"Tweet pelakon sendu, quote lak dari SIS, padan lah."
Apabila membicarakan isu poligami di Malaysia, ianya tertakluk pada hukum syariah dan juga undang-undang. Jika ia dibicarakan secara terbuka, perlu ada ilmu kerana konteksnya yang luas.
Namun, bagi aktor Redza Minhat, poligami di Malaysia sebenarnya lebih banyak menimbulkan keburukan berbanding kebaikan.
Mengambil rujukan dari kajian yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS), status Redza membuatkan ramai yang berpolemik.
Tapi, betul kah apa yang dikatakannya tu?
FOTO: Twitter
Redza melihat peratusan suami yang gagal memberi nafkah terhadap isteri sangat lah tinggi iaitu 56 peratus, dan kebanyakannya adalah berpendapatan di bawah RM3,000. jadi mengapa poligami masih dibenarkan?
Foto : devdiscourse
Memandang rendah poligami hanya kerana segelintir lelaki yang tidak bertanggungjawab, tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang benar-benar bertanggung jawab? Itulah yang dipersoalkan segelintir netizen.
Foto : Twitter
Rentetan itu, Peguam Syariah, Muhammad Syarafi tampil memperbetulkan tanggapan tersebut. Kebiasaan poligami yang dibenarkan setelah pihak mahkamah melihat kemampuan pihak lelaki, tetapi masalah yang banyak berlaku datangnya dari perkahwinan di luar negara. Jadi, kedua-duanya berbeza.
Foto : Twitter
Foto : IG
Ianya adalah perbincangan terbuka, jadi diharapkan Redza dan netizen lain boleh berlapang dada dengan senario yang berlaku di dalam negara. - CARI
|