CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 2

Natascha Kampusch, Gadis Berusia 10 Tahun Melepaskan Diri Selepas Diculik Selama

[Copy link]
Post time 26-6-2021 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Natascha Kampusch, Gadis Berusia 10 Tahun Melepaskan Diri Selepas Diculik Selama 3,096 Hari



Pada 2 Mac 1998, Natascha Kampusch yang berusia 10 tahun diculik dan dikurung dalam sebuah rumah selama lebih lapan tahun. Dia kebuluran, dipukul, dilayan seperti hamba, dan terpaksa bekerja untuk penculiknya yang tidak waras.

Sebelum lima minit tiba ke rumah, Kampusch yang sedang berjalan sendirian telah ditangkap oleh seorang lelaki bernama Wolfgang Přiklopil yang merupakan juruteknik komunikasi.





Kampusch mungkin boleh diselamatkan lebih awal jika polis percaya dengan dakwaan seorang saksi. Saksi itu melaporkan bahawa dia ternampak van Přiklopil, tetapi polis menolak laporan itu kerana menyangka Přiklopil seorang yang baik.

Sementara itu, Kampusch melakukan apa sahaja demi bertahan dan menyelamatkan nyawanya. Dia menggunakan psikologi untuk melindungi dirinya dengan meminta Přiklopil untuk membaca cerita ketika dia tidur.



Walau bagaimanapun, Přiklopil percaya dirinya sebagai Tuhan Mesir. Apabila Kampusch semakin besar, Přiklopil mula memukulnya, enggan memberi makanan, memaksanya membersihkan rumah dan dikurung dalam bilik gelap.

Kampusch enggan memberi butiran tentang kejadian gangguan seksual yang dialaminya dan cuba membunuh diri beberapa kali kerana terdesak untuk melarikan diri.

Kampusch sentiasa mencari peluang untuk melarikan diri. Namun, ketika Přiklopil membawanya keluar di khalayak ramai, dia terlalu takut untuk bertindak.



Menjelang ulang tahunnya ke-18, dia berkata kepada Přiklopil, “Kamu tidak boleh memaksa saya untuk tinggal bersama kamu. Saya ada keperluan sendiri. Keadaan ini mesti berakhir.”

Beberapa minggu selepas itu, Kampusch melarikan diri dari rumah Přiklopil selepas 3,096 hari. Oleh kerana tidak mahu dihumban ke penjara, Přiklopil membunuh dirinya dengan baring di hadapan kereta api yang akan datang. Sebelum membunuh diri, dia mengaku, “Saya seorang penculik dan seorang perogol”.



Kini, Kampusch telah menulis tiga buku mengenai pengalamannya dan satu filem bertajuk 3,096 Days.

Sumber:https://plus.wiser.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian
Cantik orangnye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 02:28 PM | Show all posts
kesian dia ni.i nak tahu kebenaran pasal dia ni. kawan sekolah kata dia kena culik dua lelaki.tp dia menafikan bahawa dia kena culik oleh seorang lelaki sahaja. dan dia pula simpan gambar lelaki yang culik dia tu dalam dompet.yucks....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036511 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list