View: 2352|Reply: 16
|
Makin Tenat, Sistem Kesihatan Indonesia Bakal Lumpuh
[Copy link]
|
|
Penularan wabak Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan apabila jumlah kes keseluruhan mencatatkan 2.07 juta kes dan kapasiti hopsital mencecah 75 peratus di Jakarta serta bandar lain.
Negara jiran itu juga berdepan dengan penularan varian baharu yang lebih mudah berjangkit iaitu varian Delta yang berasal dari India.
Kredit foto: Kompas
Detik News melaporkan, hospital terpaksa menyediakan khemah kecemasan akibat lonjakan kes tersebut.
Di Medan, petugas khas Covid-19, Dr. Inke Nadia D Lubis berkata, 1,800 kanak-kanak dijangkiti virus berkenaan termasuk 14 meninggal dunia sejak enam bulan lalu.
Katanya, kebanyakan kes melibatkan murid sekolah rendah dan selebihnya pelajar sekolah menengah.
Kelmarin, Presiden Joko Widodo berkata, negara itu berdepan situasi luar jangka dan kerajaan akan mengumumkan beberapa polisi penting.
Persatuan Perubatan mengesahkan hampir 1,000 petugas kesihatan menjadi mangsa wabak itu sejak pandemik tercetus dengan 401 daripadanya adalah golongan doktor.
Bulan ini, lebih 300 doktor dan petugas kesihatan yang sudah menerima suntikan vaksin di Jawa Tengah disahkan dijangkiti Covid-19 dengan berpuluh-puluh daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital.
Peningkatan kes positif dalam kalangan petugas kesihatan yang sudah menerima vaksin, menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan suntikan vaksin Sinovac keluaran China.
Indonesia bergantung sepenuhnya terhadap vaksin tersebut untuk 180 juta rakyatnya tahun depan.
Jurucakap Persatuan Perubatan, Eka Mulyana berkata, varian baharu berkemungkinan besar merebak di Jawa Barat.
Gambar hiasan
“Di Jawa Barat, jumlah katil sudah melebihi 90 peratus dan beberapa hospital sudah mencapai tahap 100 peratus.
“Dengan kadar ini menunjukkan sistem kesihatan kita bakal lumpuh,” jelasnya.
Berpuluh-puluh penduduk di wilayah Kudus di Jawa Barat dikenakan perintah berkurung selepas varian Delta dikesan dalam sampel ujian kes tempatan yang menyebabkan lonjakan virus tersebut.
Lonjakan kes itu berpunca daripada jutaan penduduk dari wilayah itu yang melakukan perjalanan di seluruh negara semasa penghujung bulan Ramadan lalu.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sinovac je xde pelbagai vaksin eh? Untung friska n tisna maybe dpt jenis lain kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
Ada button LIKE , nak tekan sampai tercabut tombol ! |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah: Ada button LIKE , nak tekan sampai tercabut tombol !
Hahhahahaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic: Mmg sinovac je xde pelbagai vaksin eh? Untung friska n tisna maybe dpt jenis lain kt sini
Friska trisna dapat vaksin bakso campur tempe |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 27-6-2021 03:22 PM
Mmg sinovac je xde pelbagai vaksin eh? Untung friska n tisna maybe dpt jenis lain kt sini
Jgn friska bawa kaum kerabat reramai dtg sini dh la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah x peduli negara lain
negara sendiri pn teruk
|
|
|
|
|
|
|
|
Lantaklah...sama je, kang mngata kena balik cash kat negara sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah jaga sempadan elok2, jangan terlepas variant Delta ni |
|
|
|
|
|
|
|
jgn jadi mcm malaysia they said |
|
|
|
|
|
|
|
Cash la... hari tu bkn main dok mengata jangan jadi mcm malaysia katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kn...cash je balasan bahana mulut menteri sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
2x5 jer abah & jokowi. so tak berani komen |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu je pak jokowi kutuk malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Tu pun rakyat msia hari2 merungut nak bebas..nak rentas daerah, nak dine in. ...cuba la bersabar...semua org pun terkesan..cuma masalah masing2 je tak sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cashhhhhh onlyyyyyy! Time deyols dok kata pasal malaya dulu pun iols tak terkesan sebab tau deyols lagi teruk kes c19 kat sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|