CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 10

[Dunia] 15 peserta pertandingan ratu cantik dijangkiti Covid-19

[Copy link]
Post time 9-7-2021 01:18 AM | Show all posts |Read mode

15 daripada 32 peserta Ratu Cantik Mexico 2021 dijangkiti Covid-19. – Missosology.org

15 peserta pertandingan ratu cantik dijangkiti Covid-19

CHIHUAHUA, MEXICO – Satu pertandingan ratu cantik di Mexico terpaksa dipendekkan selepas sebahagian pesertanya disahkan positif Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut Setiausaha Kesihatan Chihuahua, Eduardo Fernandez Herrea, 15 daripada 32 peserta Ratu Cantik Mexico 2021 dijangkiti virus itu meskipun disahkan negatif Covid-19 sebelum bermulanya acara.

Sumber memberitahu akhbar tempatan, sebelum acara bermula, kesemua peserta telah mengikuti satu lawatan ke sebuah sekolah.

Dalam lawatan tersebut, gadis-gadis itu menyampaikan bekalan peralatan sekolah dan bergambar bersama kanak-kanak di situ.

“Sekembalinya dari lawatan, sekurang-kurangnya 10 peserta mula menunjukkan simptom,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, sumber yang terlibat dengan pertandingan tersebut memberitahu, virus itu mula menjangkiti peserta dari negeri Zacatecas dan Yucatan sebelum mula merebak kepada peserta-peserta dari negeri lain termasuk Chihuahua, San Luis Potosi, Mexico City, Nuevo Leon, Puebla, Tlaxcala dan Queretaro.

Gadis-gadis itu bagaimanapun dilaporkan tidak dibenarkan merungut oleh pihak penganjur meskipun kebanyakan mereka mengalami batuk dan peningkatan suhu badan.

Ujian calitan secara besar-besaran dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada pengadu yang merahsiakan identitinya yang memaklumkan bahawa salah seorang peserta pertandingan itu dijangkiti Covid-19.

Susulan itu, pegawai kesihatan Chihuahua menuduh pihak penganjur sebagai tidak memberi kerjasama dan cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

“Pihak sekreteriat kesihatan negeri kecewa dengan ketidakjujuran dan sikap tidak telus penganjur acara dan jawatankuasa,” ujar kenyataan sekreteriat tersebut.

Acara kemuncak Ratu Cantik Mexico 2021 dipendekkan pada Sabtu lepas dengan peserta dari negeri Michoacan, Karolina Vidales dimahkotakan sebagai pemenang dan akan mewakili Mexico dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2021 01:19 AM | Show all posts
apa yg korang faham ttg berita ini??
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 9-7-2021 01:19 AM
apa yg korang faham ttg berita ini??

1) sblm bermula contest semua -ve.
2) contestants pegi skolah sampaikn bantuan
3) Balik dr skolah, ada yg start bergejala.
4) penganjur xendahkn rungutan contestant pasal gejala2 yg diorng alami lepas balik dr skolah tu.
5) authority buat ujian besar2an lepas terima tip off tentang hal ni.
6) hasilnya 15org +ve.
7) Maka gov menuduh penganjur Cuba sweep case bawah carpet.
8) pertandingan merebut gelaran ratu cantik dipendekkan.

Inilah yg Sy faham. Ratu2 dpt jangkitan masa event kt skolah tapi penganjur ignore dan suruh diorg shut up.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ahhhh sudahhhh... jangkit dari budak sekolah kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
OT pic atas yang pakai merah2 tu perempuan tulen ke celup? Lain macam je muka masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik mana hilang pic pakai bikini merah tu?

Kenapa tukar pic?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren: OT pic atas yang pakai merah2 tu perempuan tulen ke celup? Lain macam je muka masing2.


Baru nak tanya ni ratu trans ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 04:03 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-7-2021 03:58 PM
Baru nak tanya ni ratu trans ke

mexico jrg nak trans sgt laki tulen & gay ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemenang2 ni rupa semua nak sama je even kampung lain2
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
masaklahhhh… kuarantin lah ramai2 sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ke bodo tunjuk punai tunjuk kopek nak menang miss world.. agsknya kalo suh bogel pun sggup..murah sungguh hangpa.. kucing

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070564 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list