Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
643
View
6
Reply

[Dunia] Di Rusia sudah ada sijil vaksin palsu bagi yg tak nak cucuk tapi nak sijil suntikan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-6-2021 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Sijil vaksin palsu mula ditawarkan di Rusia
AFP

Moscow: Rusia kini berdepan masalah baharu apabila muncul kegiatan menawarkan sijil vaksinasi palsu di pasaran gelap.

Sergei, 30-an, yang menetap di Krasnodar tidak merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin Sputnik V.

Dia menjumpai seorang lelaki yang menawarkan sijil palsu vaksin Covid-19 pada harga 15,000 ruble (kira-kira RM864), melalui aplikasi Telegram.

Tiga minggu selepas itu, Sergei memasuki portal perkhidmatan awam Rusia dan mendapati dia sudah memiliki sijil perakuan vaksin dan lengkap dua dos Sputnik V.

Ogos lalu Rusia menimbulkan kebimbangan terhadap Sputnik V dengan mendaftarkan vaksin lebih awal sebelum ujian klinikal berskala besar dilaksanakan, tetapi pakar antarabangsa berkata, ia selamat dan berkesan.

Banyak penduduk Rusia mengambil langkah waspada, dengan sekitar 60 peratus mengatakan mereka tidak merancang untuk diinokulasi.

Sergei berkata, dia yakin suntikan itu mempunyai kesan sampingan, dan bimbang vaksin itu hanya bersifat "eksperimental".

"Saya tidak mahu mati kerana apa yang kerajaan tetapkan," kata Sergei dalam perbualan di Telegram, menunjukkan AFP tangkap layar portal kerajaan yang menunjukkan sijil vaksinnya.

Sentimen itu telah membantu memupuk pasaran gelap di Telegram dan forum 'darknet' Rusia di mana puluhan peniaga mengaku menjual sijil palsu dan bahkan memalsukan pendaftaran di pangkalan data vaksinasi kerajaan.

Walaupun beberapa pelanggan mengadu ditipu, yang lain memberikan ulasan mengatakan semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Minggu lalu, Moscow menetapkan suntikan vaksin sebagai mandatori kepada pekerja industri, selepas hanya sejuta daripada 12 juta penduduknya mendapatkan suntikan itu dalam tempoh enam bulan.

Beberapa wilayah lain di Rusia mengikut jejak langkah sama.

Pengunjung restoran di Moscow perlu menunjukkan sijil vaksinasi mereka bermula 28 Jun ini.

Pihak berkuasa Moscow berkata, langkah itu dilihat menampakkan hasil selepas hampir 60,000 individu tampil mendapatkan suntikan setiap hari, 10 kali ganda berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, seorang peniaga di forum 'darknet' berkata, ketika ini dia menerima antara 20 dan 30 tempahan sijil vaksin palsu setiap hari.

"Saya juga mendapat permintaan untuk sijil vaksin bagi semua kakitangan sebuah syarikat," katanya.

Di pasaran gelap biasa, warga Rusia boleh mendapatkan sijil vaksin pada harga 2,000 ruble (kira-kira RM115).

Namun, di bahagian lain, seorang perantara boleh mendapatkan kakitangan perubatan 'menuang' dos vaksin dan memasukkan maklumat palsu ke dalam portal kerajaan.

Disiarkan pada: Jun 24, 2021 @ 10:16pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mesia pun aku rasa pasti akan wujud..sedangkan app grab driver pun ada org boleh buat clone utk pilih ping..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 24-6-2021 11:30 PM
Kat mesia pun aku rasa pasti akan wujud..sedangkan app grab driver pun ada org boleh buat clone utk  ...

bukan 'akan' lagi... mmg dah ada pun yg nak passport vaksin fake. bila byk sgt baca teori konspirasi mcm tu la jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh..  Sini pon nanti ade.  Tu pase Keri takmo kasi vaksin kat sepital swasta nu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Auntyvaks dh blh siap sedia beli cert vaks nnti.. pilih aja nk vaks apa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 25-6-2021 03:04 AM
Huk aloh..  Sini pon nanti ade.  Tu pase Keri takmo kasi vaksin kat sepital swasta nu..

Dah adalah kat Pantai
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list