View: 6619|Reply: 42
|
Amyra Rosli Tolak Semua Job, Duduk Rumah Masak Je
[Copy link]
|
|
Pelakon, Amyra Rosli, 29, tidak kisah menolak tawaran lakonan, selagi kes penularan COVID-19 tidak menunjukkan penurunan meyakinkan.
Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli berkata, dia lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan keluarga pada ketika ini.
Foto: IG
"Buat masa ini, saya tidak akan menerima tawaran lakonan. Drama terakhir, Sabarlah Duhai Hati ditayangkan Mei lalu.
"Bukan tiada tawaran, tetapi saya belum 'lock' mana-mana projek drama lagi. Saya nak tunggu hingga kerajaan memberi kebenaran penggambaran. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada situasi semasa.
"Saya tidak boleh memikirkan diri saya sahaja. Saya kena memastikan orang sekeliling seperti suami, anak, ibu bapa dan keluarga selamat. Sekarang, saya hanya aktif menjayakan kempen dalam media sosial dan duduk di rumah memasak untuk keluarga," katanya kepada BH Online.
Amyra berkata, melihat rakan pelakon yang dijangkiti COVID-19 membuatkannya lebih berhati-hati.
Kongsi isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu, dia dan suami juga pernah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri berikutan beberapa artis yang terbabit dalam penggambaran bersamanya disahkan positif COVID-19.
"Mei lalu, saya terbabit dengan penggambaran filem arahan Feroz Kader yang membabitkan 25 artis. Dalam file itu, adalah Nora Danish dan Reen Rahim yang disahkan positif terbabit sama.
"Sebelum itu, saya bersama dengan mereka dalam adegan di kafe. Jadi, apabila Nora mendedahkan dirinya positif dan minta sesiapa pernah bertemu dengannya membuat ujian calitan, saya dan Amar tidak berjumpa anak-anak.
"Kami terus buat ujian calitan dan kuarantin kendiri. Saya dan Amar dinasihatkan menjalankan kuarantin kendiri selama 10 hari. Kami akur dan Alhamdulillah, disahkan negatif," katanya.
Pelakon yang mengukir nama menerusi drama Nur dan Cemburu Seorang Perempuan itu berkata, dia tidak menyalahkan sesiapa apabila terbabit dengan kontak rapat COVID-19.
"Tak guna nak menuding jari, menyalahkan sesiapa, apa yang penting, kena jaga diri. Menyalahkan orang bukanlah satu sikap yang baik. Jadi, saya perlu menjaga diri kerana jika terjadi apa-apa, anak-anak yang masih kecil dirisaukan," katanya.
Disebabkan itu, Amyra memohon orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan akur dengan arahan duduk di rumah bagi kebaikan bersama.
"Kita tidak boleh mementingkan diri pada saat ini. Kita semua orang rindukan orang tua di kampung, tetapi nak buat macam mana? Anak kedua, Ayra Aryssa hingga hari ini belum bertemu keluarga sebelah suami.
"Ini kerana selepas habis berpantang terus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hingga sekarang. Ayra belum sempat diperkenalkan kepada saudara mara," katanya.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra yang lahir pada 1 Februari, tahun lalu. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayra muka ketat btol
|
|
|
|
|
|
|
|
pinggang die size 25 wow |
|
|
|
|
|
|
|
bosan plk tgk dia lps bertudung ni |
|
|
|
|
|
|
|
signal suh bini kerja kot. better amar gi keje kalau tak kena serai dgn laki |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lawa yg bosan... Xde aura mcm ratu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dulu cantik tapi lately nampak macam... tak bermaya sangat. Tak selawa dulu. Sayang |
|
|
|
|
|
|
|
mawar_mustika: pinggang die size 25 wow
Dia serupa a walking skeleton irl |
|
|
|
|
|
|
|
bankerpencen: Dia ni dulu cantik tapi lately nampak macam... tak bermaya sangat. Tak selawa dulu. Sayang
Dan semakin poyo statementnya. Perbuatannya. Yg main krim kek tu. Aura hamster dan jangkit |
|
|
|
|
|
|
|
ada laki, biar je la laki keje cari duit |
|
|
|
|
|
|
|
Amyra ni cantik tp tak minat dia berlakon..cam xde aura yg boleh buat meolls melekat nk tgk dia..ntah lah |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni makin lama mcm makin hilang aura walaupun tak dinafikan lawa..
bosan je tengok dia skang..
aritu masa promo kat TV3 citer kul 7 dia tu..
disuruh citer sikit la pasal drama dia tu..
gaya intonasi suara dia semua masa cerita tu ya rabbi menguap skala 8...
siap si Awal berseloroh.. aaa amyra nak citer drama ni drpd awal smpai habis ke? lebih kurang gitu ayat awal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencen berlakon terus pun tak per.. Lakonan pun rasa kosong & membosankan.. tak ada aura nak melekat kat tv |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka dia dlm Isteri Tuan Ihsan & Nur je ..drama dia yg lain aku x tau pon.dia cantik yg boring..cantik yg kita cpt jemu mcm kita tgk set2 paki lofa tu.mula2 tgk cantik dh lama2 npk bese.tp x dinafikn dia mmg cantik dlm Isteri Tuan Ehsan..mcm anzalna kita tgk x jemu. |
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 24-6-2021 04:17 PM
Aku suka dia dlm Isteri Tuan Ihsan & Nur je ..drama dia yg lain aku x tau pon.dia cantik yg boring.. ...
Setuju. Pada iols kalau cantik saja memang boring. Dia kena cantik+manis. Baru la tak jemu mata memandang |
|
|
|
|
|
|
|
Haha jmp dia kat klia dulu, biasa je x makeup kot time tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ah tiberr amyra ada hater pulak...sblom ni jd sweetheart acik2 forum...
Tapiii meols pun tak minat lakonan dia |
|
|
|
|
|
|
|
die lawa cun tapi x minat tgk die berlakon..ntah la napa eh
nak nak pas kawen dgn si hamster ni..attitude bosan |
|
|
|
|
|
|
| |
|