CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FanTasyCreaTioN

[Sabah] Berita Luar yang menggemparkan selain dari Berita BORNEO

[Copy link]
 Author| Post time 12-7-2021 08:53 AM | Show all posts


Kuala Lumpur: Anak kepada aktres terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Benjy Ibrahim meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada hari ini akibat penyakit asma.

Berita pemergian pelakon ini disahkan oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashid kepada portal Astro AWANI.

"Ben (Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia kerana sakit asma, hari ini," katanya menerusi WhatsApp.

Terdahulu, Persatuan Seniman (Seniman) pernah menganjurkan Larian Amal SENIMAN Run 2.0 serta melancarkan Tabung Prihatin Seniman pada Disember 2018 bagi membantu menampung kos perubatan Benjy.

Presidennya, Zed Zaidi berkata,  mereka mahu menolong Benjy kerana keadaan ksihatannya berada pada tahap membimbangkan apabila kerap diserang asma dan nyaris mendapat batuk kering.

Pada 2017 lalu, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Difahamkan juga, segala urusan pengebumian jenazah Benjy akan dilakukan di Medan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2021 07:38 PM | Show all posts
Bermula hari ini, pemerintah Indonesia mula melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar menerusi program Vaksinasi Gotong Royong, hasil kerjasama pemerintah dan pihak swasta.

Orang ramai boleh mendapatkan Vaksin Gotong Royong itu di klinik-klinik Kimia Farma, klinik milik PT Kimia Farma, syarikat Badan Usaha Milik Negara.

Menurut kenyataan Setiausaha Perusahaan PT Kimia Farma Ganti Winarno Putro, vaksin jenis sinopharm itu dijual pada harga Rp321,660 (RM96) untuk suntikan dos pertama, manakala dos kedua berharga Rp117,910 (RM35).

Mereka yang mahu mendapatkan vaksin berbayar itu perlu melakukan pendaftaran melalui laman rasmi www.kimiafarmaapotek.co.id atau aplikasi Kimia Farma Mobile, dan boleh memilih tarikh vaksin, waktu dan tempat vaksin.

Program Vaksinasi Gotong Royong merupakan pelaksanaan vaksinasi COVID-19 kepada individu yang membayarnya sendiri atau kosnya dibayar oleh majikan atau syarikat tempatnya bekerja.

Program itu adalah  bagi mempercepatkan program vaksinasi di Indonesia dan sebagai pilihan kepada Program vaksinasi nasional (yang dilaksanakan pemerintah Indonesia) secara percuma.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam, lebih 36.2 juta orang telah menerima dos pertama vaksin (menerusi program vaksinasi nasional secara percuma), manakala lebih 15 juta telah menerima dos kedua vaksin di Indonesia.
-- BERNAMA  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 07:40 PM | Show all posts
Sejumlah 9,241 pendatang tanpa izin ditahan manakala 13,127 orang lagi diusir dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga 8 Julai.





Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sejumlah 2,011 operasi diadakan dalam tempoh itu dengan seramai 53,195 individu diperiksa.

“Seramai 99 majikan turut ditahan dalam tempoh itu manakala mereka yang diusir terdiri daripada 10,418 lelaki; 2,276 wanita; 289 kanak-kanak lelaki dan 144 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan statistik jabatan, mereka yang dihantar pulang ke negara asal menerusi program rekalibrasi dalam tempoh 21 Dis hingga 8 Julai lepas pula, berjumlah 80,865 orang.

Dalam pada itu Khairul Dzaimee berkata, 63 pekerja asing terdiri daripada 35 Myanmar dan masing-masing 14 rakyat Indonesia dan Bangladesh dalam serbuan Op Patuh, di sebuah penempatan pekerja asing kawasan projek binaan di Yarra Park, Sungai Petani, Kedah awal hari ini.

“Kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berakhir pada 2.20 pagi itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya.
-- BERNAMA  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 08:43 PM | Show all posts


KUALA NERUS - Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada malam Sabtu, mengadu sakit kepala ketika merangkak ke pintu bilik kedua ibu bapanya di Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini.

Bapanya, Mohd Rizaini Ghazali, 51, berkata, dia terdengar rintihan anaknya, Muhammad Adham Hazim, 21, yang mesra digelar Abang Ngah sekitar jam 5 pagi pada Sabtu.

"Saya dan isteri terdengar dia minta tolong dalam keadaan merangkak ke bilik sambil beritahu kepala dia sakit sangat dan minta dibawa ke hospital," katanya.

