Gejala bunuh diri amat membimbangkan sejak kebelakangan ini berikutan kesan daripada pandemik Covid-19.
Baru-baru ini seorang pemuda dirakam berada di tangki air di atas bumbung sebuah pangsapuri hingga menimbulkan situasi panik dan tanda tanya penduduk sekitar.
Kredit foto: Twitter
Menerusi tangkap layar perbualan grup WhatsApp yang dikongsi di laman Twitter, foto pemuda berkenaan menjadi bualan gara-gara disangka cuba membunuh diri.
Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah mengakui dirinya merupakan individu yang dirakamkan orang awam dan dikongsi dalam aplikasi sembang itu.
Dia yang berusia 29 tahun berkata, perkara itu diketahui selepas salah seorang pengikutnya di Instagram memaklumkan kepadanya menerusi mesej secara langsung (DM), petang Sabtu.
"Memang saya kat atas tangki air di bumbung kuarters polis di Kuala Terengganu saya menginap, Jumaat lepas. Tapi saya bukan cuba bunuh diri seperti yang disangkakan.
"Saya sebenarnya berada di sana hanya untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Memang cantik view sunset dari atas tu," katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Iskandar, katanya, DM tersebut dihantar kepadanya kerana dia sering berkongsi video dan foto yang dirakamkan dari atas tangki itu, dan dimuat naik di Instagram.
"Selalu juga saya kongsi video dan gambar view dari atas tu Instagram termasuk Twitter. Sebab itulah follower itu DM saya dan tanya sama ada saya orang dalam gambar tu dengan berkongsi screenshot grup WhatsApp keluarganya.
"Dia juga bertanyakan mengenai keadaan saya, sama ada okay atau tak. Alhamdulillah saya okay. Saya cepat-cepat perjelaskan keadaan sebenar dan minta dia sampaikan perkara sebenar kepada ahli keluarganya supaya tiada salah faham," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Dia yang merupakan anggota polis dan kini bertugas di Kuala Terengganu turut menjelaskan bahawa ia bukan kali pertama dia berada di atas tangki air di kuarters tersebut.
"Selalu juga saya rakam foto dan video dari atas tu. Memang saya terkejut bila dapat DM tu dan kelakar pun ada sebab saya dalam gambar tu.
"Tapi saya melihatnya dari sudut positif di mana masyarakat hari ini lebih mengambil berat terhadap persekitaran terutama kes bunuh diri yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini," katanya sambil menambah mempunyai pengalaman sebagai anggota polis selama lapan tahun.
Dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes bunuh diri dalam negara menunjukkan peningkatan tahun ini dengan 631 kes dilaporkan berbanding 609 tahun lalu.
Jumlah itu berdasarkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana bagi tempoh sehingga Mac tahun ini, sebanyak 336 kes bunuh diri dilaporkan.
Menurut anak kelima daripada tujuh beradik itu, dia turut mengambil perhatian susulan foto dirinya yang dirakamkan berada di atas tangki air.
Twitter
"Risau juga kalau selepas ini ada orang lain salah sangka dan fikirkan yang bukan-bukan bila nampak saya di atas tangki air.
"Nampaknya kena cari port lain untuk tengok view sunset atau bukan selalu kat atas sana. Percayalah, pemandangan matahari terbenam di sebalik bukit tu sangat cantik," katanya yang menjadikan fotografi sebagai hobi.
Post time 5-7-2021 04:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pelik..dimana cantiknya sunset. Dari dulu lagi. Pedih mata je tengok cahaya cmtu..merah jingga. Pernah gak kat pantai waktu cmni..takda perasaan. Muahahaha
masa kecik kecik tinggal di kuarters kkm
selalu naik pam tangki saja je seronok tengok view jauh jauh
tapi gayat juga naik tangga tu, geli tapak kaki hahaha
Post time 5-7-2021 06:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sekngucing at 5-7-2021 06:19 PM
Aku tak tahu aku ni jelmaan sami atau syaitan di kehidupan lepas
Selepaa aku tilik..kehidupan lampau aku adalah kaum gergasi..agaknya gergasi yg sudah bertaubat
Sebab itulah aku dilahirkan sbg manusia di.kehidupan sekarang
Jangan berputus asa..biar patah segala tulang di badan..jangan mengaku kalah
Ko cuba nih sek, salah satu kehidupan lampau ai dayang pacal hina di medievel Itali. ai pelik org lain kebanyakannya komen prince lah king la, queen la... ai jah yg sedeyyh
sekadar hiburan di waktu pkp dan sesuai utk sesiapa yg susah nak tido.