CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1024|Reply: 1

Dibunuh 4 Individu Termasuk Remaja 15 Tahun Kerana Konsol Permainan Video

[Copy link]
Post time 23-6-2021 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Empat individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, didakwa kerana memukul seorang lelaki hingga mati selepas dipercayai mencuri konsol permainan video.


Pendakwa raya Perancis Michel Garrandaux berkata, John, 31, tidak dapat dihubungi ibunya hujung minggu lalu.




Gambar hiasan




Maklumat orang hilang dikeluarkan dan rekod lokasi telefon mangsa membawa kepada sebuah rumah di bandar Chatellerault.


Penghuninya membuat laporan terhadap John, Mei lalu, selepas mendakwa permainan video kanak-kanak dan konsol dicuri dalam kejadian pecah rumah.


Pada Ahad, seorang wanita yang mengenali suspek memberitahu polis bahawa mereka bercakap mengenai pembunuhan seorang lelaki yang kemudiannya dikebumikan di hutan.


Polis menyerbu sebuah rumah dan menahan dua lelaki, pasangan kepada seorang daripadanya dan seorang budak lelaki berusia 15 tahun.


Lelaki berusia 44 dan 35 tahun itu mempunyai rekod kesalahan mencuri, merosakkan harta awam dan dadah sebelum ini.


"asangan berkenaan disyaki menculik mangsa, menyerangnya kemudian membawanya ke rumah seorang rakan lain di mana mereka mengikatnya di kerusi, menendang serta dan memukulnya.


"Mereka mengaku hanya ingin memaksanya supaya mengaku," kata Garrandaux.


Mangsa meninggal dunia Sabtu lalu kerana kecederaan di kepala dan dada.


Dua daripada suspek dipercayai mengebumikan jenazah di hutan 15 kilometer dari bandar dan polis menggali semula kubur itu pada hari Isnin.


Ketiga-tiga suspek dewasa itu ditahan sementara menunggu perbicaraan, manakala remaja berusia 15 tahun berkenaan yang disyaki membantu membersihkan tempat kejadian, akan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 05:30 PM | Show all posts
Kerana permainan nyawa melayang kerja sia2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.240052 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list