CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11144|Reply: 71

[Politik] Syed Saddiq Hanya Tahu Main Media Sosial.Anda setuju?nak bagi chan pasal dia mas

  [Copy link]
Post time 26-6-2021 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Syed Saddiq telah dituduh oleh beberapa pihak yang menyatakan bahawa bantuan yang dihulurkan oleh beliau merupakan wayang politik. Jelas negara kita kini menghadapi kesan buruk terhadap ekonomi akibat wabak Covid-19, akan tetapi adakah Syed Saddiq benar-benar menolong semua rakyat Muar seperti yang dipaparkan di laman media sosialnya?

Perlunya rakyat sedari bahawa ini merupakan taktik untuk Syed Saddiq menaikkan imejnya dalam kalangan masyarakat. Wayang politik adalah sangat senang pada zaman kini dengan perkembangan media sosial, dan Syed Saddiq merupakan pakar dalam bidang ini.  Wajar kita persoalkan kenapa beliau mempunyai banyak sangat masa untuk membuat paparan media sosial beberapa kali sehari?
Nampak sangat beliau mempunyai banyak masa untuk melayan media sosial, dari Instagram hingga ke TikTok. Persoalan seterusnya adalah jika beliau mempunyai masa yang banyak untuk memuat naik kandungan media sosial, mengapakah beliau tidak menggunakan masa itu untuk membantu lebih lagi orang ramai yang menghadapi kesukaran? Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini merupakan satu permainan Syed Saddiq dalam mengejar populariti.

Sebagai seorang bekas pendebat, tidak hairanlah kemahirannya dalam bidang bersuara. Sudah lama Syed Saddiq mencungkil bakatnya untuk berwayang di depan orang ramai. Masalahnya, sebagai wakil rakyat setakat mahir berpidato tidak cukup. Perlunya ada sifat bertanggungjawab dan berintegriti. Kedua-dua sifat ini nampaknya hanya di permukaan bagi Syed Saddiq.
Mungkin modus operandi beliau adalah untuk mencari beberapa orang yang memerlukan untuk berlakon dalam paparan media sosialnya. Pada minggu lepas kes Pakcik Rahmat yang kononnya tinggal di rumah usang telah dibongkar oleh pihak ketua kampung sebagai tidak benar. Pakcik Rahmat sebenarnya sudah menerima bantuan bulanan dari pihak berwajib dan telah mengesahkan bahawa Syed Saddiq tidak menjanjikan apa-apa kepadanya malah dalam kata-kata Pakcik Rahmat, “ dia tulis je..”.

Sumber: https://www.facebook.com/gerakanmuafakat/posts/2592796441026653

Ekonomi negara kita berada dalam keadaan tenat, masyarakat ramai menghadapi kesukaran hidup. Syed Saddiq pula mengambil kesempatan ini untuk membuat wayang bagi popularitinya sendiri. Beliau sepatutnya menjadi pencetus era baharu politik di negara ini, tetapi kini mengikuti ajaran politik lama di mana rakyat menjadi tebusan bagi meneruskan agenda politiknya. Sokong Syed Saddiq, kalau tidak segala bantuan tidak akan diberi. Nampak sangat taktik ini dipelajari oleh ayahanda politiknya, Tun Dr Mahathir.

Namun begitu, Syed Saddiq ini sebenarnya telah terpengaruh dengan fahaman liberal, dan itulah sebab MUDA ditubuhkan. Sepatutnya MUDA membela nasib para belia di negara ini. Namun begitu sudah hampir setahun diumumkan parti ini tetapi tiada apa usaha ataupun polisi yang dicadangkan oleh MUDA selain daripada berkongsi paparan media sosial Syed Saddiq dan berdemo di depan balai polis.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/columns/558424



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
At least ada dr munteri lain... Khensssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bkn sesuatu yg menghairankan.
Ingt lg drama jalan kaki tempang?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jas7512 at 26-6-2021 06:36 AM