Menurut Mohd Rizaini, beliau segera membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum disahkan meninggal dunia jam 10.52 malam tadi (Sabtu) ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Beliau berkata, hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap anaknya menunjukkan berlaku pendarahan akibat dua urat yang terputus di bahagian atas dan belakang kepala.

Dalam pada itu, Mohd Rizaini berkata, dia dan isteri, Ros Fazilah Salleh, 46, masih terkejut dengan pemergian anak keduanya itu secara tiba-tiba kerana tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Katanya, anaknya itu ada mengadu sakit kepala sejak Jumaat dan keluar ke kedai untuk mendapatkan Panadol.

"Saya perasan dia sering tidur lewat malam sejak kebelakangan ini tambahan pula dia akan menduduki peperiksaan akhir semester dua minggu lagi.

"Walau apa pun yang berlaku, ajal maut urusan ALLAH SWT. Pada saya, sayang macam mana sekalipun kita terhadap anak, tidak dapat tandingi kasih sayang ALLAH SWT terhadap mereka. Apabila sudah sampai masa dia akan pergi.

"Kami pasrah dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ambil sedikit masa untuk menerima kehilangan yang berlaku secara tiba-tiba ini," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Bukit Berangan di sini pada Ahad.

Bercerita mengenai keperibadian arwah, Mohd Rizaini berkata, anaknya seorang yang disenangi dalam kalangan adik-beradik serta suka belajar.

"Dia begitu disenangi dalam keluarga dan sering bergurau serta mengusik adik-adiknya.

"Saya juga perasan dia ada menjalankan perniagaan secara dalam talian sekadar sampingan untuk mengisi masa terluang," katanya.

Jenazah Muhammad Adham Hazim yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Cawangan Pahang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan pada jam 11 pagi Ahad.

Dalam pada itu, satu lagi kes kematian melibatkan seorang lagi pelajar UiTM, Nur Natasya Ezreen Azemi, 22, yang merupakan pelajar UiTM Cawangan Merbok, Sungai Petani, Kedah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada jam 2.50 petang Jumaat akibat pendarahan dalam kepala.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2021 08:46 PM | Show all posts
Kuala Muda: Seorang penuntut semester tiga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri ini dilaporkan meninggal dunia di rumah sewanya di Merbok, di sini, kelmarin.

Penuntut perempuan berusia 22 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira 4 pagi di rumah sewanya itu sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan terjaga daripada tidur pada 3 pagi dan sempat mengejutkan rakan serumahnya sebelum mengadu sakit kepala.

Dia yang menjalani rawatan di HSAH bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada 2.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman mengesahkan kejadian itu, namun tiada laporan polis dibuat.

"Kami difahamkan, universiti terbabit akan mengeluarkan kenyataan media selepas laporan penuh perubatan diperoleh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Rektor UiTM Kedah, Prof Dr Mohamad Abdullah Hemdi ketika dihubungi, memaklumkan kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam.

Hari ini tular di media sosial mengenai kematian penuntut universiti berkenaan yang didakwa akibat tekanan, namun tiada pengesahan mengenai perkara itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2021 03:39 AM | Show all posts
Alhamdulillah arwah Benjy telah selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung  Medan Indonesia pada jam 11 pagi waktu Indonesia dan selesai semua acara pada jam 11.45 pagi.

Semua urusan jenazah Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi.

Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat. Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa.

Al-Fatihah
Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung Seniman
12 Julai 2021





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-7-2021 03:41 AM | Show all posts
Messi and an international trophy.

It just feels right.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2021 07:05 PM | Show all posts


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia.

Ya Allah beratnya rasa ujian ini.

I love you bapak. Bapak pergi dulu.

Nanti ebit sampai yer.  Ya Allah ampunilah bapak.
Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana.

Letakkanlah mereka bersama.

Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang.

Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2021 08:32 PM | Show all posts
Brunei Rekod Sifar Kes Jangkitan Tempatan COVID-19 Untuk 434 Hari Berturut-Turut



Negara Brunei Darussalam dilaporkan mencatatkan sifar kes jangkitan kes tempatan sejak 434 hari yang lalu.

Menerusi siaran akhbar mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan negara tersebut memaklumkan bahawa negara itu mencatatkan 434 hari kes sifar berkenaan jangkitan virus COVID-19.



Kali terakhir Brunei Darussalam mencatatkan kes jangkitan tempatan adalah pada 6 Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, Negara Brunei Darussalam pada hari ini turut mencatatkan sifar kes import dan kes tempatan.

