejak zaman Funan lagi dah ada bangsa Siam di asia tenggara tapi nagara induk bangsa ini masih lagi di selatan china.  Nama thai hanya terbit apabila negara induk siam di selatan china ditakluk oleh china dan penduduknya lari ke wilayah suku sakat mereka di asia tenggara untuk kekal bebas dari pemerintahan china.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:55 AM | Show all posts
Raline replied at 23-6-2021 03:37 AM
sejak tengok cerita raja bersiong aku berminat nak tahu sejarah yg sebenar ttg adat zaman tu.... yan ...

Maharaja derbar, maharaja drebar, hikayat merong mahawangsa semuanya dongeng murahan. Tak berasas langsung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059771 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list