CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 1

Belgium rencana strategi terbaik

[Copy link]
Post time 24-6-2021 10:59 PM | Show all posts |Read mode

BELGIUM akan melalui proses menganalisis persembahan mereka sepanjang aksi peringkat kumpulan untuk mendapatkan ramuan terbaik berdepan saingan di pusingan 16 pasukan terbaik nanti. – twitter belgian red devils

Belgium rencana strategi terbaik

BRUSSELS – Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez menggunakan pendekatan membahagikan skuadnya kepada dua bahagian untuk menjalani latihan menjelang aksi pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Belgium mengesahkan kemaraan sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Finland 2-0 pada aksi terakhir dan bakal kembali beraksi di Seville pada aksi seterusnya nanti.

“Ada beberapa perkara anda boleh mengawalnya dan ada yang anda tidak mampu. Kami akan menggunakan kesempatan sebelum pusingan berikutnya untuk membuat sedikit analisis mengenai pasukan kami.

“Banyak perkara yang perlu kami teliti selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan dan tiga aksi peringkat kumpulan sejak tiga minggu lalu. Kami akan cuba melihat dari aspek pemain, gandingan, apa yang baik dan apa yang sebaliknya.

“Kami akan cuba untuk memulakannya semula, memberi tumpuan terhadap cara kami bermain kemudian melihat apakah ia akan membuatkan kami bertambah baik,” katanya.

Menurut Martinez, mereka perlu mengetahui siapakah lawan di peringkat kalah mati terlebih dahulu sebelum memberi fokus terhadap taktikal yang akan digunakan.

“Sudah tentu ia akan berubah berbanding apa yang kami lalui di peringkat kumpulan. Pemilihan pemain akan berdasarkan kepada sesi latihan dan apakah taktikal yang akan kami gunakan. Ia juga bergantung kepada pasukan yang bakal kami tentang,” ujarnya.

Belgium berdepan kemungkin menentang beberapa pasukan hebat sama ada Perancis, Portugal atau Sepanyol sebelum berjaya menempah slot pentas final pada aksi kali ini. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 10:36 PM | Show all posts
belgium pun sedap jua ni..team mantap lukaku lukamu hazard
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.688788 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list