Brunei setakat ini hanya mencatatkan 282 kes keselurhan dengan 3 kematian.


sabahpost.net/2021/07/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2021 02:18 PM | Show all posts
Vellfire replied at 14-7-2021 08:32 PM
Brunei Rekod Sifar Kes Jangkitan Tempatan COVID-19 Untuk 434 Hari Berturut-Turut
Brunei memang boleh ...
kecik jer kawasan dan tutup semua border dia ...

Sarawak ni...?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2021 02:19 PM | Show all posts
PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban COVID-19 termuda di negara ini.
Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu muat naik di Facebook menceritakan saat duka ketika bayi tersebut dikebumikan pada Selasa.
"Ya Allah...sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah COVID-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu," tulis pentadbir akaun Facebook JAWI semalam.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2021 02:19 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-7-2021 02:19 PM
PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu dipercayai menjadi korban COVID-19 termuda di negar ...
moga mak nya cepat sembuh ... aamiin ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2021 05:44 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 16-7-2021 05:45 PM
Lelaki Tumbuk Polis, Conteng Tembok Istana Maut Kemalangan

ALOR SETAR: Lelaki yang melakukan dua perbuatan khianat di sini, hari ini, maut dalam kemalangan di kawasan Bedong, Sungai Petani, malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil siasatan mendapati, suspek berusia 30-an itu terbabit dalam dua kejadian khianat di daerah Kota Setar.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama jam 3 petang, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian khianat iaitu menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian dan hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek dipercayai menconteng di bahagian tembok dinding istana dengan tulisan 'SAMR'.

"Siasatan juga mendapati suspek menunggang motosikal berwarna hitam dan pasukan operasi polis memulakan operasi mengesan suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kira-kira jam 5 petang tadi, suspek terbabit dipercayai pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis yang sedang bertugas.

Selain itu, suspek turut membaling sebuah objek disyaki pistol mainan lalu melarikan diri dengan menggunakan motosikal.

"Akibat kejadian itu, anggota polis wanita berusia 30-an itu mengalami kecederaan di bahagian muka.

"Siasatan yang dilakukan berjaya mengesan suspek lelaki yang terbabit di dalam kedua-dua kejadian berkenaan," katanya.

Kamarul Zaman berkata, polis kemudian menemui suspek di kawasan Gurun, Sungai Petani.

"Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian terus melarikan diri namun anggota kita terus mengekori suspek serta memberi amaran supaya berhenti namun suspek tidak berhenti terus dan melarikan diri.

"Motosikal yang ditunggang laju oleh suspek dipercayai terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani dan dia mengalami kecederaan," katanya.

Kamarul Zaman berkata, pihak polis kemudian menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan dan sebaik ambulans tiba, pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan suspek sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. - BHOnline








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2021 06:11 PM | Show all posts
Al-Fatihah ...
semoga Roh mereka di tempatkan bersama orang orang yang beriman ... aamiin



Deretan van jenazah di tanah perkuburan pemandangan memilukan...

SHAH ALAM, 16 Julai (Bernama) -- Keadaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini tidak seperti hari biasa apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk ke kawasan tersebut bagi proses pengebumian dipercayai melibatkan jenazah pesakit COVID-19.

Suasana pilu dirasai di luar kawasan tanah perkuburan tersebut dengan kedengaran tangisan serta alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh waris-waris jenazah yang setia menunggu sejak 4.30 petang tadi.

Deretan enam buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 7.40 malam, disusuli ketibaan enam lagi jenazah dibawa oleh pasukan sama pada 9.20 malam.
  
Media difahamkan (dari seorang daripada penggali kubur di tanah perkuburan itu), sejak pagi hingga 5 petang tadi sebanyak 14 jenazah pesakit COVID-19 telah selesai dikebumikan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Para wartawan dan jurugambar yang telah menunggu sejak petang tadi juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut.  

Sementara itu, seorang anak kepada jenazah yang dikebumikan, Irwan Tukiman, 39, berasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan pengebumian bapanya Tukiman Roslan, 75, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pada 7.52 pagi, Rabu lepas.

“Arwah bapa saya dimasukkan ke hospital sejak 4 Julai lepas akibat komplikasi pernafasan dan kurang tenaga kerana tiada selera makan. Arwah juga mempunyai kencing manis, darah tinggi serta kanser kelenjar air liur tetapi tidak menjalani kimoterapi.

“Saya hanya sempat membuat panggilan video dengan arwah sehari sebelum arwah meninggal dan ketika itu bapa boleh duduk dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia akan pergi selamanya” katanya kepada pemberita.

