View: 1816|Reply: 15
|
Keluarga Tak Sedar Anak Hamil, Umur Sebelas Tahun Dah Beranak
[Copy link]
|
|
London: Seorang budak perempuan menjadi ibu termuda di United Kingdom (UK) selepas melahirkan anak pada usia 11 tahun.
Budak perempuan itu dikatakan mengandung pada usia 10 tahun dan melahirkan bayinya, awal bulan ini.
The Sun melaporkan, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungannya sudah 30 minggu dan dua beranak itu dilaporkan sihat.
Gambar Hiasan
Keluarga budak perempuan itu bagaimanapun terkejut dengan berita kelahiran itu berikutan usia anak mereka yang terlalu muda.
Susulan kejadian, ketua perkhidmatan sosial kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
Sumber berkata, kelahiran itu adalah 'kejutan terbesar' bagi keluarga budak perempuan terbabit.
"Budak perempuan itu kini sedang dibantu pakar. Apa yang lebih penting dia dan bayinya selamat.
"Menjadi persoalan kini adalah bagaimana orang di sekelilingnya tidak menyedari perkara itu," katanya.
Sebelum ini, Tressa Middleton dilaporkan menjadi ibu termuda di UK selepas melahirkan bayi ketika berusia 12 tahun, pada 2006.
Seorang doktor, Carol Cooper berkata, kejadian terbaharu pada budak berusia 11 tahun ini menjadikan kanak-kanak itu sebagai ibu termuda di UK.
"urata usia kanak-kanak perempuan mencapai usia matang adalah antara lapan hingga 14 tahun.
"Namun, ia boleh menjadi lebih awal kerana berat badan boleh mempengaruhi banyak hormon," katanya.
Beliau berkata, satu daripada setiap 2,500 kelahiran berlaku terhadap seseorang yang tidak menyedari dirinya mengandung.
Pada 2014, seorang bayi dilahirkan oleh budak perempuan berusia 12 tahun, manakala bapa bayi itu hanya berusia 13 tahun di UK. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7: Siapa bapa baby tuhh?
Only the mothers know whos the real father.... |
|
|
|
|
|
|
|
11 tahun? hurmm iols dok main pasir lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Takut haruan makan anak jaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Pengaruh porn. No doubt. Easy access kt budak2 dh leni. Kalo pelaku tu adult, pengaruh child porn. 11 kot. Baby lg pd aku. |
|
|
|
|
|
|
|
weezerfan replied at 30-6-2021 11:31 AM
Takut haruan makan anak jaaa
Rasanya gitu. Bapak, pakcik, datuk, abang atau boyfriend mak budak tu yg buat. |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 30-6-2021 11:25 AM
11 tahun? hurmm iols dok main pasir lagi
Tgh kemaruk main slides, main pasir, main buai2 smpi tinggi kt playground. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Budak sekarang tak rasa semua tu. Rugi mcm tu je childhood dieorg.
|
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 30-6-2021 11:47 AM
Budak sekarang tak rasa semua tu. Rugi mcm tu je childhood dieorg.
Even pre covid pun budak2 dah tak mcm dulu. Ni ngan covid, makin teruk jdnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sana dengan cerita teen mom nya, apa nya... sape apak baby tu |
|
|
|
|
|
|
|
Merata dunia dah ada berita macam ni dilapurkan zaman sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada byk mainan budak zmn skeg ni yg 'mainan' tu juga dia hadap |
|
|
|
|
|
|
|
umur 30, anak da umur 20, wowow untung di masa hadapan (if tak de issue apa2) |
|
|
|
|
|
|
| |
|