CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Raline

[SEJARAH] Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan.

[Copy link]
Post time 9-7-2021 07:07 PM | Show all posts
Raline replied at 9-7-2021 06:09 PM
elok la buat pusat gelandangan ke? dewan komuniti ke dr terbiar

semua tuh perlukan fulus lerr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti dh jd rumah hantu ngn jnis setan berkumpul kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Istana lama di Bukit Jugra, Banting, Selangor jauh lebih teruk lagi tp skrg sudah dibaik pulih. Sesiapa pun boleg dtg melawat dan rasakan kepurbaan istana lama raja. Harap sgtlah istana ini pun dibaik pulih semula sama seperti istana lama bukit jugra.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 9-7-2021 03:43 PM
tu lah..drg sibuk nak bina shopping complex..

Yeke...pulak.. Tak abih2 ngan shopping complex... Sbb i tgk binaan tu elok je complete xla ada yg runtuh2... Mmg elok dijadikan tpt pelancongan.. Mcm i minatla nk pegi kalo diorg bkk utk visitor.. Buat lake house kat situ... Pastu ada tpt2 aktiviti zaman tu...utk sesi bergambar ke kan...mesti seronok...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 12:09 PM | Show all posts
ekselen replied at 11-7-2021 09:52 AM
Yeke...pulak.. Tak abih2 ngan shopping complex... Sbb i tgk binaan tu elok je complete xla ada yg  ...

oh maksud aku, malaysia ni sibuk bina shopping complex je kat dlm msia ni, bukan nya drg nak robohkan istana ni utk shopping complex..ahaha..sorry kalau tersalah faham.

ambil cth sekolah bbgs, penjara pudu etc. CBN tu pun nasib2 ada yang bising..kalau tak apa benda lagi dibina kat situ taktau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 12-7-2021 12:09 PM
oh maksud aku, malaysia ni sibuk bina shopping complex je kat dlm msia ni, bukan nya drg nak roboh ...

Ohh ok2....hahaha. tu lah betul gak tu mcm tapak penjara pudu pun gigih nk buat soping complex...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2021 12:55 PM | Show all posts
kucingitam replied at 12-7-2021 12:09 PM
oh maksud aku, malaysia ni sibuk bina shopping complex je kat dlm msia ni, bukan nya drg nak roboh ...

penjara pudu tuh angker kott.. kalau jadi soping kompleks, ada ke org nak pi soping sana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo buat hotel ada ke yang nak duduk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih wujud ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 9-7-2021 09:44 AM
leh wat pre wedding or wedding photo session…..

Kan… sayang diaorg tak jaga istana2 lama… kerajaan perak tak berminat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Syg industri seni kita x kreatif...patutnya blh jdkan tempat utk penggambaran period drama zaman kesultanan melayu melaka dulu2 pastu jdkanlah as tourism attraction mcm south korea buat...tempat shooting cerita period drama mrk mcm daejanggeum dijadikan tourism spot dan mmg byk pelancong dtg melawat zamab pra covid
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahulu masyhur kini terbiar

Lebih enam dekad lalu istana lama ini pernah menjadi singgahsana rasmi bagi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan di Teluk Anson yang kini dikenali Teluk Intan.

Bangunan istana lama yang dikenali Istana Raja Muda terletak di Jalan Syed Abu Bakar di sini menjadi tempat Raja Muda Perak yang pertama bersemayam iaitu Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya menjadi Sultan Abdul Aziz al-Mu'tasim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Perak yang ke-31.


Dibina pada 1922, ironinya ia adalah sebahagian warisan sejarah Kesultanan Perak yang perlu terus dipulihara untuk tatapan generasi baru.

Pengerusi Jejak Warisan Teluk Intan Iskandar Zulqarnain Zaheruddin berkata, berdasarkan kajian dan pembacaannya istana berkenaan adalah istana rasmi bagi Raja Muda Perak Darul Ridzuan suatu ketika dahulu.

Menurutnya, sebagai sebuah istana bagi Raja Muda, Teluk Anson pada ketika itu juga digelar sebagai bandar diraja.

Katanya, antara aktiviti yang pernah diadakan di istana itu ialah menerima kedatangan Gabenor Jeneral Malayan Union, Sir Malcolm MacDonald ke Teluk Anson pada 1947 dan beliau diraikan oleh Sultan Perak ke-32 iaitu Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah yang ketika itu bergelar Raja Muda.

"Antara perayaan terbesar yang pernah diadakan di sini ialah majlis perkahwinan pada 1 Ogos 1963 di antara Raja Aminah yang merupakan puteri kedua kepada Raja Muda Perak ketika itu iaitu Raja Muda Musa (Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Al-Mustasim Billah Shah Nikmatullah) dengan Leftenan Tengku Ibrahim, putera kedua Sultan Pahang.

"Majlis berlangsung meriah dimulakan dengan 15 das tembakan meriam menandakan bermulanya letak kerja majlis yang diketuai oleh Kadi Teluk Anson, Haji Abdul Kahar Abdul Jabar.

"Majlis perkahwinan berlangsung meriah dengan ramai tetamu kenamaan daripada seluruh negara hadir bagi meraikan pengantin diraja," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Iskandar Zulqarnain yang juga Setiausaha Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak berkata, sepanjang penggunaannya bangunan itu turut menjadi istana untuk beristirahat buat Sultan Perak ketika melawat daerah Hilir Perak.

Katanya, Raja Muda Perak terakhir bersemayam di istana berkenaan adalah Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar sehingga kemangkatan baginda pada 1987.

Menurutnya, kemudian kediaman rasmi Raja Muda berpindah ke Istana Tetamu di Ipoh dan sejak itu, istana berkenaan ditinggalkan.

Jejak Warisan Teluk Intan pada 2020 juga membina sebuah papan tanda informasi sejarah bagi menerangkan sejarah istana berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Teluk Intan Aimy Nabilla Mohamad Yusof berkata, istana lama berkenaan sebahagian simbol pemerintahan diraja di Teluk Intan yang wajar dipulihara dan pelihara sebagai warisan negeri.

Menurutnya, istana lama berkenaan juga boleh dijadikan sebagai pakej pelancongan warisan seperti Menara Condong Teluk Intan yang sudah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

"Justeru pada pendapat saya istana ini boleh dijadikan sebagai lokasi pelancongan warisan, malah jaraknya dengan Menara Condong juga tidak jauh kira-kira tiga hingga empat kilometer (km) saja.

"Malah, ia juga dapat membantu meningkatkan ekonomi setempat dengan penambahan produk pelancongan di Teluk Intan kerana pelancongan warisan juga mempunyai peminatnya tersendiri," katanya.

Menurutnya, persatuan cakna dengan isu setempat dan berharap ada jalan penyelesaian terbaik untuk mengekalkan istana ini supaya ia tidak lenyap dan hanya tinggal sebagai catatan sejarah.

Disiarkan pada: September 28, 2021
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dah award kat kontraktor kan? nak roboh bangunan
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.178154 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list