Irwan berkata 12 ahli keluarganya, termasuk arwah bapanya yang berasal dari Batu 10, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, dijangkiti COVID-19 dan sebahagian daripada mereka ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang manakala arwah ditempatkan di HTAR.

Sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 12,541 kes positif harian direkodkan seluruh negara hari ini di mana Selangor masih mencatatkan kes tertinggi sebanyak 5,512 kes.

Sebanyak 53 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,264 kes kematian di Selangor.

-- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2021 12:34 AM | Show all posts
Wanita pecah masuk klinik gigi, curi wang, cabut 13 gigi pesakit

NAVADA: Seorang wanita ditahan pihak berkuasa Nevada kerana memecah masuk klinik gigi.

Wanita itu bukan sahaja mencuri wang, tetapi juga mencabut 13 gigi seorang pesakit yang ketika itu tidak sedarkan diri.

Suspek yang dikenali sebagai Laurel Eich, yang pernah bekerja di sebuah klinik pergigian itu mengaku kepada polis dia melakukan prosedur mencabut gigi pesakit tersebut tanpa memiliki lesen perubatan.

Kes mencabut gigi itu bagaimanapun telah berlaku lebih awal, namun dilakukan di klinik yang sama.

Menurut pejabat Sheriff Washoe County, dia memecah masuk klinik itu beberapa hari kemudian dan mencuri lebih AS$23,000 (RM96,981) dalam bentuk wang tunai dan cek, lapor independent.co.uk.

sarawakvoice.com/2021/07/19


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 06:00 PM | Show all posts
Picagari kosong, jururawat mengaku cuai kerana keletihan: Khairy

PUTRAJAYA - Sebanyak 13 laporan polis berhubung isu vaksinasi dibuat oleh orang ramai.

Bagaimanapun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu itu tidak mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan janji temu vaksinasi.

"Ada kes yang disiasat berhubung penjualan vaksin tetapi polis telah maklumkan kepada saya bahawa setakat ini tiada kaitan dengan kes vaksinasi," katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, di antara laporan polis berkenaan, terdapat kes suntikan kosong tanpa vaksin dan ketidakpastian petugas dalam pemberian vaksin.

"Bagi kes suntikan kosong tanpa vaksin, ia berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang mana jururawat mengaku telah berlaku kecuaian disebabkan keletihan yang dihadapinya," katanya.


Beliau berkata, surat amaran telah diberikan kepada jururawat tersebut oleh Panglima Tentera Darat disebabkan jururawat itu bertugas di kem tentera.

"Jururawat berkenaan juga akan melalui proses tatatertib di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Khairy berkata, dua kes ketidakpastian dalam pemberian suntikan vaksin dikesan di PPV Banting, Selangor dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

"Dos tambahan telah diberikan kerana berlaku sedikit kekeliruan daripada petugas kesihatan sama ada dos yang diberikan sempurna atau tidak," katanya.

Menurutnya, terdapat juga laporan polis dibuat penerima vaksin susulan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan selepas mendapatkan suntikan.

"Saya nak beritahu, kesan sampingan vaksin adalah berbeza bagi setiap individu.

"Saya sendiri tidak mendapat apa-apa kesan sampingan daripada vaksinasi tetapi oleh kerana suntikan dibuat secara langsung dan dipaparkan, saya rasa tidak ada tuduhan vaksin kosong.

"Ada yang dapat vaksin terima kesan sampingan dan ada yang tidak merasa kesan sampingan," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2021 06:03 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2021 06:04 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2021 08:43 PM | Show all posts
Indonesia rekod lebih 1,500 kematian



JAKARTA: Indonesia hari ini mencatatkan rekod baharu.

Negara 270 juta jiwa itu menyaksikan  1,566 kematian dalam 24 jam lalu berbanding 1,449 kes  kematian pada Khamis.

Data Worldometers petang ini menyatakan, sudah terdapat 80,598 kematian.

Negara itu kini di tangga ke-14 dunia dengan jumlah keseluruhan 3,02,410 kes, termasuk hampir 50,000 kes dalam 24 jam lalu.

Pada Khamis, Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 402 kematian, diikuti Jawa Timur (270), Jakarta (194) dan selebihnya di provinsi lain.


sarawakvoice.com/2021/07/23
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2021 09:31 AM | Show all posts
Vellfire replied at 23-7-2021 08:43 PM
Indonesia rekod lebih 1,500 kematian
dah la kita dekat na dengan indon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.309687 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list