Ada juga bantuan utk kaw parlimen dia..maszlee pun..yg lain apa cerita....klu nak dengki kat saddiq ni...wakil2 rakyat lain bg lah bantuan kaw2 dkt kawasan korang..bantu mana2 rakyat kat kaw krg yg terjejas teruk dan buat liputan kaw2...bersainglah secara sihat bukan menafikan benda baik yg org dah buat..ikhlas ke tidak..itu urusan krg dgn Tuhan..pru mcm x lama lg so buat lah baik2 dgn potential pengundi u all
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 06:29 AM | Show all posts
otai_g replied at 26-6-2021 05:55 AM
Ini bkn sesuatu yg menghairankan.
Ingt lg drama jalan kaki tempang?

budak2 kan suka berlakon nak raih perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
I setuju kekalkan heols di bangku pembangkang. KJ junior. Drama heols over nau2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ss ni Jenis yang buat kerja stail orang muda.. Dan cara bekerja juga sgt bagus.. And definitely he's doing a lot.. Berbanding dgn politicians lain. Yang koyak dgn dia  patut tgok usaha dia bantu org muar.. He is doing his job.. He earned my respect
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
YB yg mencapup sambil beri bantuan adalah 10x lebih baik dari YB yg duduk rumah mengangkang ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
klu kawasan parlimen dia jaga, ok la kekalkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Wayang... Asal ada content...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang muda main media sosial? Memang normal kot.

Yang tua2 gayut pun up ikhlas cuci masjid kat media sosial. Tu lagi menyampah.
Entah berapa banyaklah tycoons sedekah jariah kat dia pandemik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni memang nampak SS ni walk the talk kat parlimen dia. Walaupun takde allocation from federal.

Dan walaupun dia ni masih mentah banyak buat silap, lagi bengang yang otai berpuluh tahun berpengalaman tapi sengaja buat silap makan gaji S Jibeng kat kabinet.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap org akn jaga kwsn dia sehabis baik.Itu bkn sesuatu yg pelik pun. Undi dek.... undi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
I x suka SS ni, tapi suka jgk tgk cara dia yg seiring dgn waktu..mcm masa dia jadi menteri sukan aritu, dia beri penekanan pada esports,which is mmg 1 bende yg mmg tgh in dan sentiasa akan sustain la kan..tambah2 bila dah zaman covid ni..pastu yg dia buat kempen botak kepala,jual kurta utk tambah dana tu..at least dia buat sesuatu utk kawasan dia..tapi pasni kalu dia ada buat benda2 kontroversi,atau pecah amanah, i akan tetap kecam
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
I follow jah dia kat ig..dia mmg buat kerjaaa...yang sempudal tau nak mengutuk tuu pegi tengok kawasan masing2 la.sebok jek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
parlimen walaupun xleh bersidang, ADUN @ MP masih ada dan masih perlu bekerja utk rakyat..those yg terkesan @ ketua komuniti, tolong lah pegi gegar YB kawasan korang..jgn biar diorg laid back je di saat2 mcm ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
halah halah yang xtau main socmed pon belum tentu buat kerjaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:15 AM | Show all posts
otai_g replied at 26-6-2021 05:55 AM
Ini bkn sesuatu yg menghairankan.
Ingt lg drama jalan kaki tempang?

dh cari video tu
tgk semula

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:24 AM | Show all posts
Orang politik tak kira mana2 parti.......... Kebanyakannya wayang.......... Hanya macai saja yg percaya............
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 26-6-2021 07:33 AM
YB yg mencapup sambil beri bantuan adalah 10x lebih baik dari YB yg duduk rumah mengangkang ja.

Aku sokong sàja diorg nak buat sesuatu utk rakyat kawasan dia.
Mana2 menteri atau ahli parlimen sila jalankan tanggungjawab bilamana ko dipilih rakyat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.092451 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list