Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
842
View
3
Reply

Pengakhiran sempurna Switzerland

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-6-2021 07:05 PM | Show all posts |Read mode


SOMMER muncul wira Switzerland apabila menafikan sepakan kelima Perancis yang dilakukan Mbappe untuk membantu pasukan itu mara ke suku akhir. – AFP

Pengakhiran sempurna Switzerland

BUCHAREST – Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer mengakui meskipun mereka adalah pasukan kerdil, tetapi semangat yang ditunjukkan pada pusi-ngan 16 pasukan terbaik Euro 2020 adalah luar biasa selepas membenam Perancis 5-4 menerusi penentuan sepakan pe-nalti.

Pada perlawanan tersebut, Sommer dianggap wira buat pa-sukan Switzerland selepas berjaya menafikan sepakan penalti kelima Perancis yang diambil Kylian Mbappe, sekali gus melangkah ke suku akhir setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi 120 minit di Arena Nasional awal pagi semalam.

Hasil kemenangan tersebut, Switzerland menempah aksi suku akhir buat kali pertama dalam sejarah saingan Euro apabila dijadual berdepan Sepanyol pada 3 Julai nanti.


“Perlawanan yang luar biasa malam ini dan pengakhiran yang tidak masuk akal selepas bangkit daripada ketinggalan. Tiada siapa percaya kami bangkit -men-je-lmakan dua gol dan saya bangga dengan pasukan ini.

“Seperti yang dikatakan sebelum ini, kami tidak akan me-nyerah dan akan bermain bersungguh-sungguh. Ini adalah peluang kami untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan kami telah membuktikannya.

“Dalam bola sepak segalanya mungkin terjadi, tetapi kami tetap meletakkan kepercayaan tinggi terhadap peluang yang kami ada. Kami adalah negara kecil, tetapi mempunyai kualiti dan pemain yang berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, Granit Xhaka bangga dengan pencapaian pasukannya itu melakar sejarah baharu negara itu selepas membenam cabaran Perancis.

“Kini kami akan berdepan Sepanyol di suku akhir dan pasti ia bukanlah satu tugas yang mudah.

“Kami telah melakukan terbaik dan kemenangan ini adalah hasil kerja keras sepasukan,” kata Xhaka. – AGENSI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 08:06 PM | Show all posts
repose en paix France

Ruhe in Frieden Germany

descanse em paz Portugal

vila i frid Sweden
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 08:09 PM | Show all posts
paling menterkejutkan bila engurland menang ngan jarman, last time menang lawan jarman dalam tourney was in 1966
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat jer aku tahan mengantuk nak tengok Germany lawan England...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list