CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2803|Reply: 6

[SEJARAH] Empangan Kuala Kubu Pecah

[Copy link]
Post time 24-6-2021 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Empangan Kuala Kubu Pecah



29 Oktober 1883 – Pada tahun 1883, banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor. Banjir ini telah menyebabkan Empangan Kuala Kubu pecah lalu menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu. Peristiwa penting ini dicatatkan dalam sejarah kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang.

Empangan ini terletak dekat Kampung Asam Lenggong sekarang dikenali sebagai Kampung Ampang Pecah kira-kira 2.4 km dari pekan Kuala Kubu. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. la dibuat dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Daerah Kuala Kubu sering dilanda hujan. Ini menyebabkan kerap berlaku bah di Sungai Selangor.



Sungai ini pula menjadi cetek oleh takungan tanah dan pasir yang mengalir akibat hujan dan kegiatan melombong di bahagian hulu sungai. Lama-kelamaan Sungai Selangor menjadi sebak dan apabila hujan lebat turun dan sungai ini banjir, empangannya tidak berdaya lagi membendung arus air yang deras, lalu roboh dan menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu serta kawasan-kawasan sekitarnya.

Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Cecil Ranking, Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerah itu telah terkorban manakala 38 buah rumah hanyut. Satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan itu iaitu mendulang bijih timah juga turut terjejas.

Tragedi pecahnya Empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai ‘Sejarah Kuala Kubu’. Akibat dari kejadian ini, Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor tidak lagi wujud dalam sejarah. Pusat tersebut dipindahkan ke Rasa buat sementara.



Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah ini juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di Selangor pada tahun 1867-1874.

Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal dalam kenangan. Kini Kuala Kubu Bharu ini terkenal dengan pusat latihan yang penting di Malaysia seperti Maktab Latihan Bomba Malaysia, Maktab Polis Diraja Malaysia dan Pusat Latihan Belia Negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk dah suspen, rasa macam nk pi bungkus kain baju rupa2nya kisah 138 tahun yg lalu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut baca tajuk


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 01:09 AM | Show all posts
Lentera replied at 24-6-2021 03:58 PM
Baca tajuk dah suspen, rasa macam nk pi bungkus kain baju  rupa2nya kisah 138 tahun yg lalu

i dah siap siap nak shopping sardin. nasib baik i nampak u komen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2021 10:24 AM | Show all posts
Lentera replied at 24-6-2021 11:58 PM
Baca tajuk dah suspen, rasa macam nk pi bungkus kain baju  rupa2nya kisah 138 tahun yg lalu

kan dlm board sejarah peristiwa klu isu semasa ya la
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 25-6-2021 10:24 AM
kan dlm board sejarah peristiwa  klu isu semasa ya la

Ooo maaf kn sy ye hehe tak pandai sgt berforum, tu yg x nmpk bod
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2021 04:40 PM | Show all posts
ooo ada sejarah rupanya. nice info!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.063742 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list