CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2381|Reply: 5

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Nasihat & Dakwah

[Copy link]
Post time 26-6-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 26-6-2022 12:11 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, diceritakan oleh Al A'masy, daripada Syaqiq, daripada Usamah bin Zaid,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seseorang didatangkan pada hari kiamat
kemudian dilemparkan ke neraka
sehingga ususnya terburai keluar
dan berputar-putar di neraka
seperti keldai memusing kisaran gandumnya.

Kemudian penduduk neraka bertanya,
"Hai fulan! Apa yang menimpamu,
bukankah dulu
kau menyeru kepada kebaikan
dan melarang daripada kemungkaran?"

Dia menjawab,
"Benar, dulu saya menyeru kepada kebaikan
tapi saya tidak melakukannya.

Dan saya melarang daripada kemungkaran
tapi saya melakukannya."

(Hadith Muslim no. 5305)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2022 12:02 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Shafwan bin Isa, daripada Muhammad bin Ajlan, daripada Al Qa'qa' bin Hakim,
daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Agama itu adalah nasihat."
Rasulullah s.a.w. mengulanginya
sehingga tiga (3) kali.

Kemudian para sahabat bertanya,
"Untuk siapakah wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Untuk Allah,
Kitab-Nya,
para pemimpin
dan kaum muslimin seluruhnya."

(Hadith Tirmidzi no. 1849)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2022 05:51 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 23-6-2022 10:09 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman,
kenapakah kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu kerjakan?

(Surah As-Saff 61:2)

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebencian di sisi Allah
bahawa kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan.

(Surah As-Saff 61:3)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2022 08:00 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 26-6-2022 03:28 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Peringatan kepada Orang Kafir
& Orang yang Banyak Tinggalkan
Perintah Allah & Rasul-Nya

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ
(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu),
sehingga apabila datang kematian
kepada salah seorang daripada mereka,
dia berkata,
"Ya Tuhanku,
kembalikanlah aku (ke dunia).

(Surah Al-Mu'minun 23:99)

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ
Agar aku berbuat amal soleh
dalam perkara-perkara
yang telah aku tinggalkan.

كَلَّا
Sekali-kali tidak.

إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا
Sesungguhnya itu adalah perkataan
yang diucapkannya sahaja.

وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Sedang di hadapan mereka
ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya)
sehingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

(Surah Al-Mu'minun 23:100)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2023 10:56 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Budail bin Quraisy al Yamiyyu al Kufi, diceritakan oleh Abdullah bin Numair, daripada Umarah bin Zadzan, daripada Ali bin al Hakam, daripada 'Atha',
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu
yang dia ketahui.

Kemudian dia menyembunyikannya.

Maka dia akan disebat pada hari kiamat
dengan cemeti dari neraka."

(Hadith Tirmidzi no. 2573)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2023 09:40 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 5-4-2023 01:46 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, Abu 'Amir Al Asy'ari & Muhammad bin Al 'Allaa, (lafaz Abu 'Amir Al Asy'ari) diceritakan oleh Abu Usamah, daripada Buraid,
daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Perumpamaan agama
bahawa aku diutus oleh Allah a.w.j.
dengannya,
iaitu berupa petunjuk dan ilmu
ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi.

Antaranya, ada yang jatuh ke tanah subur
yang dapat menyerap air.
Maka tumbuhlah padang rumput yang subur.

Antaranya pula, ada yang jatuh ke tanah yang keras
sehingga air bertakung kerananya.
Lalu air itu dimanfaatkan oleh orang ramai
untuk minum, menyiram kebun dan menternak.

Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus,
tidak menakungkan air
dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Seperti itulah perumpamaan,
orang yang mempelajari agama Allah
dan mengambil manfaat daripadanya.
Belajar dan mengajar.

Dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu
dan tidak menerima petunjuk Allah
bahawa aku diutus dengannya."

(Hadith Muslim no. 4232)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.066278 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list