View: 16881|Reply: 189
|
Mohon Kebenaran Rentas Negeri, Polis Hantar WhatsApp Menggatal Pula
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di media sosial, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, hari ini, mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.
Foto: Twitter
"Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.
"Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.
"ada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ashari berkata, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
"ihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.
Foto: Twitter
"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik macam mana pun polis kena tahan hati. Kalau perempuan tu yang mulakan dulu bolehlah kot.
Nak berkenalan tapi ada masanya perempuan akan merasa bimbang kerana detail mereka digunakan tanpa izin dan ini akan merimaskan mereka. Bila perempuan ini pula ukur tindakan polis dari kacamata integriti polis maka ... habislah kena report, kalau terus ke balai tak apa.. ni siap viralkan. Perempuan ini nampak kesalahan polis besar bebenao yang tunjuk peribadi dia ni kuat berdisiplin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ipan maduk, mesti dia akan komen sbb minah nih ada 2 tahun jahh lagi sblm digelar andartu junior...
"Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Die merasakan polis tu tak professional dlm keje die. Tu yg die viral. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni masalah "data security". Ada ke pekerja bank call korang untuk ngorat? takde kan? |
|
|
|
|
|
|
|
mesti polis ni x ensem sb tu kena viral |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2. Melanggar hak maklumat peribadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 30-6-2021 11:00 AM
Kalau ipan maduk, mesti dia akan komen sbb minah nih ada 2 tahun jahh lagi sblm digelar andartu juni ...
Dkt fb tulis pompuan tu dah kawin. |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 30-6-2021 11:10 AM
Dkt fb tulis pompuan tu dah kawin.
Eh kalau dah kahwin, bkn ke masa report kena habaq dah berkahwin? Awat polis pi wasap lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
zaman 60an/70an mmg la awek2 teruja kalau diusha abg2 polis/sojar |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata ayahpink - alam disebalik mata blazer
|
|
|
|
|
|
|
|
masih ada je zaman skrg..
|
|
|
|
|
|
|
|
habislah lepas ni susah plak surat nak sain lpas ni |
|
|
|
|
|
|
|
takde pasal cari pasal... |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 30-6-2021 11:15 AM
bak kata ayahpink - alam disebalik mata blazer
Susahnya nak decipher ayat nihh |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tak helok. Jujurnya iols pernah kena kacau abg polis ramai2. Dorang menyamar nak tangkap pati. Masa tu bulan puasa. Balik dari speedmart depan rumah iols ni. Iols pulak terlupa bawak ic. Dorang tahan iols dekat jambatan antara rumah iols dgn speedmart. Siap ada yg saje berdiri saje nak tunjuk bulge dia dekat iols.. lama dorang tanya.. nak tanya ke nak ngorat.. tapi sebab helok je iols melayan. Kalau tak, memang iols bergegas nak balik rumah sebab nak masak untuk berbuka. Bukan sekali, banyak kali. Tapi sifat birah iols melebihi segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 30-6-2021 11:11 AM
Eh kalau dah kahwin, bkn ke masa report kena habaq dah berkahwin? Awat polis pi wasap lagi?
Dia mintak kebenaran rentas negeri pergi hospital kat balai polis Setapak. Most likely tak disclose lah status just nak mintak pergi hospital kot?
Balik rumah polis from balai Setapak whatsapp dia.
So dia pergi balai polis Gombak lepas tu baru buat report. |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 30-6-2021 11:35 AM
Dia mintak kebenaran rentas negeri pergi hospital kat balai polis Setapak. Most likely tak disclos ...
Iols tak pernah minta rentas negeri.. ingatkan dlm borang ada minta status kawen.. sbb tu mcm kebiasaan sumer borang2 kat mesia nih..
Dolu2 kan ada kebenaran rentas utk pasangan pjj.. sbb tuh iols ingatkan ada segmen borang tanya status bujang, kawen, cerai ke dakk |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 30-6-2021 11:25 AM
Mesti tak helok. Jujurnya iols pernah kena kacau abg polis ramai2. Dorang menyamar nak tangkap pati. ...
Deme ingat hang pati ka?
Iols pun pernah kena tahan sbb deme nak tgk IC.. iols rupa pati kott.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|