CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4678|Reply: 22

'Patut Malu Orang Lain Nak Belajar, Ini Dah Tua Pun Bodoh' - Boy Iman

[Copy link]
Post time 5-7-2021 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Apa sahaja perkara melibatkan pelakon dan ahli perniagaan Boy Iman, entah mengapa di akhirnya pasti akan dinilai sebagai kontroversi murahan.


Hal ini bukan baru. Malah sejak dari zaman dia berjinak-jinak dalam dunia perniagaan khususnya dalam bidang pembinaan, Boy Iman pernah sahaja menerima kecaman dan kutukan hebat kerana dituduh sebagai scammer atau penipu.




Kredit foto: IG Boy Iman




Kontroversi juga diselang-selikan dengan kisah lain dan yang paling diingati adalah bagaimana dia menggemparkan negara menerusi pengakuannya memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) selain gelaran Datuk yang didakwa telah dibeli.


Boy juga kembali menimbulkan kehairanan orang ramai apabila baru-baru ini berkongsi dalam Instagram bahawa dirinya kini sedang mendalami bidang profesional pembinaan di peringkat Diploma.


PhD, Ijazah Sarjana dan kemudian Diploma? Ini jawapan Boy.


"Memang saya sedang sambung pengajian sekarang. Iyalah, tak tahu hendak buat apa selain bekerja dari rumah. Macam-macam kursus juga yang saya sertai termasuk motivasi, kontraktor dan terbaharu dalam bidang pembinaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM SPACE). Semua pembelajaran sekarang secara atas talian dan saya baru sahaja ambil kursus itu awal Jun lalu. Selepas setahun sertai kursus ini saya akan sambung pula ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama selama setahun enam bulan lagi," katanya.




  



Menjawab persoalan ramai yang pelik dengan struktur atau peringkat pendidikannya yang dikatakan semakin mengundur ke belakang, katanya dia hanya mencuba selepas melihat ada kursus secara atas talian itu.


"Saya ada empat syarikat pembinaan dan Alhamdulilah semua okey, berjaya. Tapi bila pandemik ini, mana boleh beroperasi sebab kita bukan sektor keperluan. Sejak berlaku musibah yang dulu itu, cita-cita dan karier bidang ini agak terbantut buat saya.


"Tapi itu tidak membuatkan saya putus asa untuk terus belajar sebab, selama ini pun secara praktikalnya memang saya sedang buat. Jadi, saya mula belajar semula dari asas, ambil masa untuk jana semula semangat beserta ilmu. Saya bukannya nak jadi scammer.


"Tak kisahlah kalau ada Ijazah Sarjana, PhD dalam bidang lain. Saya nak tanya, adakah salah untuk seseorang itu nak sambung pengajian yang berbeza? Inilah salah faham yang harus diperbetulkan. Macam saya katakan tadi, banyak sahaja kursus jangka pendek ditawarkan dan dibenarkan mengikuti.


Saya tak buat benda salah. Saya ikut segala prosedur yang ditetapan pihak universiti, mohon dengan saluran betul dan bayar yuran. Bukannya saya beli. Itulah bezanya selebriti dengan orang lain. Walaupun kita ikut saluran betul, atau buat perkara baik sekali pun, orang tetap akan nampak salah. Yang baik pun orang kata buruk," jelasnya.


Katanya, dia sudah penat melayan pandangan negatif dan perlian terhadap dirinya.


"Sepatutnya kalau dengar usaha seseorang itu mahu belajar, kita sokonglah, bukan menjatuhkan semangatnya.


"atut rasa malu dengan diri sendiri sebab sekurang-kurangnya dia ada usaha nak perbaiki dan naik taraf diri dengan ilmu berbanding sibuk cakap buruk pasal orang lain tapi diri sendiri dah tua pun bodoh," ujarnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat. Dah finis phd baru ambil diploma. Lepas tu boleh masuk tadika main belon
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:52 PM | Show all posts
Memang saya sedang sambung pengajian sekarang. Iyalah, tak tahu hendak buat apa selain bekerja dari rumah.

Bukan mmg ko bewak scammer ka

gheja mende lu ada haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-7-2021 04:45 PM
Hebat. Dah finis phd baru ambil diploma. Lepas tu boleh masuk tadika main belon


boleh la...bidang ilmu berlainan.Mana tau pasni dia amik diploma in 'panjat pokok kelapa'...pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ko tu scammer layak la kena maki pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Vutooo kau belon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 5-7-2021 04:52 PM
Memang saya sedang sambung pengajian sekarang. Iyalah, tak tahu hendak buat apa selain bekerja dari  ...

kan phd konon.. segala menda title nak letak
mmg layak kena kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Benjamin Button ke ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik ak org scammer ni kkdg xtau die tu scammers... Mcm org opis aku... Asyik laaa duk sebut akan dpt berjuta-juta dari 2015 lg. Dptnye tidak... Had tu je die...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 5-7-2021 04:55 PM
boleh la...bidang ilmu berlainan.Mana tau pasni dia amik diploma in 'panjat pokok kelapa'...pula ...

Diploma in ambil pingat kat pagar istana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti habis dip ada belon lagi ke boy?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 05:41 PM | Show all posts
kiranya dia tak muflis lg eh? iols ingatkan sebab kes2 banglo dia dulu dia jadi muflis. tp kalau betul allegation tu, keji dohhh scam org.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 05:46 PM | Show all posts
title DATO' dia tu valid lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tak ahhh...kitorg bijak...sebab tu kitorang study masa muda2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-7-2021 04:45 PM
Hebat. Dah finis phd baru ambil diploma. Lepas tu boleh masuk tadika main belon

Jahak hang.. koh koh koh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 07:15 PM | Show all posts
Ko ckp depan cermin ke belon?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak pelik. Orng camni pon dapat dato.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-7-2021 04:45 PM
Hebat. Dah finis phd baru ambil diploma. Lepas tu boleh masuk tadika main belon

Terkekek SG gelak baca komen sharlene …hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dino: kan phd konon.. segala menda title nak letakmmg layak kena kutuk

Jumpa yusuf azmi muka terus jadi tapai. Kaka gelak je.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak: Pelik ak org scammer ni kkdg xtau die tu scammers... Mcm org opis aku... Asyik laaa duk sebut akan dpt berjuta-juta dari 2015 lg. Dptnye tidak... Had  ...

Duit wasiat kerajaan melayu emas kt london ke? Forumer ramai masuk joint siap ajak kaka masuk.

Konon dpt duit tu kena zakat semua. Ala uto habuk pun xde. Kalau duit tu wujud takde lah balak bauksit kena sakau. Duit tu trillion dollar dh boleh cover duit 1mdb.

Ekonomi malaysia gdp xsampai 1 trillion masih ada org bingai percaya deposit banyak tu.

Biarlah mereka percaya cerita ilusi tersebut.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048781 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list